6 Langkah Mudah Untuk Membina Kempen Pemasaran Teks

Adakah jenama anda menggunakan SMS untuk tujuan pemasaran?

Pemasaran SMS kian popular sebagai salah satu platform pemasaran digital. Banyak jenama telah menggunakannya untuk berhubung dengan pelanggan.

Namun, tanpa garis panduan dan strategi yang betul dan sistematik, kemungkinan kempen pemasaran SMS yang dijalankan tidak dapat menarik minat pelanggan.

Bagi mencapai target pemasaran, anda perlu hasilkan teks yang menarik, berfaedah serta mempunyai daya tarikan yang boleh mendorong minat pelanggan.

Di sini kami ingin kongsikan 6 langkah mudah untuk bina kempen pemasaran SMS yang berjaya.

6 Langkah Mudah Untuk Membina Kempen Pemasaran Teks

1. Tetapkan Matlamat Pemasaran Anda

Untuk memastikan kempen pemasaran SMS anda berjaya, anda perlulah tetapkan matlamat yang jelas.

Contohnya, jika anda ingin lonjakkan jualan seluar track, anda perlulah sasarkan pemasaran kepada pelanggan yang berminat dengan pakaian sukan.

Jika anda blast SMS kepada semua pelanggan, ianya mungkin tidak berkesan dan boleh membuat pelanggan dalam senarai untuk opt-out kerana SMS yang diterima tak relevan dengan minat mereka.

Kempen Pemasaran Teks

2. Lakukan Kajian Pasaran

Setelah anda mempunyai matlamat sendiri, langkah seterusnya ialah lakukan kajian pasaran supaya matlamat anda senang untuk dicapai.

Antara aspek yang anda boleh kaji adalah latar belakang pelanggan seperti umur, jantina dan sejarah pembelian. Kemudian, anda juga boleh kenalpasti saluran pemasaran yang pelanggan gemar untuk berinteraksi.

Untuk pemasaran SMS, anda boleh semak laporan bagi setiap mesej yang dihantar bagi mengukur keberkesanannya. Dalam laporan tersebut, anda boleh lihat kadar bukaan, kadar penghantaran berjaya dan sebagainya.

Dengan adanya data sebegini, ia akan memudahkan anda untuk rangka kempen pemasaran SMS yang lebih baik pada masa yang akan datang.

3. Sediakan Call-To-Action (CTA) yang jelas

Jangan biarkan pelanggan terpinga-pinga bila terima SMS daripada anda. Setiap teks mesej untuk kempen SMS memerlukan CTA  atau Call-To-Action iaitu kandungan yang mendorong pelanggan ambil tindakan seterusnya.

CTA pertama yang anda perlu hantarkan ketika mulakan pemasaran SMS ialah pilihan Opt-in bagi mendapat kebenaran pelanggan untuk terima teks mesej daripada anda.

Dalam SMS seterusnya, anda boleh letakkan CTA yang mendorong interaksi pelanggan seperti Klik di Sini atau Beli Sekarang.

Jangan lupa untuk sertakan bersama pautan bagi mudahkan pelanggan untuk ambil tindakan lanjut.

Kempen Pemasaran Teks

4. Tetapkan Waktu Penghantaran SMS Yang Sesuai

Sebelum anda ingin mulakan kempen pemasaran teks,  anda perlu pertimbangkan waktu yang sesuai untuk menjamin kadar engagement yang tinggi.

Penghantaran SMS pada waktu yang tepat juga adalah penting demi menghormati waktu peribadi pelanggan.

Pelanggan pasti akan mudah untuk berasa rimas jika terima mesej pemasaran pada tengah malam atau hari cuti.

Sebaiknya, anda boleh jadualkan untuk blast SMS pada hari dan waktu bekerja.

5. Hadkan Frekuensi Penghantaran SMS

Mungkin anda teruja untuk promosikan produk terbaru pada pelanggan. Namun, ia bukan alasan untuk anda hantar SMS secara bertubi-tubi kepada mereka.

Ini akan membuatkan pelanggan cepat rasa rimas dan boleh mendorong mereka untuk Opt-out daripada menerima mesej daripada anda.

Dalam pemasaran SMS, less is more. Anda tidak perlu hantar SMS berkali-kali untuk berhubung dengan pelanggan.

Sebaliknya, fokus kepada kandungan yang berkualiti untuk tingkatkan reputasi jenama serta kesetiaan pelanggan.

Kadar optimum yang sering disyorkan adalah 2 hingga 6 SMS sahaja sebulan. Ini bermakna, anda hanya boleh hantar 1 atau 2 SMS sahaja dalam seminggu.

6. Perhati, Analisa dan Ulang

Pemasaran digital adalah proses yang berterusan.

Selepas kempen pemasaran teks anda hampir tamat, anda perlulah buat pemerhatian terhadap peratusan kejayaan yang telah anda capai dan analisa perkara yang perlu diperbaiki.

Setelah anda memahami keseluruhan program kempen SMS tersebut, barulah anda boleh rangka kempen pemasaran SMS yang lebih berkesan pada masa akan datang.

Kempen Pemasaran Teks

Kempen pemasaran teks mungkin nampak rumit bagi yang pertama kali mencuba.

Namun, ia tidaklah sesukar yang disangka. Dengan perancangan yang baik, ia akan menjadi satu senjata pemasaran yang kuat untuk jenama anda.

Jom tingkatkan potensi perniagaan anda dengan SMS Niaga. Kami sedia menawarkan pakej yang berbaloi dengan ciri-ciri yang menarik. Hubungi kami segera untuk ketahui dengan lebih lanjut,

5 Mesej Teks Yang Mendorong Kesetiaan dan Pengekalan Pelanggan

Pada zaman ini, telefon pintar sudah menjadi keperluan bagi semua.

Selain dimanfaatkan untuk berhubung dan bekerja, ramai yang menggunakan telefon pintar untuk mencari produk atau perkhidmatan yang diperlukan secara atas talian.

Kebergantungan yang tinggi pada telefon pintar memberikan kelebihan kepada usahawan untuk menjalankan kempen pemasaran SMS secara berkesan.

Ramai pemilik bisnes yang memilih pemasaran SMS keranya sifatnya yang fleksibel, mudah dikendalikan dan mempunyai kadar bukaan serta engagement yang tinggi.

Di samping meningkatkan hasil jualan, anda juga boleh manfaatkan pemasaran SMS untuk tingkatkan kesetiaan pelanggan.

Terdapat pelbagai jenis mesej yang anda boleh sampaikan pada pelanggan bergantung kepada keperluan kempen pemasaran.

Di sini kami ingin kongsikan 5 contoh mesej teks yang anda boleh karang untuk mendorong kesetiaan pelanggan.

Mesej Teks

5 Mesej Teks Yang Mendorong Kesetiaan dan Pengekalan Pelanggan

1. Mesej Ucapan Aluan Kepada Pelanggan Baru

Penghantaran mesej ucapan aluan atau Welcome Text adalah strategi yang baik untuk pamerkan tanggapan pertama yang positif kepada pelanggan.

Anda juga boleh gunakan mesej ini untuk perkenalkan jenama di samping menarik minat mereka untuk mencuba jenama anda.

Jelaskan pada mereka bagaimana pengalaman yang akan mereka rasai sebagai pelanggan anda.

Sebagai tanda penghargaan penglibatan pelanggan baru, anda juga boleh kongsikan kod diskaun istimewa bagi mendorong membeli produk atau perkhidmatan pertama daripada anda.

2. Hantar Mesej Selepas Membuat Pembelian

Gunakan pemasaran SMS untuk kekalkan minat pelanggan terhadap jenama anda.

Apa yang anda boleh lakukan ialah hantarkan satu mesej teks untuk promosikan rangkaian produk yang pelanggan minati.

Sebagai contoh, sekiranya anda dapati pelanggan gemar membeli barangan penjagaan kucing, anda boleh promosikan produk makanan kucing terbaru daripada jenama anda.

Selain itu, anda juga boleh meminta pelanggan untuk berikan maklum balas selepas menggunakan produk yang dibeli.

Cara ini bukan saja membuatkan pelanggan rasa pendapat mereka dihargai, malah ulasan daripada pelanggan juga dapat membantu anda kenalpasti kekuatan serta kelemahan sesuatu produk.

Mesej Teks

3. Peringatan Pengabaian Troli (Abandoned Cart) 

Tahukah anda kira-kira 7 daripada 10 pelanggan cenderung untuk abaikan troli ketika membeli belah secara atas talian?

Jadi, inilah masa yang terbaik untuk gunakan pemasaran SMS untuk beri peringatan semula tentang barangan dalam cart mereka.

Antara waktu sesuai untuk anda hantarkan peringatan adalah pada kira-kira seminggu selepas troli diabaikan atau pada hujung bulan menjelang hari gaji.

Jangan lupa untuk sertakan bersama pautan kembali ke halaman cart pelanggan dengan satu klik mudah pada teks mesej anda supaya mereka dapat terus ke laman web untuk buat pembayaran.

4. Ganjaran Bersifat Peribadi 

Tunjukkan penghargaan anda pada pelanggan dengan menawarkan ganjaran bersifat peribadi seperti diskaun Hari Jadi.

Cara ini akan membuatkan pelanggan rasa dihargai dan akan mendorong mereka mengingati jenama anda dengan lebih lama.

Jangan lupa untuk tambahkan unsur peribadi seperti nada yang lebih mesra serta nama panggilan pelanggan pada awal mesej.

Mesej Teks

5. Mengadakan Kempen Kesetiaan

Kempen kesetiaan (loyalty campaign) merupakan program yang dijalankan bagi mengekalkan rasa minat pelanggan pada produk atau perkhidmatan anda.

Salah satu cara yang anda boleh lakukan untuk mulakan program ini adalah dengan mengumpulkan data sedia ada dan sasarkan pelanggan yang kerap berinteraksi melalui SMS.

Seterusnya, hantarkan mesej teks untuk minta persetujuan pelanggan dalam sertai kempen kesetiaan jenama anda.

Kemudian, barulah anda berikan tawaran menarik kepada pelanggan seperti diskaun ekslusif atau akses kepada pra-pelancaran produk terbaru.

Terdapat pelbagai cara yang anda boleh lakukan untuk mendorong kesetiaan pelanggan menerusi pemasaran SMS. Dengan tawaran yang menarik serta interaksi yang positif, pelanggan pasti akan kekal berminat dengan jenama anda.

Memang rugi kalau anda tak manfaatkan pemasaran mesej teks untuk tingkatkan kesetiaan pelanggan. Ramai usahawan yang berjaya mencapai lebih ramai pelanggan dan lipatgandakan hasil jualan dengan lebih berkesan!

Ingin tingkatkan potensi perniagaan anda dengan pemasaran SMS? Jom daftar perkhidmatan SMS Niaga untuk capai lebih banyak pelanggan!

Kami sedia menawarkan harga pakej yang berbaloi untuk jenama anda. Hubungi kami segera untuk dapatkan harga terbaik!

 

Tutorial Blast SMS Menggunakan Akaun SMS Niaga V2 + Go.my

Pemasaran SMS mempunyai pelbagai kelebihan untuk melonjakkan lagi potensi perniagaan anda. Ramai usahawan yang telah gunakan platform ini bagi mencapai ramai pelanggan secara terus dan peribadi.

Untuk pengetahuan anda, kami telah lancarkan fungsi terbaru, CerdikLink™ daripada Go.my untuk SMS Niaga V2. Anda boleh klik di sini untuk rujukan lebih lanjut.

Tujuan utama tool ini ialah supaya anda boleh membuat profiling dengan lebih lengkap untuk setiap kempen SMS marketing yang anda jalankan.

Anda juga boleh kenalpasti sama ada penerima sudah klik butang CTA (Call-To-Action) dalam mesej SMS tersebut atau belum. Daripada metrik ini, sistem akan buat penilaian secara automatik pada setiap penerima.

Setakat ini, kami telah membantu usahawan menghasilkan lebih 12 juta URL unik dalam pemasaran SMS.

Kelebihan CerdikLink

Berikut adalah manfaat CerdikLink untuk rujukan anda :

  • Memendekkan link yang akan dimasukkan dalam kandungan SMS yang akan dihantar kepada penerima.
  • Sistem akan auto generate link kepada unique short link untuk track click rate, dan specific recipient mana yang klik link tersebut.

Notes: Pastikan anda mempunyai akaun SMS Niaga V2 terlebih dahulu – daftar akaun di sini

Tutorial Blast SMS Menggunakan Akaun SMS Niaga V2 + Go.my

Langkah 1

Selepas anda berjaya login ke akaun SMS Niaga V2, klik pada Tools dan juga butang CerdikLink seperti gambar di bawah.

Langkah 2

Kemudian, klik Add New Link untuk masukkan nama dan destinasi link yang anda mahukan.

Langkah 3

Selepas selesai langkah 2, anda perlu klik sama ada bulk SMS atau quick SMS berdasarkan bilangan data anda untuk mulakan penghantaran mesej.

Isikan group, sender id dan juga taipkan kandungan SMS anda seperti rajah dibawah bagi kedua-dua kategori. Anda boleh ikuti contoh seperti di bawah.

1. Quick SMS

2. Bulk SMS

Langkah 4

Untuk gunakan fungsi ini, pastikan anda tandakan pada kotak Use Cerdiklink yang disediakan seperti pada gambarajah di bawah, dan pilih nama link yang telah anda hasilkan pada langkah 2.

Kemudian mulakan penghantaran SMS anda dengan klik butang preview message dan seterusnya agree and send message.

sms niaga

Langkah 5

Seperti yang dikongsikan di bawah, anda boleh semak laporan respon SMS daripada pelanggan selepas ia dihantar.

Anda boleh lihat bilangan penerima yang sudah klik link tersebut pada bahagian Total Clicked.

Dengan klik butang Details pula, anda boleh kenalpasti nombor telefon mana yang klik link anda.

sms niaga

sms niaga

Go.my bakal membantu jenama anda menghasilkan mesej pemasaran yang lebih profesional dengan link yang lebih pendek.

Dengan laporan SMS, ia juga bakal memudahkan anda untuk menjejak dan menganalisa kempen pemasaran SMS buat jenama anda.

Jangan terkejut kalau banyak order masuk sebaik sahaja anda blast SMS. Berminat untuk gunakan pemasaran SMS daripada kami?

Jom dapatkan pakej SMS Niaga dengan harga berbaloi bagi meningkatkan potensi perniagaan anda.

7 Kelebihan SMS Yang Menjadikannya Trend Terbesar Dalam Pemasaran Digital

Anda mungkin mempunyai produk untuk dijual atau perkhidmatan baharu untuk diperkenalkan kepada pelanggan namun tidak tahu cara caranya.

Inilah masa yang tepat untuk anda mencuba pemasaran SMS. Ramai usahawan yang menggunakan SMS untuk mencapai pelanggan baru dan lama secara berkesan.

Pemasaran digital bukanlah perkara baru, tetapi keberkesanan pemasaran teks mula disedari dan trendnya dilihat semakin berkembang.

Taktik pemasaran teks menawarkan pelbagai kepentingan dan kelebihan terhadap sesuatu jenama.

Sifatnya yang fleksibel, mudah dijadualkan, serta mempunyai kadar bacaan serta engagement yang tinggi menjadikan ia antara platform pemasaran yang wajib dicuba.

Kelebihan yang ditawarkan oleh pemasaran SMS bukan hanya unik untuk satu jenama atau industri sahaja, tetapi kesemua jenama atau bisnes boleh merasai manfaatnya.

Berikut adalah kelebihan SMS yang menjadikannya sesuai untuk digunakan bagi tujuan pemasaran bisnes.

7 Kelebihan SMS Yang Menjadikannya Trend Terbesar Dalam Pemasaran Digital

1. Pantas

Secara puratanya seseorang akan menyemak notifikasi mesej teks mereka dalam masa 90 saat dari masa mereka menerimanya.

Jadi, peluang untuk mesej anda sampai kepada pelanggan adalah lebih tinggi.

Mana tidaknya? Selepas anda blast mesej teks kepada pelanggan, mereka akan terus menerima notifikasi SMS dengan serta merta.

3. Ringkas

Berbeza dengan e-mel, SMS tidak perlu ditulis panjang berjela. Cukup hanya dengan 160 karakter sudah memadai.

Anda perlulah karang teks seringkas mungkin dengan perkataan yang mudah difahami.

3. Secara Terus (Direct)

Mesej teks ini boleh dikatakan sebagai taktik pemasaran secara terus. Pelanggan tidak perlu log masuk atau membuka aplikasi untuk membaca teks daripada anda.

Satu lagi kelebihan SMS yang menarik ialah kebolehannya untuk sampai kepada pelanggan walaupun tanpa sambungan internet.

4. Kos Rendah

Pemasaran teks tidak menelan kos yang tinggi berbanding jenis pemasaran dan pengiklanan yang lain seperti e-mel atau iklan di platform media.

Jadi, memang tak rugi untuk anda mencuba kerana ia bukan saja murah, malah ia mempunyai potensi yang tinggi bagi mengembangkan jenama anda.

5. Dapat Tarik Perhatian Pelanggan Dengan Berkesan

Berdasarkan data, kadar bukaan bagi mesej teks adalah dalam anggaran 98% berbanding e-mel yang mempunyai kadar bukaan serendah 20% sahaja.

Penghantaran mesej yang ringkas serta dilengkapi dengan tawaran menarik pasti buatkan ramai pelanggan ingin tahu mengenai produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan.

Kelebihan SMS

6. Mudah Dikendalikan

Pemasaran SMS sangat fleksibel dan mudah untuk dikendalikan. Anda boleh tambahkan unsur personal bagi menarik minat pelanggan untuk berinteraksi.

Di samping itu, ia juga boleh dijadualkan supaya dihantar pada waktu yang tepat bergantung kepada kempen demi meraih engagement yang tinggi daripada pelanggan.

Bukan itu saja, malah anda juga boleh gabungkan pemasaran SMS dengan saluran lain seperti e-mel, blog dan sebagainya.

7. Menguatkan Pemasaran Anda

Pemasaran teks mampu menguatkan lagi jenama anda. Ia dapat menjadi platform untuk anda menawarkan pelbagai tawaran serta diskaun dengan lebih mudah kepada pelanggan.

Anda juga boleh hantarkan mesej khas untuk pelanggan berdaftar atau VIP bagi meningkatkan kesetiaan mereka terhadap jenama anda.

Kelebihan SMS

Cara Libatkan Diri Dalam Trend Pemasaran Teks

Jadi, bagaimana cara untuk melibatkan diri dalam trend pemasaran teks ini?

Walaupun pada awalnya ia nampak sukar, namun ia bakal melancarkan lagi urusan pemasaran anda pada masa akan datang.

Bagi yang pertama kali ingin menggunakan pemasaran SMS, anda boleh ikuti beberapa tips seperti di bawah :

1. Jenama anda perlu mempunyai matlamat pemasaran yang munasabah dan boleh diukur.
2. Pastikan telefon bimbit anda berada pada tahap optimum sebelum pemasaran SMS dijalankan.
3. Anda boleh rujuk atau berunding dengan pakar bagi mengetahui dengan lebih dalam mengenai pemasaran mesej teks dan memahami trend semasa.

Kami juga pernah kongsikan pelbagai tips mengenai pemasaran SMS yang anda boleh jadikan panduan.

Anda juga boleh lakukan rujukan di internet untuk menghantar mesej yang tepat pada waktu yang ideal.

Jika jenama atau perniagaan anda tidak menggunakan strategi pemasaran teks ini, anda mungkin akan terlepas salah satu trend pemasaran digital terbesar.

Ia menawarkan pelbagai kelebihan untuk membuatkan jenama ana lebih terkenal di samping dapat mencapai lebih ramai pelanggan.

Bagi anda yang berminat untuk terapkan pemasaran SMS dalam perniagaan, apa kata anda cuba produk SMS Niaga daripada kami?

Harga pakej yang kami tawarkan berbaloi dan bakal menepati keperluan jenama anda.

Hubungi kami segera untuk ketahui dengan lebih lanjut!

Kalendar Strategi Pemasaran SMS 2023: Tarikh Penting & Tips Untuk Pemasaran Mesej Teks

Hari Perayaan merupakan waktu yang cukup sesuai untuk anda berhubung dengan pelanggan menerusi pemasaran SMS.

Seperti yang dilakukan oleh banyak jenama, mereka sering menawarkan promosi menarik serta diskaun istimewa sempena pelbagai hari perayaan.

Memandangkan tahun 2023 bakal menjelma tak lama lagi, di sini kami ingin kongsikan tarikh-tarikh penting serta contoh SMS yang anda boleh hantarkan kepada pelanggan.

Kalendar Strategi Pemasaran SMS 2023 : Tarikh-Tarikh Penting & Idea Teks

Tahun Baru : 1 Januari 2023

Suntikkan rasa teruja di kalangan pelanggan untuk menempuh tahun baru dengan mesej inspirasi serta kod ekslusif untuk membeli-belah.

Contoh Teks :
Selamat Tahun Baru Ainaa! Jom melangkah ke tahun 2023 dengan penuh gaya! Gunakan kod NEWYEAR2023 untuk potongan 10% diskaun.

Pemasaran SMS 2023
Tahun Baru Cina : 22 & 23 Januari 2023

Anda juga boleh tarik kunjungan pelanggan ke kedai anda dengan diskaun esklusif untuk pembelian secara walk-in sempena Tahun Baru Cina.

Contoh SMS Pemasaran 2023 untuk Tahun Baru Cina :

Semarakkan sambutan Tahun Baru Cina dengan potongan 15% diskaun bila anda dine-in di Neko Café. Tawaran sah pada 22 & 23 Jan sahaja!

Israk dan Mikraj : 18 Februari 2023

Tarikh penting pada dalam kalendar Islam juga boleh menjadi pendorong bagi orang ramai untuk banyakkan beramal.

Contoh SMS :

Selamat memperingati Israk Mikraj. Ayuh perbanyakkan sedekah pada hari ini. (pautan)

Awal Ramadan : 23 Mac 2023

Bulan Ramadan merupakan bulan yang dinanti-nantikan umat Islam setiap tahun.

Pada bulan ini, ramai yang tidak melepaskan peluang untuk banyakkan amal jariah.

Contoh SMS :

Hiasi bulan Ramadan anda dengan sedekah jariah. Klik di sini untuk taja anak-anak di Syria berbuka. (pautan)

Hari Raya Aidilfitri : 22 April 2023

Menjelang Hari Raya Aidilfitri, ramai yang teruja untuk buat persiapan dengan membeli-belah. Inilah peluang anda untuk tawarkan diskaun menarik.

Contoh SMS :

Salam Aidilfitri! Jom dapatkan koleksi Lebaran terkini dengan potongan diskaun 15%.

Pemasaran SMS 2023
Hari Buruh : 1 Mei 2023

Contoh SMS :
Selamat Hari Buruh! Dapatkan potongan diskaun 30% bagi pembelian RM 50 ke atas dengan kod HARIBURUH23.

Hari Raya Aidiladha : 29 Jun 2023

Hari Raya Aidiladha adalah waktu yang baik untuk anda kongsikan pakej sumbangan serta qurban.

Contoh SMS :
Dah daftar qurban? Jom daftar dengan kami serendah RM 300 sebahagian! Klik di sini.

Awal Muharram : 19 Julai 2023

Sempena awal tahun baru Islam, anda boleh kongsikan motivasi serta ucapan ringkas buat pelanggan.

Contoh SMS :
Selamat menyambut Awal Muharram. Semoga tahun ini menjadi titik pemula bagi kita untuk kekal istiqamah dalam beribadah.

Hari Kemerdekaan : 31 Ogos 2023

Banyak jenama yang tak ketinggalan untuk tawarkan promosi menarik sempena Hari Kemerdekaan.

Contoh SMS :
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-66! Gunakan kod promo MERDEKA23 untuk dapatkan minuman dengan harga istimewa RM 6.60!

Hari Malaysia : 16 September 2023

Anda juga boleh war-warkan program istimewa bersama pelanggan di cawangan menerusi pemasaran SMS.

Contoh SMS :
Selamat Hari Malaysia! Kibarkan Jalur Gemilang ketika drive-thru dan dapatkan 15% diskaun bagi setiap pembelian!

Maulidur Rasul : 28 September 2023

Contoh Teks :
Ayuh perbanyakan amal sempena Malidur Rasul bersama kami. Klik di sini untuk menaja pek makanan untuk warga Palestin.

Deepavali : 12 November 2023

Anda juga boleh adakan jualan atau promosi menarik sempena sambutan Hari Deepavali.

Contoh SMS :
Raikan warna-warni Deepavali bersama koleksi terbaru kami. Checkout gunakan kod DEEPA23 untuk tebus penghantaran percuma.

Hari Krismas : 25 Disember 2023

Sambutan Hari Krismas cukup sinonim dengan pemberian hadiah untuk yang tersayang. Inilah peluang anda untuk adakan promosi menarik pada pelanggan.

Contoh SMS :
Selamat menyambut Hari Krismas! Gunakan kod XMAS23 untuk dapatkan balutan hadiah serta kad ucapan percuma daripada kami!

Tips Penghantaran SMS Pada Musim Perayaan

Pemasaran SMS mempunyai keunikan untuk mencapai pelanggan secara terus.

Jadi, anda perlulah gunakan kelebihan ini dengan tepat untuk tingkatkan hasil jualan.

Ini ada beberapa tips yang anda boleh ikuti untuk pastikan kempen pemasaran SMS 2023 anda berjaya pada musim perayaan :

Setkan Timing Yang Betul

Pastikan anda jadualkan blast SMS pada waktu yang betul. Sebagai contoh, sekiranya anda ingin tawarkan pakej Qurban, pastikan anda lakukannya lebih awal agar pelanggan boleh pertimbangkan untuk sertai program bersama anda.

Jangan Hantar Terlalu Banyak Mesej

Dengan lambakan jualan menjelang musim perayaan, pelanggan akan berasa rimas sekiranya sesebuah jennama hantarkan terlalu banyak mesej promosi.

Sebaliknya, rancang untuk hantar SMS dengan kekerapan yang sederhana dan fokuskan pada kandungan yang menarik dan bermanfaat untuk ditawarkan pada pelanggan.

Tingkatkan Jumlah Subscriber SMS

Tahukah anda bahawa 66% pelanggan menggunakan telefon bimbit untuk membeli-belah? Pada musim perayaan, lebih ramai pelanggan yang cenderung untuk buat pembelian.

Jadi, manfaatkanlah musim perayaan untuk tarik lebih ramai lagi pelanggan untuk daftar pemasaran SMS 2023 anda. Sebagai contoh, anda boleh tawarkan hadiah istimewa bagi setiap pendaftaran.

Contoh SMS : Mesej RAYA ke 23443 untuk dapatkan sampel lipstick percuma daripada NEERA.

Pemasaran SMS 2023

Musim perayaan adalah waktu yang tepat untuk anda kekalkan kesetiaan pelanggan di samping menarik ramai lagi pelanggan untuk ketahui mengenai jenama anda.

Jangan lupa untuk gunakan waktu-waktu yang telah disenaraikan untuk lancarkan pemasaran SMS 2023.

Tetapkan waktu serta kandungan yang betul pada setiap SMS yang dihantar, anda pasti akan dapat hasil yang memuaskan.

Jom mulakan pemasaran SMS 2023 dengan kami! SMS Niaga sedia menawarkan pakej dengan harga yang berbaloi untuk tingkatkan potensi bisnes anda. Hubungi kami segera untuk ketahui dengan lebih lanjut.

3 Cara Yang Anda Boleh Cuba Untuk Buatkan Jenama Anda Dikenali

Cara Untuk Buatkan Jenama Anda Dikenali

Setiap perniagaan pasti mahukan jenama mereka dikenali ramai. Mana tidaknya, semakin ramai yang kenal, semakin mudah untuk produk atau perkhidmatan anda dijual.

Namun, apakah cara yang anda boleh lakukan untuk tingkatkan lagi kesedaran di kalangan pengguna mengenai jenama anda?

Jom kita tengok 3 cara yang anda boleh praktikkan untuk tingkatkan brand awareness supaya perniagaan anda lebih dikenali ramai!

Jenama Anda Dikenali

 

3 Cara Yang Anda Boleh Cuba Untuk Buatkan Jenama Anda Lebih Dikenali

1. Tawarkan Promosi Menarik 

Tak kiralah sama ada perniagaan anda masih baru atau sudah lama berada di pasaran, tawaran promosi adalah salah satu strategi yang patut anda cuba untuk tarik minat orang ramai mengenali jenama anda.

Berikan layanan istimewa kepada pelanggan dengan tawarkan promosi masa terhad kepada mereka.

Salah satu layanan istimewa yang anda boleh tawarkan kepada pelanggan adalah “Exclusive Early Access”  atau pemberian sampel/trial percuma untuk produk terbaharu.

Wujudkan rasa perlu disegerakan dengan tekankan masa terhad bagi promosi yang ditawarkan.

Letakkan juga pautan ke laman web anda supaya pelanggan dapat membuat pembelian terus di laman web. Secara tidak langsung, cara ini juga dapat tingkatkan engagement website anda.

2. Tawarkan Penghantaran Percuma

Ingin buatkan jenama anda dikenali ramai? Tawarkanlah free delivery kepada pelanggan!

Tawaran penghantaran percuma merupakan antara senjata paling berkesan untuk tarik pelanggan untuk buat pembelian segera di samping buatkan jenama anda dikenali.

Menurut tinjauan yang dilakukan oleh Amazon Prime semasa promosi Prime Day, kebanyakan pengguna akui penghantaran percuma merupakan faktor nombor satu yang mendorong mereka untuk membeli di laman tersebut.

Penghantaran percuma juga merupakan antara langkah yang paling berkesan untuk memujuk pelanggan checkout barangan yang sudah lama berada di ‘cart’. 

Ketika menawarkan penghantaran percuma, anda boleh menghantar mesej peringatan kepada pelanggan supaya mereka tak terlepas peluang keemasan daripada anda.

3. Promosikan Ke Semua Saluran Pemasaran

Pada zaman teknologi ini, anda boleh manfaatkan pelbagai saluran pemasaran digital supaya ramai yang lebih kenali jenama anda.

Antara saluran pemasaran digital yang anda boleh guna adalah pemasaran menerusi SMS, e-mel, website dan media sosial.

Semua saluran ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing, namun jika digabungkan bersama, ia pasti bakal membantu anda mencapai target kempen pemasaran anda!

Jenama Anda Dikenali

Dari tawaran promosi sehinggalah penggunaan pelbagai platform pemasaran digital, terdapat pelbagai kaedah yang anda boleh cuba supaya ramai lebih ramai tahu kewujudan perniagaan anda.

Nak buatkan ramai kenali jenama anda? Jom tingkatkan jualan menerusi pemasaran digital dengan produk daripada Web Impian!

Kami menawarkan pelbagai saluran pemasaran seperti pemasaran SMS, pemasaran e-mel dan pembangunan website.

Harga yang kami tawarkan cukup berbaloi dan lengkap dengan ciri-ciri menarik yang pasti bakal menepati target pemasaran anda.

Jangan berlengah lagi, hubungilah kami segera untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai perkhidmatan kami!

7 Cara Untuk Tingkatkan Bilangan Subscriber SMS Anda

Sudah ada platform pemasaran SMS namun tak ramai yang melanggannya? Mungkin ini adalah petanda yang anda perlu guna strategi lain untuk tingkatkan bilangan subscriber SMS anda.

Semakin besar bilangan penerima, semakin tinggi potensi anda untuk kembangkan lagi perniagaan.

Ini ada beberapa kaedah menarik yang anda boleh cuba untuk tingkatkan bilangan subscriber SMS anda. 

7 Cara Untuk Meningkatkan Bilangan Subscriber SMS Anda

1. Tawarkan Sesuatu Yang Mereka Tak Boleh Tolak

Pelanggan biasanya akan lebih terbuka kepada sesebuah jenama yang rela memberi sebelum menerima apa-apa daripada pelanggan. Cara ini akan membuatkan pelanggan rasa lebih yakin dan percaya dengan sebuah jenama. 

Untuk memastikan cara ini berkesan, anda perlulah tawarkan sesuatu yang mengujakan supaya pelanggan tidak berfikir dua kali untuk opt-in pemasaran SMS. 

Sebagai contoh, Pizza Hut pernah menawarkan cheese sticks percuma untuk pelanggan yang mendaftar langganan pemasaran SMS mereka.

 Jika anda bertuah, pelanggan juga akan terbuka untuk berkongsi tawaran ini dengan rakan dan keluarga mereka. 

Tingkatkan Bilangan Subscriber

2. Adakan Pertandingan 

Salah satu cara paling berkesan yang anda boleh praktikkan untuk kumpul data atau maklumat atau nombor telefon pelanggan adalah melalui pertandingan. 

Anda boleh promosikan pertandingan menerusi pelbagai platform seperti website, e-mel dan media sosial. 

Untuk memastikan pertandingan yang diadakan mendapat sambutan, anda perlulah tawarkan hadiah yang bernilai supaya ramai yang sudi mendaftar dan berkongsikan maklumat. 

Kemudian, tunggu dan lihat sajalah peningkatan jumlah subscriber yang mendadak! 

 Untuk hormati privasi pelanggan, anda juga perlu maklumkan yang mereka mungkin akan menerima hebahan mengenai diskaun atau pertandingan lain pada masa akan datang ketika mereka bersetuju untuk mendaftar. 

3. Cipta Keahlian VIP

Cara lain untuk tingkatkan jumlah subscriber untuk pemasaran SMS anda adalah dengan mencipta keahlian VIP. 

Tawarkan pelanggan anda kelebihan serta diskaun yang istimewa supaya mereka  berminat untuk berdaftar.

Cara ini bukan saja membantu anda untuk tingkatkan jumlah subscriber, malah ia juga boleh mencetuskan kesetiaan di kalangan pelanggan. 

4. Kumpul Subscriber di Checkout Page

Cara ini adalah antara yang paling mudah untuk anda dapatkan data daripada pelanggan. 

Anda boleh tambahkan subscriber dengan menambah pilihan untuk opt-in SMS daripada anda di ruangan Checkout.

Ini menjadikan pendaftaran untuk program SMS anda semudah ABC. Pelanggan hanya perlu tandakan pada kotak semasa pembeli memberi maklumat penghantaran mereka.

5. Gunakan Pemasaran E-mel Sedia Ada

Jika anda sudah ada senarai pelanggan untuk pemasaran e-mel, anda boleh gunakannya untuk pujuk pelanggan berdaftar untuk pemasaran SMS. 

Lihat senarai yang anda sudah bina dalam saluran pemasaran emel dan dorong pelanggan untuk daftar program SMS supaya mereka dapat tahu info semasa dan diskaun yang anda jalankan.

Anda hanya perlu minta pelanggan hantarkan teks ringkas untuk opt-in pemasaran SMS contohnya, hantarkan ReachSMS ke 60076. 

6. Manfaatkan Laman Media Sosial

Pada zaman ini, media sosial tak hanya digunakan untuk berhubung, malah ia sudah menjadi salah satu keperluan dalam pemasaran digital. 

Pelanggan juga lebih mudah dicapai di media sosial kerana kebanyakannya merupakan pengguna aktif. 

Antara cara yang anda boleh lakukan untuk tingkatkan bilangan subscriber adalah dengan mengadakan pertandingan yang memerlukan pelanggan opt-in pemasaran SMS daripada anda sebagai syarat. 

Anda juga boleh ubah pengikut media sosial di Instagram kepada subscriber dengan menggunakan teknologi pendaftaran “two-taps” dalam Instagram Story.

Dengan sistem ini, pengguna akan klik butang dalam story tersebut untuk memuatkan mesej teks pada peranti mereka. Selepas menekan ‘send’, mereka akan ikut serta dalam program SMS anda.

Tingkatkan Bilangan Subscriber

7. Kekal konsisten, Analisa dan Ulang Kembali

Untuk tingkatkan bilangan subscriber dalam pemasaran SMS, anda perlulah kekal konsisten dari segi frekuensi penghantaran serta gaya bahasa yang digunakan. 

Anda juga perlu menganalisa setiap kempen yang dijalankan. Beri perhatian khusus terhadap tarikh penyertaan pelanggan dan sumber pendaftarannya untuk melihat jumlah pendaftaran dan saluran mana yang memberikan pulangan pelaburan paling banyak.

Yang paling penting, jangan mudah berputus asa, ya! 64% pengguna bersetuju yang perniagaan sepatutnya menghantar SMS pemasaran dengan lebih kerap.

Tingkatkan Bilangan Subscriber

Sekiranya kandungan SMS yang anda hantar menarik dan menepati kehendak pelanggan, mereka pasti tak teragak-agak untuk membeli produk atau perkhidmatan anda! 

Dengan perancangan yang baik serta kaedah yang bernas, bilangan subscriber anda pasti akan meningkat! Jangan lupa untuk manfaatkan platform pemasaran lain yang sedia ada seperti pemasaran emel dan media sosial anda. 

Belum mulakan pemasaran SMS untuk bisnes anda? Jom mulakannya bersama kami menerusi SMS Niaga! Kami sedia menawarkan pakej pemasaran SMS dengan harga yang berbaloi.

Ia juga sangat mudah untuk digunakan dan telah berjaya membantu ribuan usahawan mencapai target pemasaran mereka. Hubungilah kami segera! 

3 Cara Untuk Kembangkan Komuniti Jenama Anda Dengan SMS

Seiring dengan perkembangan arus teknologi, makin ramai usahawan memanfaatkan penggunaan pemasaran digital bagi meningkatkan potensi perniagaan di samping mencapai lebih ramai pelanggan.

Salah satu cara yang berkesan dalam menghubungkan jenama dengan pengguna adalah melalui pemasaran teks mesej.

Pemasaran SMS tak semestinya digunakan untuk kepentingan jenama semata-mata.

Sifat SMS yang fleksibel dan tinggi kadar bukaan dilihat sebagai saluran yang efektif dalam menghubungkan sesebuah jenama dengan pengguna melalui komunikasi dua hala.

Berikut merupakan 3 cara yang anda boleh praktikkan dalam pemasaran SMS untuk kembangkan komuniti jenama anda.

Kembangkan Komuniti Jenama

3 Cara Untuk Kembangkan Komuniti Jenama Anda Dengan SMS

1. Dengar dan Dalami Pendapat Pelanggan Secara Teliti 

Data daripada AspireIQ mendapati rata-rata jenama cenderung untuk berinteraksi dengan cara yang kurang digemari pelanggan.

Salah satu faktor adalah disebabkan oleh sikap peniaga yang terlalu fokus untuk menjana hasil dan kurang mendengar pendapat daripada pelanggan.

Sesetengah peniaga mungkin tidak sedar, tetapi hakikatnya pengguna inginkan maklumbalas dan cadangan mereka diambil kira dalam proses pembuatan atau pembaikan produk yang mereka gemari.

Oleh itu, sesebuah jenama perlu bersikap lebih proaktif dalam mendengar pendapat demi menjamin sokongan jangka masa panjang daripada pelanggan.

Anda boleh manfaatkan saluran SMS untuk mendapat maklumbalas daripada pelanggan dalam bentuk review, survey atau sesi soal jawab terbuka. 

Usaha sebegini akan buatkan pelanggan rasa lebih dihargai kerana suara mereka didengari.

Jangan lupa untuk gunakan kaedah komunikasi yang mesra dan profesional ketika berinteraksi dengan pelanggan.

Kembangkan Komuniti Jenama

2. Galakkan Hubungan Jangka Panjang Bersama Pelanggan

Untuk kembangkan komuniti jenama, sokongan pengguna yang berterusan dalam jangka masa yang panjang adalah sangat penting.

Jadi, anda tidak boleh buang masa selepas pelanggan buat pembelian pertama. Gunakan peluang ini untuk tarik pelanggan agar terus berminat dengan jenama anda.

Salah satu caranya adalah dengan menghantar SMS eksklusif untuk menawarkan promosi terhad bagi menggalakkan minat dan interaksi pengguna dalam tempoh yang lebih lama.

Sebagai contoh, anda boleh lancarkan satu kempen “7 Hari Tawaran”, dan menghantarkan satu mesej yang menggalakkan pengguna untuk membuat pembelian setiap kali kempen dilancarkan.

Kembangkan Komuniti Jenama

Dengan menyediakan pelbagai tawaran sepanjang minggu, pengguna akan rasa lebih teruja untuk ketahui promosi yang seterusnya.

Secara tidak langsung, ini dapat membantu anda mendorong kenaikan trafik ke laman web anda dan meningkatkan interaksi serta hubungan baik dengan pelanggan.

Satu lagi cara yang anda boleh lakukan untuk cetus sokongan pelanggan dengan lebih lama adalah melalui  program kesetiaan (loyalty program).

Banyak jenama yang gunakan strategi ini untuk meningkatkan jumlah pelanggan berulang di samping meningkatkan kepercayaan mereka terhadap jenama anda.

Anda boleh tawarkan insentif yang menarik serta akses khas kepada produk terbaru kepada pelanggan yang mendaftar.

3. Manfaatkan Personalized SMS Untuk Tarik Lebih Ramai Pelanggan

Data daripada AspirelQ’s menunjukkan kunci kepada satu komuniti jenama yang kukuh adalah melalui ‘Personalized’  teks mesej. Data tersebut menunjukkan :

  • personalized SMS mendorong 90% daripada pengguna untuk terlibat dengan jenama kegemaran mereka.
  • 1/3 daripada pengguna ingin menyumbang lebih idea kepada konten, produk atau servis bagi jenama yang digunakan oleh mereka.

Walaupun terdapat banyak kelebihan dalam personalized SMS, namun masih banyak jenama yang gagal untuk menerapkannya dalam pemasaran digital.

Ini terbukti daripada data yang menunjukkan hanya 21.7% pengguna dapat merasakan jenama berhubung secara individu dengan mereka.

Jadi, anda perlulah menawarkan platform pemasaran SMS yang lebih mesra untuk komunikasi dua hala yang berkesan.

Jangan lupa untuk gunakan nada yang mesra serta nama panggilan pelanggan dalam SMS yang ingin dihantar!

Kembangkan Komuniti Jenama

Anda perlu sedar bahawa reputasi jenama tidak hanya diukur pada bilangan pelanggan dan jumlah hasil sahaja.

Untuk mendapatkan sokongan jangka masa panjang daripada pelanggan, anda juga perlu tawarkan medium komunikasi serta khidmat pelanggan yang terbaik.

Dengan mendengar pendapat pelanggan secara lebih teliti, sesebuah jenama boleh memupuk hubungan yang berpanjangan dan meningkatkan nilai jenama di mata pelanggan.

Ingin kembangkan komuniti jenama anda dengan pemasaran SMS? Jom daftar SMS Niaga!

Hubungi kami segera untuk dapatkan harga pakej yang berpatutan dengan ciri-ciri yang bersesuaian dengan strategi pemasaran anda.

Sumber : attentive.com

3 Jenis Teks Mesej Yang Boleh Menjana Pulangan Lumayan Untuk Jenama Anda

3 Jenis Teks Mesej Yang Boleh Menjana Lebih Hasil

Tahukah anda purata penggunaan gajet seperti telefon pintar dalam sehari adalah 3 jam 43 minit?

Telefon pintar sudah menjadi keperluan bagi kebanyakan orang untuk berhubung, bekerja dan mendapatkan maklumat terkini.

Ini membuktikan bahawa kebarangkalian pengguna untuk melihat teks mesej anda pada telefon pintar mereka adalah sangat tinggi.

Oleh sebab itulah ramai usahawan yang memanfaatkan pemasaran SMS untuk lonjakkan lagi perniagaan mereka.

Pemasaran SMS juga mempunyai pelbagai ciri-ciri yang menarik seperti fungsi personalized yang boleh membuatkan pelanggan rasa lebih mesra untuk berurusan dengan anda.

Ia sangat mudah untuk dikendalikan dan mempunyai keberkesanan yang tinggi jika dihantar pada waktu yang tepat.

Pemasaran SMS juga boleh dihantar secara automatik atau dijadualkan bergantung kepada kempen pemasaran atau interaksi pelanggan dengan jenama anda.

Terdapat beberapa jenis teks mesej yang anda boleh cuba untuk tingkatkan lagi hasil jualan anda.

3 Jenis Teks Mesej Yang Boleh Menjana Pulangan Lumayan Untuk Jenama Anda

1. Mesej Alu-aluan

Mesej alu-aluan yang dihantar secara automatik selepas pelanggan ikut serta dalam program sms adalah interaksi pertama antara pelanggan baharu dengan syarikat anda.

Gunakan peluang ini untuk sambut pelanggan dengan sapaan mesra dan kongsikan maklumat yang bermanfaat untuk bina hubungan baik dengan mereka.

Anda juga boleh tawarkan diskaun pengenalan buat pelanggan baharu dalam mesej ini untuk tingkatkan kemahuan mereka dalam mencuba produk anda.

Pelanggan yang sudah lama ingin mencuba produk anda pasti takkan lepaskan peluang untuk membelinya dengan diskaun istimewa yang anda tawarkan.

2. Mesej Peringatan ‘Abandoned Cart’

Berdasarkan dapatan daripada Baymard Institute, 69.57% pelanggan cenderung untuk abaikan barangan dalam cart ketika membeli belah secara online. 

Jadi, anda perlulah lakukan sesuatu supaya pelanggan kekal berminat untuk pesan barangan yang mereka berhasrat untuk beli.

Pada waktu inilah anda boleh gunakan pemasaran SMS untuk ingatkan pelanggan tentang item yang mereka tinggalkan di dalam cart.

Sertakan nama produk atau imej yang menarik perhatian di dalam shopping cart mereka yang terbiar.

Tamatkan teks mesej dengan pautan kembali ke cart supaya mereka boleh melengkapkan pembelian dengan mudah.

3. Mesej Tawaran Selepas Pembelian

Pelanggan akan mula terlibat dengan perniagaan anda sejurus selepas mereka membuat pembelian. Jangan sia-siakan rasa minat yang timbul pada pelanggan!

Hantarkan mesej selepas pembelian kepada pelanggan bagi memastikan mereka terus berminat dengan jenama anda meskipun urusan pembelian mereka telah selesai.

Maklumkan kepada pelanggan berkenaan dengan status transaksi mereka seperti status penghantaran dan makluman penghantaran.

Setelah pelanggan menerima pembelian mereka, minta penilaian dan ulasan atau jemput mereka untuk kongsikan pembelian mereka di media sosial.

Memandangkan pelanggan yang membuat pembelian berulang sangat berharga, anda boleh ulangi kaedah ini setiap kali pelanggan buat pembelian. Pasti mereka akan kembali membeli-belah dengan jenama anda!

Terdapat pelbagai cara yang anda boleh lakukan untuk capai pelanggan menerusi pemasaran SMS. Antaranya ialah dengan menghantar jenis teks mesej yang menarik dan bermanfaat untuk tarik interaksi pelanggan.

Dengan menghantar SMS yang menarik dan tepat pada waktunya, pelanggan pasti akan terbuka hati untuk terus membeli produk atau perkhidmatan anda.

Jadi, tak rugi untuk anda cuba pemasaran SMS dan hantar mesej sebegini untuk tingkatkan jualan produk anda.

Bagi anda yang baru ingin mulakan pemasaran SMS, apa kata anda cuba produk SMS Niaga daripada kami! Hubungi kami segera untuk ketahui dengan lebih lanjut. Jom lonjakkan keuntungan bisnes anda bersama kami!

11 Cara Penulisan Paling Berkesan Untuk Pemasaran SMS

Pemasaran SMS memang tak dinafikan agak mencabar kerana karakter(huruf) yang terhad.

Dalam satu teks yang pendek ini, anda perlulah sampaikan maklumat yang lengkap demi mencapai target kempen pemasaran yang disasarkan.

Walaupun menulis bukan kepakaran anda, namun ia bukanlah perkara yang mustahil untuk dilakukan.

Berikut kami senaraikan beberapa cara yang boleh anda praktikkan semasa mengarang teks untuk pemasaran SMS yang berkesan.

11 Cara Penulisan Paling Berkesan Untuk Pemasaran SMS

1. Tulis Secara Ringkas 

Dalam teks pemasaran SMS, less is more. Tak perlu bersusah payah tulis panjang berjela.

Pastikan teks yang disampaikan adalah ringkas dan lengkap dengan informasi yang anda ingin sampaikan untuk menarik perhatian pelanggan.

Kami sarankan anda untuk menghadkan teks mesej antara 100 – 160 karekter atau 3-4 baris sahaja.

2. Gunakan Perkataan Awal Yang Power

Ketika anda mengarang teks, ingatlah yang ayat pertama bakal dilihat dulu oleh penerima.

Anda juga boleh menganggap beberapa perkataan awal sebagai subjek bagi teks.

Secara tidak langsung, ini juga akan membuatkan pelanggan mudah faham tujuan anda menghantar mesej tersebut.

Jadi, anda perlulah memilih perkataan awal dengan tepat.

Gunakan perkataan yang power seperti “mulakan”, “jangan lepaskan”, “promosi”, “Tahniah” dan sebagainya.

Anda juga digalakkan untuk meletakkan nama pelanggan pada awal mesej bagi menarik pelanggan membuka dan membacanya.

3. Gunakan Ayat Yang Pendek 

Satu perenggan teks yang panjang agak berat untuk dibaca oleh penerima.

Selain itu, ia juga boleh membuatkan penerima cenderung untuk mengabaikannya.

Pertimbangkan untuk karang teks dengan ayat yang pendek dan seringkas mungkin untuk menjadikannya lebih mudah dibaca.

Jika anda mahu pelanggan dapatkan maklumat tambahan, anda boleh sertakan bersama link ke website atau laman media sosial anda.

Cara Penulisan

4. Tambahkan Visual

Pemasaran SMS tidak menghalang anda untuk berhubung menggunakan teks semata-mata.

Untuk tarik perhatian pelanggan, anda boleh sertakan SMS bersama multimedia yang sesuai seperti gambar, video, audio atau gif untuk menambahkan personaliti pada teks anda.

Kami sarankan anda untuk gunakan grafik bersaiz 500kb kebawah dan dalam format segi empat sama atau potret untuk mengoptimumkan kebolehbacaan (readability).

5. Maklumkan Tempoh Tawaran Pada Teks 

Pemasaran SMS adalah platform yang baik untuk anda war-warkan promosi yang berlangsung pada tempoh terhad.

Untuk kempen sebegini, jangan lupa untuk selitkan bersama perkataan yang menggambarkan waktu terhad seperti “Minggu ini”, “Bermula sekarang”, “hampir tamat”, “Hanya hari ini”, “Akan tamat”.

Kaedah ini amat berkesan untuk mendorong pelanggan supaya bertindak segera bagi mendapatkan produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan.

6. Ucapkan Terima Kasih

Pelanggan pasti ingin rasa dihargai. Kekalkan kesetiaan pelanggan dengan memberikan mesej penghargaan buat mereka.

Sebagai contoh, anda boleh karang teks seperti “Terima kasih kerana memilih kami”, atau “Sokongan anda kami hargai”.

Cara Penulisan

7. Bahasakan diri sebagai orang pertama

Selain memanggil pelanggan dengan nama mereka, anda juga boleh eratkan lagi hubungan bersama pelanggan dengan membahasakan diri anda sebagai orang pertama. (Saya, kami, kita)

Mesej yang diselitkan dengan nilai personal sebegini pasti bakal membuatkan pelanggan lebih rasa selesa untuk berkomunikasi dengan anda.

8. Promosi Pelbagai Produk dalam Satu Teks SMS

Walaupun karakter dalam pemasaran SMS adalah terhad, ini bukan bermakna anda tidak boleh promosikan lebih daripada satu produk.

Bila pelanggan ditawarkan dengan lebih banyak pilihan, pasti mereka akan lebih berminat untuk libatkan diri dalam promosi jenama anda.

9. Sertakan Promosi atau Diskaun

Siapa yang tak suka berjimat ketika berbelanja? Untuk menarik pembelian daripada pelanggan, anda sangat digalakkan untuk hantarkan teks mengenai promosi istimewa atau diskaun secara berkala.

Cara Penulisan

10. Tetapkan Nada SMS Yang Sesuai 

Ramai yang menggunakan nada santai untuk berinteraksi dengan pelanggan menerusi pemasaran SMS.

Namun, sesetengah syarikat seperti firma guaman lebih sesuai untuk gunakan cara penulisan dengan nada yang lebih formal supaya nampak lebih profesional.

Untuk syarikat sebegini, anda digalakkan gunakan gelaran atau nama panggilan yang bersesuaian dalam teks seperti Datuk, Datin, Tuan dan Puan.

11. Uji dan Semak SMS Sebelum Blast

Sebelum blast, pastikan anda semak nada, informasi serta sebarang kesilapan ejaan yang mungkin ada pada teks anda karang.

Untuk lebih selamat, anda boleh buat hantaran SMS percubaan kepada staff terdekat terlebih dahulu.

Cara Penulisan

Cara penulisan untuk pemasaran SMS tidaklah sesukar yang anda sangkakan. Bagi menjamin keberkesanannya, anda boleh ikuti panduan yang kami kongsikan.

Jangan lupa untuk kekal profesional ketika berhubung dengan pelanggan. Bagi anda yang pertama kali ingin capai pelanggan menerusi pemasaran SMS, jangan lepaskan peluang untuk mencuba perkhidmatan daripada kami iaitu SMS Niaga.

Kami sedia menawarkan pakej pemasaran SMS yang lengkap untuk gandakan potensi perniagaan anda. Hubungilah kami segera untuk dapatkan sebut harga!