3 Cara Untuk Kembangkan Komuniti Jenama Anda Dengan SMS

Nur Amrina Rasyada
Nur Amrina Rasyada

Seiring dengan perkembangan arus teknologi, makin ramai usahawan memanfaatkan penggunaan pemasaran digital bagi meningkatkan potensi perniagaan di samping mencapai lebih ramai pelanggan.

Salah satu cara yang berkesan dalam menghubungkan jenama dengan pengguna adalah melalui pemasaran teks mesej.

Pemasaran SMS tak semestinya digunakan untuk kepentingan jenama semata-mata.

Sifat SMS yang fleksibel dan tinggi kadar bukaan dilihat sebagai saluran yang efektif dalam menghubungkan sesebuah jenama dengan pengguna melalui komunikasi dua hala.

Berikut merupakan 3 cara untuk manfaatkan pemasaran SMS bagi mengembangkan komuniti jenama anda.

3 Cara Untuk Kembangkan Komuniti Jenama Anda Dengan SMS

1. Dengar dan Dalami Pendapat Pelanggan Secara Teliti 

Data daripada AspireIQ mendapati rata-rata jenama cenderung untuk berinteraksi dengan cara yang kurang digemari pelanggan.

Salah satu faktor adalah disebabkan oleh sikap peniaga yang terlalu fokus untuk menjana hasil dan kurang mendengar pendapat daripada pelanggan.

Sesetengah peniaga mungkin tidak sedar, tetapi hakikatnya pengguna inginkan maklumbalas dan cadangan mereka diambil kira dalam proses pembuatan atau pembaikan produk yang mereka gemari.

Oleh itu, sesebuah jenama perlu bersikap lebih proaktif dalam mendengar pendapat demi menjamin sokongan jangka masa panjang daripada pelanggan.

Anda boleh manfaatkan saluran SMS untuk mendapat maklumbalas daripada pelanggan dalam bentuk review, survey atau sesi soal jawab terbuka. 

Usaha sebegini akan buatkan pelanggan rasa lebih dihargai kerana suara mereka didengari.

Jangan lupa untuk gunakan kaedah komunikasi yang mesra dan profesional ketika berinteraksi dengan pelanggan.

2. Galakkan Hubungan Jangka Panjang Bersama Pelanggan

Untuk mengembangkan sesebuah jenama, sokongan pengguna yang berterusan dalam jangka masa yang panjang adalah sangat penting.

Jadi, anda tidak boleh buang masa selepas pelanggan buat pembelian pertama. Gunakan peluang ini untuk tarik pelanggan agar terus berminat dengan jenama anda.

Salah satu caranya adalah dengan menghantar SMS eksklusif untuk menawarkan promosi terhad bagi menggalakkan minat dan interaksi pengguna dalam tempoh yang lebih lama.

Sebagai contoh, anda boleh lancarkan satu kempen “7 Hari Tawaran”, dan menghantarkan satu mesej yang menggalakkan pengguna untuk membuat pembelian setiap kali kempen dilancarkan.

Dengan menyediakan pelbagai tawaran sepanjang minggu, pengguna akan rasa lebih teruja untuk ketahui promosi yang seterusnya.

Secara tidak langsung, ini dapat membantu anda mendorong kenaikan trafik ke laman web anda dan meningkatkan interaksi serta hubungan baik dengan pelanggan.

Satu lagi cara yang anda boleh lakukan untuk cetus sokongan pelanggan dengan lebih lama adalah melalui  program kesetiaan (loyalty program).

Banyak jenama yang gunakan strategi ini untuk meningkatkan jumlah pelanggan berulang di samping meningkatkan kepercayaan mereka terhadap jenama anda.

Anda boleh tawarkan insentif yang menarik serta akses khas kepada produk terbaru kepada pelanggan yang mendaftar.

3. Manfaatkan Personalized SMS Untuk Tarik Lebih Ramai Pelanggan

Data daripada AspirelQ’s menunjukkan kunci kepada satu komuniti jenama yang kukuh adalah melalui ‘Personalized’  teks mesej. Data tersebut menunjukkan :

  • personalized SMS mendorong 90% daripada pengguna untuk terlibat dengan jenama kegemaran mereka.
  • 1/3 daripada pengguna ingin menyumbang lebih idea kepada konten, produk atau servis bagi jenama yang digunakan oleh mereka.

Walaupun terdapat banyak kelebihan dalam personalized SMS, namun masih banyak jenama yang gagal untuk menerapkannya dalam pemasaran digital.

Ini terbukti daripada data yang menunjukkan hanya 21.7% pengguna dapat merasakan jenama berhubung secara individu dengan mereka.

Jadi, anda perlulah menawarkan platform pemasaran SMS yang lebih mesra untuk komunikasi dua hala yang berkesan.

Jangan lupa untuk gunakan nada yang mesra serta nama panggilan pelanggan dalam SMS yang ingin dihantar!

Anda perlu sedar bahawa reputasi jenama tidak hanya diukur pada bilangan pelanggan dan jumlah hasil sahaja.

Untuk mendapatkan sokongan jangka masa panjang daripada pelanggan, anda juga perlu tawarkan medium komunikasi serta khidmat pelanggan yang terbaik.

Dengan mendengar pendapat pelanggan secara lebih teliti, sesebuah jenama boleh memupuk hubungan yang berpanjangan dan meningkatkan nilai jenama di mata pelanggan.

Ingin kembangkan perniagaan anda dengan pemasaran SMS? Jom daftar SMS Niaga! Hubungi kami segera untuk dapatkan harga pakej yang berpatutan dengan ciri-ciri yang bersesuaian dengan strategi pemasaran anda.

Sumber : attentive.com

Hakcipta terpelihara 2019 – SMS Niaga
Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)