3 Jenis Teks Mesej Yang Boleh Menjana Pulangan Lumayan Untuk Jenama Anda

Nur Amrina Rasyada
Nur Amrina Rasyada
3 Jenis Teks Mesej Yang Boleh Menjana Lebih Hasil

Tahukah anda purata penggunaan gajet seperti telefon pintar dalam sehari adalah 3 jam 43 minit?

Telefon pintar sudah menjadi keperluan bagi kebanyakan orang untuk berhubung, bekerja dan mendapatkan maklumat terkini.

Ini membuktikan bahawa kebarangkalian pengguna untuk melihat teks mesej anda pada telefon pintar mereka adalah sangat tinggi.

Oleh sebab itulah ramai usahawan yang memanfaatkan pemasaran SMS untuk lonjakkan lagi perniagaan mereka.

Pemasaran SMS juga mempunyai pelbagai ciri-ciri yang menarik seperti fungsi personalized yang boleh membuatkan pelanggan rasa lebih mesra untuk berurusan dengan anda.

Ia sangat mudah untuk dikendalikan dan mempunyai keberkesanan yang tinggi jika dihantar pada waktu yang tepat.

Pemasaran SMS juga boleh dihantar secara automatik atau dijadualkan bergantung kepada kempen pemasaran atau interaksi pelanggan dengan jenama anda.

Terdapat beberapa jenis teks mesej yang anda boleh cuba untuk tingkatkan lagi hasil jualan anda.

3 Jenis Teks Mesej Yang Boleh Menjana Pulangan Lumayan Untuk Jenama Anda

1. Mesej Alu-aluan

Mesej alu-aluan yang dihantar secara automatik selepas pelanggan ikut serta dalam program sms adalah interaksi pertama antara pelanggan baharu dengan syarikat anda.

Gunakan peluang ini untuk sambut pelanggan dengan sapaan mesra dan kongsikan maklumat yang bermanfaat untuk bina hubungan baik dengan mereka.

Anda juga boleh tawarkan diskaun pengenalan buat pelanggan baharu dalam mesej ini untuk tingkatkan kemahuan mereka dalam mencuba produk anda.

Pelanggan yang sudah lama ingin mencuba produk anda pasti takkan lepaskan peluang untuk membelinya dengan diskaun istimewa yang anda tawarkan.

2. Mesej Peringatan ‘Abandoned Cart’

Berdasarkan dapatan daripada Baymard Institute, 69.57% pelanggan cenderung untuk abaikan barangan dalam cart ketika membeli belah secara online. 

Jadi, anda perlulah lakukan sesuatu supaya pelanggan kekal berminat untuk pesan barangan yang mereka berhasrat untuk beli.

Pada waktu inilah anda boleh gunakan pemasaran SMS untuk ingatkan pelanggan tentang item yang mereka tinggalkan di dalam cart.

Sertakan nama produk atau imej yang menarik perhatian di dalam shopping cart mereka yang terbiar.

Tamatkan teks mesej dengan pautan kembali ke cart supaya mereka boleh melengkapkan pembelian dengan mudah.

3. Mesej Tawaran Selepas Pembelian

Pelanggan akan mula terlibat dengan perniagaan anda sejurus selepas mereka membuat pembelian. Jangan sia-siakan rasa minat yang timbul pada pelanggan!

Hantarkan mesej selepas pembelian kepada pelanggan bagi memastikan mereka terus berminat dengan jenama anda meskipun urusan pembelian mereka telah selesai.

Maklumkan kepada pelanggan berkenaan dengan status transaksi mereka seperti status penghantaran dan makluman penghantaran.

Setelah pelanggan menerima pembelian mereka, minta penilaian dan ulasan atau jemput mereka untuk kongsikan pembelian mereka di media sosial.

Memandangkan pelanggan yang membuat pembelian berulang sangat berharga, anda boleh ulangi kaedah ini setiap kali pelanggan buat pembelian. Pasti mereka akan kembali membeli-belah dengan jenama anda!

Terdapat pelbagai cara yang anda boleh lakukan untuk capai pelanggan menerusi pemasaran SMS. Antaranya ialah dengan menghantar jenis teks mesej yang menarik dan bermanfaat untuk tarik interaksi pelanggan.

Dengan menghantar SMS yang menarik dan tepat pada waktunya, pelanggan pasti akan terbuka hati untuk terus membeli produk atau perkhidmatan anda.

Jadi, tak rugi untuk anda cuba pemasaran SMS dan hantar mesej sebegini untuk tingkatkan jualan produk anda.

Bagi anda yang baru ingin mulakan pemasaran SMS, apa kata anda cuba produk SMS Niaga daripada kami! Hubungi kami segera untuk ketahui dengan lebih lanjut. Jom lonjakkan keuntungan bisnes anda bersama kami!

Hakcipta terpelihara 2019 – SMS Niaga
Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)