5 Mesej Teks Yang Mendorong Kesetiaan dan Pengekalan Pelanggan

Nur Amrina Rasyada
Nur Amrina Rasyada

Pada zaman ini, telefon pintar sudah menjadi keperluan bagi semua.

Selain dimanfaatkan untuk berhubung dan bekerja, ramai yang menggunakan telefon pintar untuk mencari produk atau perkhidmatan yang diperlukan secara atas talian.

Kebergantungan yang tinggi pada telefon pintar memberikan kelebihan kepada usahawan untuk menjalankan kempen pemasaran SMS secara berkesan.

Ramai pemilik bisnes yang memilih pemasaran SMS keranya sifatnya yang fleksibel, mudah dikendalikan dan mempunyai kadar bukaan serta engagement yang tinggi.

Di samping meningkatkan hasil jualan, anda juga boleh manfaatkan pemasaran SMS untuk tingkatkan kesetiaan pelanggan.

Terdapat pelbagai jenis mesej yang anda boleh sampaikan pada pelanggan bergantung kepada keperluan kempen pemasaran.

Di sini kami ingin kongsikan 5 contoh mesej teks yang anda boleh karang untuk mendorong kesetiaan pelanggan.

Mesej Teks

5 Mesej Teks Yang Mendorong Kesetiaan dan Pengekalan Pelanggan

1. Mesej Ucapan Aluan Kepada Pelanggan Baru

Penghantaran mesej ucapan aluan atau Welcome Text adalah strategi yang baik untuk pamerkan tanggapan pertama yang positif kepada pelanggan.

Anda juga boleh gunakan mesej ini untuk perkenalkan jenama di samping menarik minat mereka untuk mencuba jenama anda.

Jelaskan pada mereka bagaimana pengalaman yang akan mereka rasai sebagai pelanggan anda.

Sebagai tanda penghargaan penglibatan pelanggan baru, anda juga boleh kongsikan kod diskaun istimewa bagi mendorong membeli produk atau perkhidmatan pertama daripada anda.

2. Hantar Mesej Selepas Membuat Pembelian

Gunakan pemasaran SMS untuk kekalkan minat pelanggan terhadap jenama anda.

Apa yang anda boleh lakukan ialah hantarkan satu mesej teks untuk promosikan rangkaian produk yang pelanggan minati.

Sebagai contoh, sekiranya anda dapati pelanggan gemar membeli barangan penjagaan kucing, anda boleh promosikan produk makanan kucing terbaru daripada jenama anda.

Selain itu, anda juga boleh meminta pelanggan untuk berikan maklum balas selepas menggunakan produk yang dibeli.

Cara ini bukan saja membuatkan pelanggan rasa pendapat mereka dihargai, malah ulasan daripada pelanggan juga dapat membantu anda kenalpasti kekuatan serta kelemahan sesuatu produk.

Mesej Teks

3. Peringatan Pengabaian Troli (Abandoned Cart) 

Tahukah anda kira-kira 7 daripada 10 pelanggan cenderung untuk abaikan troli ketika membeli belah secara atas talian?

Jadi, inilah masa yang terbaik untuk gunakan pemasaran SMS untuk beri peringatan semula tentang barangan dalam cart mereka.

Antara waktu sesuai untuk anda hantarkan peringatan adalah pada kira-kira seminggu selepas troli diabaikan atau pada hujung bulan menjelang hari gaji.

Jangan lupa untuk sertakan bersama pautan kembali ke halaman cart pelanggan dengan satu klik mudah pada teks mesej anda supaya mereka dapat terus ke laman web untuk buat pembayaran.

4. Ganjaran Bersifat Peribadi 

Tunjukkan penghargaan anda pada pelanggan dengan menawarkan ganjaran bersifat peribadi seperti diskaun Hari Jadi.

Cara ini akan membuatkan pelanggan rasa dihargai dan akan mendorong mereka mengingati jenama anda dengan lebih lama.

Jangan lupa untuk tambahkan unsur peribadi seperti nada yang lebih mesra serta nama panggilan pelanggan pada awal mesej.

Mesej Teks

5. Mengadakan Kempen Kesetiaan

Kempen kesetiaan (loyalty campaign) merupakan program yang dijalankan bagi mengekalkan rasa minat pelanggan pada produk atau perkhidmatan anda.

Salah satu cara yang anda boleh lakukan untuk mulakan program ini adalah dengan mengumpulkan data sedia ada dan sasarkan pelanggan yang kerap berinteraksi melalui SMS.

Seterusnya, hantarkan mesej teks untuk minta persetujuan pelanggan dalam sertai kempen kesetiaan jenama anda.

Kemudian, barulah anda berikan tawaran menarik kepada pelanggan seperti diskaun ekslusif atau akses kepada pra-pelancaran produk terbaru.

Terdapat pelbagai cara yang anda boleh lakukan untuk mendorong kesetiaan pelanggan menerusi pemasaran SMS. Dengan tawaran yang menarik serta interaksi yang positif, pelanggan pasti akan kekal berminat dengan jenama anda.

Memang rugi kalau anda tak manfaatkan pemasaran mesej teks untuk tingkatkan kesetiaan pelanggan. Ramai usahawan yang berjaya mencapai lebih ramai pelanggan dan lipatgandakan hasil jualan dengan lebih berkesan!

Ingin tingkatkan potensi perniagaan anda dengan pemasaran SMS? Jom daftar perkhidmatan SMS Niaga untuk capai lebih banyak pelanggan!

Kami sedia menawarkan harga pakej yang berbaloi untuk jenama anda. Hubungi kami segera untuk dapatkan harga terbaik!

 

Hakcipta terpelihara 2019 – SMS Niaga
Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)