Cara Dapatkan Review dan Tips Untuk Kendalikannya Bagi Tingkatkan Kualiti Jenama Anda

Nur Amrina Rasyada
Nur Amrina Rasyada

Maklumbalas yang positif daripada pelanggan adalah penting untuk meningkatkan reputasi bisnes di samping mengekalkan kesetiaan pelanggan.

Ia membantu anda dalam membuat keputusan yang lebih baik untuk kelebihan jenama serta pelanggan.

Pengalaman yang dikongsikan oleh pelanggan juga dapat membantu anda kenalpasti kekurangan yang mungkin anda tidak sedari.

Review juga sangat penting untuk menarik pelanggan baru. Pada zaman ini, pengguna internet rajin merujuk pada review atas talian sebelum bercadang untuk membeli sesuatu produk.

Semakin banyak lima bintang yang diberikan, semakin ramai pelanggan akan tertarik untuk membelinya.

Di sini kami ingin kongsikan cara untuk dapatkan review serta sedikit tips untuk kendalikan review daripada pelanggan.

Cara Dapatkan Review dan Tips Untuk Kendalikannya Bagi Tingkatkan Kualiti Jenama Anda

Di Mana Boleh Dapatkan Review?

Salah satu perkara yang anda perlu ambil kira ketika mendapatkan review adalah saluran yang sesuai.

Terdapat beberapa saluran yang anda boleh gunakan untuk berinteraksi dengan pelanggan seperti :

  • Panggilan telefon
  • SMS
  • Website
  • E-mel
  • Media Sosial

Bila Boleh Dapatkan Review?

Bila anda ingin dapatkan review, kenalpasti dahulu jenis maklumbalas yang anda perlukan.

Contohnya, jika anda ingin tahu pengalaman pelanggan ketika membeli-belah dan cara untuk baikinya, anda boleh minta review selepas pelanggan buat pembelian.

Jika anda inginkan maklumbalas atas talian mengenai kualiti sesebuah produk, anda perlu tunggu sehingga pelanggan mencubanya.

Terdapat beberapa waktu sesuai yang anda boleh manfaatkan untuk dapatkan review, antaranya :

  • Selepas pelanggan menerima produk atau perkhidmatan
  • Selepas rundingan
  • Selepas percubaan produk baharu
  • Selepas pembayaran diterima

Tips Untuk Kendalikan Review

1. Jangan Paksa Pelanggan Untuk Berikan Review

Jangan sesekali desak pelanggan untuk berikan review. Sebaliknya, jelaskan kepada pelanggan mengapa review daripada mereka penting.

Maklumkan kepada mereka yang informasi tersebut sangat berguna untuk tingkatkan kepuasan pelanggan serta untuk tambahbaik kualiti jenama.

2. Manfaatkan Pemasaran SMS

Memandangkan SMS mempunyai kadar bukaan yang tinggi, pelanggan akan cenderung untuk lihat permintaan review daripada anda.

Sekiranya anda biasa berkomunikasi dengan pelanggan menerusi SMS, gunakannya untuk dapatkan review ringkas daripada pelanggan.

Hantarkan SMS berunsur personal dan panggil pelanggan dengan nama mereka supaya mereka lebih tertarik untuk tinggalkan review.

3. Hantarkan Ucapan Terima Kasih

Pertimbangkan untuk hantar ucapan terima kasih pada pelanggan selepas pembelian dibuat melalui SMS atau e-mel.

Anda boleh sertakan pautan supaya mereka boleh tinggalkan review dengan lebih mudah.

4. Kendalikan Review Negatif Sebaiknya

Tiada satu perniagaan pun yang terlepas daripada review buruk. Ia adalah perkara yang semua bisnes ingin elakkan, namun anda perlulah fikirkannya sebagai peluang untuk membaiki pengalaman pelanggan ketika menggunakan jenama anda.

Anda perlulah bersikap mesra dan profesional bila berhadapan dengan review negatif. Jangan asyik fikir untuk menang.

Sebaliknya, fikirkan cara untuk libatkan kedua-dua belah pihak supaya dapat ubah situasi buruk kepada yang baik.

Kemudian, maklumkan kepada pelanggan tindakan yang anda lakukan untuk mengurangkan rasa tidak puas hati pada pelanggan.

Dengan tindakan yang betul, anda mungkin boleh ubah fikiran pelanggan dan membuatkan mereka cenderung untuk tukarkan review negatif kepada yang positif.

Walaupun nampak remeh, namun setiap review perlulah diamati dengan baik demi kemajuan bisnes anda. Terdapat pelbagai saluran yang anda boleh manfaatkan untuk dapatkan review.

Seperkara lagi, anda perlu ambil setiap review yang baik dan buruk secara terbuka dan positif untuk kebaikan anda dan pelanggan.

Gunakannya sebagai peluang untuk baiki prestasi bisnes dan kualiti interaksi anda dengan pelanggan.

Hakcipta terpelihara 2019 – SMS Niaga
Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)