6 Faedah Pemasaran SMS Pukal Untuk Perniagaan Anda

Nur Amrina Rasyada
Nur Amrina Rasyada

Walaupun tak ramai yang menggunakan SMS untuk berkomunikasi, namun perniagaan masa kini makin banyak menggunakannya sebagai salah satu saluran utama kempen pemasaran dan perkhidmatan pelanggan.

Pemasaran SMS yang serba ringkas membolehkan anda menjadualkan dan menghantar mesej kepada kumpulan atau secara individu.

Ini cara yang bagus untuk menarik perhatian pelanggan sasaran di samping menggalakkan engagement daripada mereka.

Tidak kiralah sama ada anda merupakan pemilik bisnes kecil atau besar, memang tak rugi kalau anda cuba pemasaran SMS secara pukal.

Jom kita tengok 6 faedah pemasaran SMS secara pukal untuk perniagaan anda.

6 Manfaat Pemasaran SMS Secara Pukal Untuk Perniagaan Yang Anda Perlu Tahu 

1. Penghantaran SMS Yang Pantas

Berbanding penghantaran e-mel,  SMS hanya mengambil masa 7 saat untuk dihantar kepada pelanggan.

Dengan syarat, nombor telefon yang anda rekodkan adalah betul, maka teks mesej pasti berjaya dihantar. Yang paling menarik, penghantaran SMS juga tidak bergantung kepada sambungan internet.

Ini adalah antara kelebihan SMS Marketing yang membuatkannya lebih efektif berbanding cara pemasaran lain.

SMS Pukal

2. Kadar Buka Yang Tinggi

Ramai yang turut memilih SMS Marketing kerana kadar buka mesej SMS atau open rate dilaporkan setinggi 98%.

Walaupun penerima yang membaca teks mesej tidak menunjukkan sebarang respon, namun ia memberikan peluang yang tinggi kepada mereka yang melihat daripada mereka tidak melihatnya langsung.

3. Kempen SMS  Custom Yang Mesra Pelanggan

Pemasaran bulk SMS memberi kebebasan kepada anda untuk menghantar kepada seluruh pangkalan data, sub-kumpulan mahupun individu.

Untuk tarik perhatian pelanggan, anda boleh karang teks custom yang bersifat lebih personal.

Bila anda gunakan kata-kata yang lebih mesra, pelanggan pasti lebih mudah untuk terima dan makin berminat dengan produk atau perkhidmatan anda.

Contohnya, anda boleh karang teks seperti “Farah, anda adalah antara pelanggan setia kami, dapatkan diskaun 25% dengan menggunakan kod istimewa ini!”.

4. Tiada Halangan Dalam SMS

E-mel pemasaran selalunya tidak sampai kepada penerima kerana teks mesej tersebut masuk ke dalam kotak spam secara automatik.

Namun, hal ini tidak akan berlaku dalam penghantaran SMS.

SMS yang anda hantar dijamin lebih mudah untuk sampai kepada pelanggan.

Pastikan anda hantarkan SMS pada frekuensi serta timing yang sesuai supaya lebih berkesan dan bagi mengelakkan SMS anda disekat (block) daripada pelanggan!

5. Hanya Perlu Usaha Minimum

Tak susah pun nak karang teks untuk SMS Marketing ni, 160 karakter sahaja! Pastikan teks tersebut padat dan ringkas untuk bacaan pelanggan.

Sekali anda blast SMS secara pukal, SMS akan dihantarkan ke Inbox 15 ribu pelanggan dalam satu masa!

SMS Pukal

6. Laporan SMS Yang Mudah Disemak 

Pemasaran SMS juga membolehkan anda untuk lihat sendiri status bagi setiap SMS sama ada berjaya dihantar, gagal dan sebagainya. Dari situ, bolehlah anda rangka pelan pemasaran yang lebih baik pada masa akan datang.

Jangan takut untuk cuba SMS Marketing sebagai salah satu strategi pemasaran anda. Memang tak rugi untuk dicuba, anda pasti akan terkejut dengan keberkesanannya.

Bagi yang berminat untuk gunakan SMS untuk capai pelanggan, kami ada menawarkan khidmat SMS Niaga dengan harga yang berbaloi.

Kami sedia membantu anda untuk mengembangkan serta membuatkan ramai lebih mengenali jenama anda. Jom langgan SMS Niaga hari ini!

 

Hakcipta terpelihara 2019 – SMS Niaga
Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)