7 Kelebihan SMS Yang Menjadikannya Trend Terbesar Dalam Pemasaran Digital

Nur Amrina Rasyada
Nur Amrina Rasyada

Anda mungkin mempunyai produk untuk dijual atau perkhidmatan baharu untuk diperkenalkan kepada pelanggan namun tidak tahu cara caranya.

Inilah masa yang tepat untuk anda mencuba pemasaran SMS. Ramai usahawan yang menggunakan SMS untuk mencapai pelanggan baru dan lama secara berkesan.

Pemasaran digital bukanlah perkara baru, tetapi keberkesanan pemasaran teks mula disedari dan trendnya dilihat semakin berkembang.

Taktik pemasaran teks menawarkan pelbagai kepentingan dan kelebihan terhadap sesuatu jenama.

Sifatnya yang fleksibel, mudah dijadualkan, serta mempunyai kadar bacaan serta engagement yang tinggi menjadikan ia antara platform pemasaran yang wajib dicuba.

Kelebihan yang ditawarkan oleh pemasaran SMS bukan hanya unik untuk satu jenama atau industri sahaja, tetapi kesemua jenama atau bisnes boleh merasai manfaatnya.

Berikut adalah kelebihan SMS yang menjadikannya sesuai untuk digunakan bagi tujuan pemasaran bisnes.

7 Kelebihan SMS Yang Menjadikannya Trend Terbesar Dalam Pemasaran Digital

1. Pantas

Secara puratanya seseorang akan menyemak notifikasi mesej teks mereka dalam masa 90 saat dari masa mereka menerimanya.

Jadi, peluang untuk mesej anda sampai kepada pelanggan adalah lebih tinggi.

Mana tidaknya? Selepas anda blast mesej teks kepada pelanggan, mereka akan terus menerima notifikasi SMS dengan serta merta.

3. Ringkas

Berbeza dengan e-mel, SMS tidak perlu ditulis panjang berjela. Cukup hanya dengan 160 karakter sudah memadai.

Anda perlulah karang teks seringkas mungkin dengan perkataan yang mudah difahami.

3. Secara Terus (Direct)

Mesej teks ini boleh dikatakan sebagai taktik pemasaran secara terus. Pelanggan tidak perlu log masuk atau membuka aplikasi untuk membaca teks daripada anda.

Satu lagi kelebihan SMS yang menarik ialah kebolehannya untuk sampai kepada pelanggan walaupun tanpa sambungan internet.

4. Kos Rendah

Pemasaran teks tidak menelan kos yang tinggi berbanding jenis pemasaran dan pengiklanan yang lain seperti e-mel atau iklan di platform media.

Jadi, memang tak rugi untuk anda mencuba kerana ia bukan saja murah, malah ia mempunyai potensi yang tinggi bagi mengembangkan jenama anda.

5. Dapat Tarik Perhatian Pelanggan Dengan Berkesan

Berdasarkan data, kadar bukaan bagi mesej teks adalah dalam anggaran 98% berbanding e-mel yang mempunyai kadar bukaan serendah 20% sahaja.

Penghantaran mesej yang ringkas serta dilengkapi dengan tawaran menarik pasti buatkan ramai pelanggan ingin tahu mengenai produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan.

Kelebihan SMS

6. Mudah Dikendalikan

Pemasaran SMS sangat fleksibel dan mudah untuk dikendalikan. Anda boleh tambahkan unsur personal bagi menarik minat pelanggan untuk berinteraksi.

Di samping itu, ia juga boleh dijadualkan supaya dihantar pada waktu yang tepat bergantung kepada kempen demi meraih engagement yang tinggi daripada pelanggan.

Bukan itu saja, malah anda juga boleh gabungkan pemasaran SMS dengan saluran lain seperti e-mel, blog dan sebagainya.

7. Menguatkan Pemasaran Anda

Pemasaran teks mampu menguatkan lagi jenama anda. Ia dapat menjadi platform untuk anda menawarkan pelbagai tawaran serta diskaun dengan lebih mudah kepada pelanggan.

Anda juga boleh hantarkan mesej khas untuk pelanggan berdaftar atau VIP bagi meningkatkan kesetiaan mereka terhadap jenama anda.

Kelebihan SMS

Cara Libatkan Diri Dalam Trend Pemasaran Teks

Jadi, bagaimana cara untuk melibatkan diri dalam trend pemasaran teks ini?

Walaupun pada awalnya ia nampak sukar, namun ia bakal melancarkan lagi urusan pemasaran anda pada masa akan datang.

Bagi yang pertama kali ingin menggunakan pemasaran SMS, anda boleh ikuti beberapa tips seperti di bawah :

1. Jenama anda perlu mempunyai matlamat pemasaran yang munasabah dan boleh diukur.
2. Pastikan telefon bimbit anda berada pada tahap optimum sebelum pemasaran SMS dijalankan.
3. Anda boleh rujuk atau berunding dengan pakar bagi mengetahui dengan lebih dalam mengenai pemasaran mesej teks dan memahami trend semasa.

Kami juga pernah kongsikan pelbagai tips mengenai pemasaran SMS yang anda boleh jadikan panduan.

Anda juga boleh lakukan rujukan di internet untuk menghantar mesej yang tepat pada waktu yang ideal.

Jika jenama atau perniagaan anda tidak menggunakan strategi pemasaran teks ini, anda mungkin akan terlepas salah satu trend pemasaran digital terbesar.

Ia menawarkan pelbagai kelebihan untuk membuatkan jenama ana lebih terkenal di samping dapat mencapai lebih ramai pelanggan.

Bagi anda yang berminat untuk terapkan pemasaran SMS dalam perniagaan, apa kata anda cuba produk SMS Niaga daripada kami?

Harga pakej yang kami tawarkan berbaloi dan bakal menepati keperluan jenama anda.

Hubungi kami segera untuk ketahui dengan lebih lanjut!

Hakcipta terpelihara 2019 – SMS Niaga
Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)