7 Cara Untuk Tingkatkan Bilangan Subscriber SMS Anda

Nur Amrina Rasyada
Nur Amrina Rasyada

Sudah ada platform pemasaran SMS namun tak ramai yang melanggannya? Mungkin ini adalah petanda yang anda perlu guna strategi lain untuk tingkatkan bilangan subscriber SMS anda.

Semakin besar bilangan penerima, semakin tinggi potensi anda untuk kembangkan lagi perniagaan.

Ini ada beberapa kaedah menarik yang anda boleh cuba untuk tingkatkan bilangan subscriber SMS anda. 

7 Cara Untuk Meningkatkan Bilangan Subscriber SMS Anda

1. Tawarkan Sesuatu Yang Mereka Tak Boleh Tolak

Pelanggan biasanya akan lebih terbuka kepada sesebuah jenama yang rela memberi sebelum menerima apa-apa daripada pelanggan. Cara ini akan membuatkan pelanggan rasa lebih yakin dan percaya dengan sebuah jenama. 

Untuk memastikan cara ini berkesan, anda perlulah tawarkan sesuatu yang mengujakan supaya pelanggan tidak berfikir dua kali untuk opt-in pemasaran SMS. 

Sebagai contoh, Pizza Hut pernah menawarkan cheese sticks percuma untuk pelanggan yang mendaftar langganan pemasaran SMS mereka.

 Jika anda bertuah, pelanggan juga akan terbuka untuk berkongsi tawaran ini dengan rakan dan keluarga mereka. 

2. Adakan Pertandingan 

Salah satu cara paling berkesan yang anda boleh praktikkan untuk kumpul data atau maklumat atau nombor telefon pelanggan adalah melalui pertandingan. 

Anda boleh promosikan pertandingan menerusi pelbagai platform seperti website, e-mel dan media sosial. 

Untuk memastikan pertandingan yang diadakan mendapat sambutan, anda perlulah tawarkan hadiah yang bernilai supaya ramai yang sudi mendaftar dan berkongsikan maklumat. 

Kemudian, tunggu dan lihat sajalah peningkatan jumlah subscriber yang mendadak! 

 Untuk hormati privasi pelanggan, anda juga perlu maklumkan yang mereka mungkin akan menerima hebahan mengenai diskaun atau pertandingan lain pada masa akan datang ketika mereka bersetuju untuk mendaftar. 

3. Cipta Keahlian VIP

Cara lain untuk tingkatkan jumlah subscriber untuk pemasaran SMS anda adalah dengan mencipta keahlian VIP. 

Tawarkan pelanggan anda kelebihan serta diskaun yang istimewa supaya mereka  berminat untuk berdaftar.

Cara ini bukan saja membantu anda untuk tingkatkan jumlah subscriber, malah ia juga boleh mencetuskan kesetiaan di kalangan pelanggan. 

4. Kumpul Subscriber di Checkout Page

Cara ini adalah antara yang paling mudah untuk anda dapatkan data daripada pelanggan. 

Anda boleh tambahkan subscriber dengan menambah pilihan untuk opt-in SMS daripada anda di ruangan Checkout.

Ini menjadikan pendaftaran untuk program SMS anda semudah ABC. Pelanggan hanya perlu tandakan pada kotak semasa pembeli memberi maklumat penghantaran mereka.

5. Gunakan Pemasaran Emel Sedia Ada

Jika anda sudah ada senarai pelanggan untuk pemasaran emel, anda boleh gunakannya untuk pujuk pelanggan berdaftar untuk pemasaran SMS. 

Lihat senarai yang anda sudah bina dalam saluran pemasaran emel dan dorong pelanggan untuk daftar program SMS supaya mereka dapat tahu info semasa dan diskaun yang anda jalankan.

Anda hanya perlu minta pelanggan hantarkan teks ringkas untuk opt-in pemasaran SMS contohnya, hantarkan ReachSMS ke 60076. 

6. Manfaatkan Laman Media Sosial

Pada zaman ini, media sosial tak hanya digunakan untuk berhubung, malah ia sudah menjadi salah satu keperluan dalam pemasaran digital. 

Pelanggan juga lebih mudah dicapai di media sosial kerana kebanyakannya merupakan pengguna aktif. 

Antara cara yang anda boleh lakukan untuk tingkatkan subscriber adalah dengan mengadakan pertandingan yang memerlukan pelanggan opt-in pemasaran SMS daripada anda sebagai syarat. 

Anda juga boleh ubah pengikut media sosial di Instagram kepada subscriber dengan menggunakan teknologi pendaftaran “two-taps” dalam Instagram Story.

Dengan sistem ini, pengguna akan klik butang dalam story tersebut untuk memuatkan mesej teks pada peranti mereka. Selepas menekan ‘send’, mereka akan ikut serta dalam program SMS anda.

7. Kekal konsisten, Analisa dan Ulang Kembali

Untuk mendapatkan hasil yang terbaik bagi kempen pemasaran SMS, anda perlulah kekal konsisten dari segi frekuensi penghantaran serta gaya bahasa yang digunakan. 

Anda juga perlu menganalisa setiap kempen yang dijalankan. Beri perhatian khusus terhadap tarikh penyertaan pelanggan dan sumber pendaftarannya untuk melihat jumlah pendaftaran dan saluran mana yang memberikan pulangan pelaburan paling banyak.

Yang paling penting, jangan mudah berputus asa, ya! 64% pengguna bersetuju yang perniagaan sepatutnya menghantar SMS pemasaran dengan lebih kerap.

Sekiranya kandungan SMS yang anda hantar menarik dan menepati kehendak pelanggan, mereka pasti tak teragak-agak untuk membeli produk atau perkhidmatan anda! 

Dengan perancangan yang baik serta kaedah yang bernas, bilangan subscriber anda pasti akan meningkat! Jangan lupa untuk manfaatkan platform pemasaran lain yang sedia ada seperti pemasaran emel dan media sosial anda. 

Belum mulakan pemasaran SMS untuk bisnes anda? Jom mulakannya bersama kami menerusi SMS Niaga! Kami sedia menawarkan pakej pemasaran SMS dengan harga yang berbaloi.

Ia juga sangat mudah untuk digunakan dan telah berjaya membantu ribuan usahawan mencapai target pemasaran mereka. Hubungilah kami segera! 

Hakcipta terpelihara 2019 – SMS Niaga
Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)