9 Manfaat Pemasaran SMS Untuk Tingkatkan Potensi Perniagaan

Aplikasi Niaga
Aplikasi Niaga

Ramai pengusaha yang beralih kepada pemasaran SMS untuk mencapai pelanggan. Ia juga didapati berkesan untuk tingkatkan hasil jualan kerana ia mampu meningkatkan kadar penglibatan dalam menggunakan produk.

Terdapat pelbagai kelebihan yang ditawarkan oleh pemasaran SMS untuk lonjakkan lagi potensi perniagaan anda.

Berikut merupakan 9 manfaat pemasaran SMS untuk bisnes anda.

9 Manfaat Pemasaran SMS Untuk Perniagaan

1.  Mampu Tingkatan Kualiti Khidmat Pelanggan 

Pelanggan adalah pihak yang paling tepat untuk anda dapatkan maklumbalas untuk baiki kualiti produk serta perkhidmatan.

Oleh itu, anda perlulah mengambil kira pendapat serta ulasan daripada mereka dengan meminta maklumbalas mengenai pengalaman mereka bersama jenama anda.

Antara langkah yang anda boleh ambil ialah dengan menghantarkan satu mesej beserta pautan kepada pelanggan untuk memudahkan mereka tinggalkan review selepas menggunakan produk anda.

Manfaat Pemasaran SMS

2.  Dapat Terima Maklumat Pantas Daripada Pelanggan 

Disebabkan SMS tidak memerlukan sambungan internet untuk sampai pada pelanggan, ia dilihat cukup sesuai untuk digunakan bagi mendapat maklumat pantas daripada pelanggan.

SMS juga didapati sesuai untuk menarik perhatian pelanggan kerana kadar bukaannya yang tinggi.

Jadi, anda boleh manfaatkan pemasaran SMS untuk dapatkan maklumat penting daripada pelanggan seperti pengesahan pendaftaran, pembayaran dan sebagainya.

3.  Menggalakkan Komunikasi Dua Hala

Selain untuk mendapatkan maklumat dengan pantas, saluran SMS juga didapati sangat sesuai untuk dimanfaatkan oleh sesebuah jenama untuk berkomunikasi dengan pelanggan secara ringkas dan berkesan.

Manfaat Pemasaran SMS

4. Dapat Berikan Respon Secara Automatik Kepada Pelanggan 

Anda juga boleh tetapkan respon automatik kepada pelanggan menerusi pemasaran SMS.

Antara SMS automatik yang anda boleh hantarkan adalah seperti pengesahan keselamatan, ucapan terima kasih serta status penghantaran pesanan.

5. Kos Operasi Yang Lebih Rendah

Pemasaran SMS bukan sahaja mudah dikendalikan dan ringkas, malah ia digemari ramai pengusaha syarikat kerana kos operasinya yang lebih rendah berbanding saluran pemasaran lain.

 6. Dapat Jejak Keberkesanan Kempen 

Salah satu manfaat pemasaran SMS ialah keberkesanannya yang mudah dijejak dan dianalisa.

Untuk maklumat anda, pemasaran SMS didatangkan bersama laporan yang menunjukkan kadar bukaan, kadar penghantaran dan sebagainya.

Daripada situ, anda bolehlah rangka kempen pemasaran yang lebih baik pada masa akan datang.

7. Boleh Digunakan Bersama Saluran Pemasaran Lain 

Pemasaran digital tanpa sempadan membolehkan anda untuk rangka strategi pemasaran dengan lebih kreatif menerusi pemasaran cross-channel. Ini bermakna, anda tak semestinya perlu terikat pada satu saluran dalam satu kempen.

Sebagai contoh, anda boleh hantarkan SMS bersama pautan ke landing page atau website anda untuk dedahkan pelanggan mengenai jenama anda.

Anda juga boleh gunakan SMS untuk ingatkan pelanggan tentang e-mel penting yang anda baru hantarkan.

8. Mesej Dapat Disampaikan Secara Spesifik Pada Waktu Yang Tepat

Pemasaran SMS juga menawarkan kebebasan buat sesuatu jenama untuk jalankan pemasaran mengikut halatuju kempen.

Anda boleh sesuaikan mesej supaya diterima oleh pelanggan sasaran. Ia juga mudah untuk dijadualkan supaya dihantar pada waktu yang tepat demi mendapatkan engagement yang tinggi.

9. Meningkatkan Hubungan Jenama Dengan Pelanggan

SMS mampu jadi penghubung antara jenama dengan pelanggan. Ramai usahawan yang memanfaatkannya bagi mendapatkan sokongan jangka masa panjang daripada pelanggan.

Antara langkah yang anda boleh lakukan untuk tingkatkan hubungan branding yang lebih baik ialah dengan menawarkan loyalty program kepada pelanggan setia.

Pelanggan yang menerima keistimewaan seperti diskaun ekslusif serta akses awal bagi produk terbaru pasti akan lebih hargai jenama anda dalam tempoh yang lama.

Manfaat Pemasaran SMS

Jika pemasaran SMS dimanfaatkan sebaiknya, ia mempunyai potensi yang besar dalam mengembangkan jenama anda di samping membuatkan ia lebih dikenali ramai.

Jom alami keberkesanan pemasaran SMS dengan produk SMS Niaga daripada kami! Hubungi kami segera untuk dapatkan harga pakej yang menarik untuk keperluan perniagaan anda.

Hakcipta terpelihara 2019 – SMS Niaga
Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)