6 Langkah Mudah Untuk Membina Kempen Pemasaran Teks

Nur Amrina Rasyada
Nur Amrina Rasyada

Adakah jenama anda menggunakan SMS untuk tujuan pemasaran?

Pemasaran SMS kian popular sebagai salah satu platform pemasaran digital. Banyak jenama telah menggunakannya untuk berhubung dengan pelanggan.

Namun, tanpa garis panduan dan strategi yang betul dan sistematik, kemungkinan kempen pemasaran SMS yang dijalankan tidak dapat menarik minat pelanggan.

Bagi mencapai target pemasaran, anda perlu hasilkan teks yang menarik, berfaedah serta mempunyai daya tarikan yang boleh mendorong minat pelanggan.

Di sini kami ingin kongsikan 6 langkah mudah untuk bina kempen pemasaran SMS yang berjaya.

6 Langkah Mudah Untuk Membina Kempen Pemasaran Teks

1. Tetapkan Matlamat Pemasaran Anda

Untuk memastikan kempen pemasaran SMS anda berjaya, anda perlulah tetapkan matlamat yang jelas.

Contohnya, jika anda ingin lonjakkan jualan seluar track, anda perlulah sasarkan pemasaran kepada pelanggan yang berminat dengan pakaian sukan.

Jika anda blast SMS kepada semua pelanggan, ianya mungkin tidak berkesan dan boleh membuat pelanggan dalam senarai untuk opt-out kerana SMS yang diterima tak relevan dengan minat mereka.

Kempen Pemasaran Teks

2. Lakukan Kajian Pasaran

Setelah anda mempunyai matlamat sendiri, langkah seterusnya ialah lakukan kajian pasaran supaya matlamat anda senang untuk dicapai.

Antara aspek yang anda boleh kaji adalah latar belakang pelanggan seperti umur, jantina dan sejarah pembelian. Kemudian, anda juga boleh kenalpasti saluran pemasaran yang pelanggan gemar untuk berinteraksi.

Untuk pemasaran SMS, anda boleh semak laporan bagi setiap mesej yang dihantar bagi mengukur keberkesanannya. Dalam laporan tersebut, anda boleh lihat kadar bukaan, kadar penghantaran berjaya dan sebagainya.

Dengan adanya data sebegini, ia akan memudahkan anda untuk rangka kempen pemasaran SMS yang lebih baik pada masa yang akan datang.

3. Sediakan Call-To-Action (CTA) yang jelas

Jangan biarkan pelanggan terpinga-pinga bila terima SMS daripada anda. Setiap teks mesej untuk kempen SMS memerlukan CTA  atau Call-To-Action iaitu kandungan yang mendorong pelanggan ambil tindakan seterusnya.

CTA pertama yang anda perlu hantarkan ketika mulakan pemasaran SMS ialah pilihan Opt-in bagi mendapat kebenaran pelanggan untuk terima teks mesej daripada anda.

Dalam SMS seterusnya, anda boleh letakkan CTA yang mendorong interaksi pelanggan seperti Klik di Sini atau Beli Sekarang.

Jangan lupa untuk sertakan bersama pautan bagi mudahkan pelanggan untuk ambil tindakan lanjut.

Kempen Pemasaran Teks

4. Tetapkan Waktu Penghantaran SMS Yang Sesuai

Sebelum anda ingin mulakan kempen pemasaran teks,  anda perlu pertimbangkan waktu yang sesuai untuk menjamin kadar engagement yang tinggi.

Penghantaran SMS pada waktu yang tepat juga adalah penting demi menghormati waktu peribadi pelanggan.

Pelanggan pasti akan mudah untuk berasa rimas jika terima mesej pemasaran pada tengah malam atau hari cuti.

Sebaiknya, anda boleh jadualkan untuk blast SMS pada hari dan waktu bekerja.

5. Hadkan Frekuensi Penghantaran SMS

Mungkin anda teruja untuk promosikan produk terbaru pada pelanggan. Namun, ia bukan alasan untuk anda hantar SMS secara bertubi-tubi kepada mereka.

Ini akan membuatkan pelanggan cepat rasa rimas dan boleh mendorong mereka untuk Opt-out daripada menerima mesej daripada anda.

Dalam pemasaran SMS, less is more. Anda tidak perlu hantar SMS berkali-kali untuk berhubung dengan pelanggan.

Sebaliknya, fokus kepada kandungan yang berkualiti untuk tingkatkan reputasi jenama serta kesetiaan pelanggan.

Kadar optimum yang sering disyorkan adalah 2 hingga 6 SMS sahaja sebulan. Ini bermakna, anda hanya boleh hantar 1 atau 2 SMS sahaja dalam seminggu.

6. Perhati, Analisa dan Ulang

Pemasaran digital adalah proses yang berterusan.

Selepas kempen pemasaran teks anda hampir tamat, anda perlulah buat pemerhatian terhadap peratusan kejayaan yang telah anda capai dan analisa perkara yang perlu diperbaiki.

Setelah anda memahami keseluruhan program kempen SMS tersebut, barulah anda boleh rangka kempen pemasaran SMS yang lebih berkesan pada masa akan datang.

Kempen Pemasaran Teks

Kempen pemasaran teks mungkin nampak rumit bagi yang pertama kali mencuba.

Namun, ia tidaklah sesukar yang disangka. Dengan perancangan yang baik, ia akan menjadi satu senjata pemasaran yang kuat untuk jenama anda.

Jom tingkatkan potensi perniagaan anda dengan SMS Niaga. Kami sedia menawarkan pakej yang berbaloi dengan ciri-ciri yang menarik. Hubungi kami segera untuk ketahui dengan lebih lanjut,

Hakcipta terpelihara 2019 – SMS Niaga
Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)