Cara Dapatkan Review dan Tips Untuk Kendalikannya Bagi Tingkatkan Kualiti Jenama Anda

Maklumbalas yang positif daripada pelanggan adalah penting untuk meningkatkan reputasi bisnes di samping mengekalkan kesetiaan pelanggan.

Ia membantu anda dalam membuat keputusan yang lebih baik untuk kelebihan jenama serta pelanggan.

Pengalaman yang dikongsikan oleh pelanggan juga dapat membantu anda kenalpasti kekurangan yang mungkin anda tidak sedari.

Review juga sangat penting untuk menarik pelanggan baru. Pada zaman ini, pengguna internet rajin merujuk pada review atas talian sebelum bercadang untuk membeli sesuatu produk.

Semakin banyak lima bintang yang diberikan, semakin ramai pelanggan akan tertarik untuk membelinya.

Di sini kami ingin kongsikan cara untuk dapatkan review serta sedikit tips untuk kendalikan review daripada pelanggan.

Cara Dapatkan Review dan Tips Untuk Kendalikannya Bagi Tingkatkan Kualiti Jenama Anda

Di Mana Boleh Dapatkan Review?

Salah satu perkara yang anda perlu ambil kira ketika mendapatkan review adalah saluran yang sesuai.

Terdapat beberapa saluran yang anda boleh gunakan untuk berinteraksi dengan pelanggan seperti :

  • Panggilan telefon
  • SMS
  • Website
  • E-mel
  • Media Sosial

Bila Boleh Dapatkan Review?

Bila anda ingin dapatkan review, kenalpasti dahulu jenis maklumbalas yang anda perlukan.

Contohnya, jika anda ingin tahu pengalaman pelanggan ketika membeli-belah dan cara untuk baikinya, anda boleh minta review selepas pelanggan buat pembelian.

Jika anda inginkan maklumbalas atas talian mengenai kualiti sesebuah produk, anda perlu tunggu sehingga pelanggan mencubanya.

Terdapat beberapa waktu sesuai yang anda boleh manfaatkan untuk dapatkan review, antaranya :

  • Selepas pelanggan menerima produk atau perkhidmatan
  • Selepas rundingan
  • Selepas percubaan produk baharu
  • Selepas pembayaran diterima

Tips Untuk Kendalikan Review

1. Jangan Paksa Pelanggan Untuk Berikan Review

Jangan sesekali desak pelanggan untuk berikan review. Sebaliknya, jelaskan kepada pelanggan mengapa review daripada mereka penting.

Maklumkan kepada mereka yang informasi tersebut sangat berguna untuk tingkatkan kepuasan pelanggan serta untuk tambahbaik kualiti jenama.

2. Manfaatkan Pemasaran SMS

Memandangkan SMS mempunyai kadar bukaan yang tinggi, pelanggan akan cenderung untuk lihat permintaan review daripada anda.

Sekiranya anda biasa berkomunikasi dengan pelanggan menerusi SMS, gunakannya untuk dapatkan review ringkas daripada pelanggan.

Hantarkan SMS berunsur personal dan panggil pelanggan dengan nama mereka supaya mereka lebih tertarik untuk tinggalkan review.

3. Hantarkan Ucapan Terima Kasih

Pertimbangkan untuk hantar ucapan terima kasih pada pelanggan selepas pembelian dibuat melalui SMS atau e-mel.

Anda boleh sertakan pautan supaya mereka boleh tinggalkan review dengan lebih mudah.

4. Kendalikan Review Negatif Sebaiknya

Tiada satu perniagaan pun yang terlepas daripada review buruk. Ia adalah perkara yang semua bisnes ingin elakkan, namun anda perlulah fikirkannya sebagai peluang untuk membaiki pengalaman pelanggan ketika menggunakan jenama anda.

Anda perlulah bersikap mesra dan profesional bila berhadapan dengan review negatif. Jangan asyik fikir untuk menang.

Sebaliknya, fikirkan cara untuk libatkan kedua-dua belah pihak supaya dapat ubah situasi buruk kepada yang baik.

Kemudian, maklumkan kepada pelanggan tindakan yang anda lakukan untuk mengurangkan rasa tidak puas hati pada pelanggan.

Dengan tindakan yang betul, anda mungkin boleh ubah fikiran pelanggan dan membuatkan mereka cenderung untuk tukarkan review negatif kepada yang positif.

Walaupun nampak remeh, namun setiap review perlulah diamati dengan baik demi kemajuan bisnes anda. Terdapat pelbagai saluran yang anda boleh manfaatkan untuk dapatkan review.

Seperkara lagi, anda perlu ambil setiap review yang baik dan buruk secara terbuka dan positif untuk kebaikan anda dan pelanggan.

Gunakannya sebagai peluang untuk baiki prestasi bisnes dan kualiti interaksi anda dengan pelanggan.

7 Idea Pemasaran SMS Untuk Kembangkan Jenama Anda

Adakah anda baru pertama kali memulakan pemasaran SMS atau sudah biasa menggunakan platform ini namun masih tidak dapat mencapai target jualan?

Jom ikuti 7 idea pemasaran SMS untuk membuatkan jenama anda lebih terkenal dan tarik lebih ramai pelanggan untuk beli produk dan perkhidmatan daripada anda!

7 Idea Pemasaran SMS Untuk Kembangkan Jenama Anda

1. Beri mesej alu-aluan ke program SMS anda

Mesej alu-aluan anda ialah tanggapan pertama yang anda pamerkan pada pelanggan baharu.

Gunakan kata-kata aluan yang mesra supaya pelanggan lebih selesa untuk berinteraksi.

Anda juga boleh tarik pelanggan untuk segera berbelanja dengan menawarkan diskaun istimewa sempena pendaftaran ahli baharu.

2. Hantarkan Mesej Peringatan Abandoned Cart

Tahukah anda, kira-kira 7 daripada 10 pelanggan cenderung untuk abaikan cart mereka bila membeli-belah secara atas talian?

Jadi, adalah tanggungjawab anda untuk mengajak pelanggan supaya checkout segera barangan yang sudah lama berada dalam cart mereka.

Anda juga boleh tawarkan penghantaran percuma secara berkala dalam peringatan tersebut untuk tarik minat pelanggan supaya membeli daripada jenama anda.

3. Kongsikan Pautan Kandungan Menarik

Selain menawarkan promosi, anda juga boleh gunakan pemasaran SMS untuk berkongsi kandungan atau tips menarik daripada laman web anda.

Ini juga merupakan salah satu cara untuk tingkatkan lagi aliran trafik ke laman web anda di samping mendedahkan pelanggan mengenai jenama anda.

4. Hantar Teks Mesej Selepas Membuat Pembelian

Selepas pelanggan buat pembelian, anda boleh hantarkan teks mesej mengenai status pesanan mereka. Anda juga boleh sediakan pautan supaya mereka dapat jejak pesanan dengan lebih mudah.

5. Tawarkan Promosi Ketika Musim Percutian/Perayaan

Musim percutian atau perayaan sememangnya cukup sinonim dengan jualan di merata tempat. Memang tak dinafikan ramai yang cenderung untuk berbelanja lebih pada tempoh ini.

Inilah masa yang sesuai untuk anda turut menawarkan diskaun waktu terhad kepada pelanggan menerusi pemasaran SMS.

Pelanggan pasti teruja untuk berbelanja dengan kod diskaun atau penghantaran percuma daripada jenama anda!

6. Minta Review / Ulasan Daripada Pelanggan 

Maklumbalas daripada pelanggan adalah sangat penting bagi memastikan produk serta perkhidmatan yang anda tawarkan dapat dibaiki dari semasa ke semasa.

Pelanggan juga pasti harga tindakan anda yang mengambil berat tentang pengalaman mereka dengan anda.

Jadi selepas pelanggan gunakan jenama anda, adalah idea yang baik untuk hantarkan SMS agar pelanggan dapat kongsikan pandangan mereka.

7. Ganjaran Hari Jadi 

Pelanggan cukup sukakan ganjaran, lebih-lebih lagi yang bersifat peribadi. Oleh sebab itu, banyak jenama yang tawarkan ganjaran Hari Jadi untuk tingkatkan kesetiaan pelanggan.

Anda juga boleh lakukannya dengan menawarkan kod diskaun Hari Jadi kepada pelanggan menerusi pemasaran SMS.

Terdapat banyak cara pemasaran SMS yang anda boleh praktikkan untuk meluaskan lagi capaian pelanggan di samping membuatkan jenama anda lebih dikenali ramai.

Bagi anda yang belum mulakan pemasaran SMS untuk jenama, jom daftar pakej pemasaran SMS yang berbaloi dengan SMS Niaga!

Dengan ciri-ciri menarik yang kami tawarkan, kami yakin ia dapat membantu melonjakkan lagi potensi perniagaan anda. Hubungi kami segera untuk ketahui dengan lebih lanjut!

Fakta Tentang Pemasaran SMS Pukal Yang Anda Perlu Tahu

Pernahkah anda dengar tentang pemasaran SMS pukal atau bulk sms?

Ia sebenarnya merupakan salah satu saluran pemasaran digital yang membolehkan anda untuk menghantar SMS kepada ribuan nombor telefon dalam satu masa.

Ramai usahawan yang berjaya menembus pasaran yang lebih luas dengan bantuan pemasaran SMS. Ia juga sangat mudah dikendalikan, fleksibel dan mudah dicapai oleh pelanggan.

Jom kita tengok dengan lebih lanjut mengenai pemasaran SMS pukal yang kini jadi keperluan kebanyakan jenama.

Apa Itu Pemasaran SMS Pukal (Bulk SMS)?

SMS pukal ialah pengedaran sejumlah besar mesej teks ke telefon bimbit pengguna.

Ini adalah cara yang berkesan untuk berkomunikasi dengan pelanggan, di mana sahaja mereka berada.

Walaupun bentuk pemasaran ini telah wujud selama bertahun-tahun, ia masih kekal sebagai cara yang paling berkesan dalam meningkatkan penglibatan pelanggan.

Ia juga mempunyai kelebihan untuk sampai pada penerima tanpa sambungan internet!

Kajian juga mendapati 98% pengguna telefon cenderung untuk membuka teks mesej, berbanding e-mel yang mempunyai kadar bukaan serendah 22%.

Ini bermakna jika anda ingin berkomunikasi dengan pelanggan secara langsung, peluang anda untuk berjaya adalah jauh lebih baik dengan penggunaan SMS.

Mengapa Pemasaran SMS Pukal Sangat Berkesan?

Walaupun ramai yang jarang menggunakan SMS untuk berhubung, namun ia merupakan platform pemasaran yang sangat berkesan.

Kajian mendapati bahawa sembilan daripada 10 orang membuka mesej teks hanya dalam masa tiga minit selepas menerimanya.

Mana tidaknya, sebilangan besar orang pasti membawa telefon mereka kemana sahaja, jadi SMS menawarkan peluang terbaik untuk mesej anda dibaca.

Walaupun sesetengah pelanggan membuka mesej hanya kerana untuk mematikan bunyi notifikasi, tetapi lama-kelamaan mereka akan tertarik secara perlahan untuk membaca teks mesej daripada anda.

Selain itu, SMS juga boleh dijadualkan bersesuaian kempen pemasaran anda untuk menggalakkan penglibatan pelanggan.

Cara Memanfaatkan Pemasaran SMS Pukal Ke Dalam Bisnes Anda

Untuk mulakan pemasaran SMS, anda perlu sediakan senarai pelanggan.

Memandangkan tak semua pelanggan suka untuk terima mesej pemasaran, adalah lebih baik sekiranya anda boleh asingkan nama mereka daripada senarai. Anda juga boleh tambahbaik senarai pelanggan dari semasa ke semasa.

Di samping itu, terdapat beberapa peraturan serta tips yang anda boleh ikuti supaya pemasaran SMS anda lebih berkesan.

Langkah seterusnya ialah mencipta strategi pemasaran dengan mengenalpasti pelanggan sasaran dan tujuan di sebalik setiap mesej.

Sebelum anda menekan butang Send, anda perlu semak teks yang karang beberapa kali untuk memastikan kandungan sesuai dan nada yang digunakan sesuai.

Anda juga perlu jelas mengenai tindakan yang perlu diambil oleh pelanggan sebaik sahaja menerima mesej daripada anda.

Oleh itu, setiap teks mesej anda perlulah mengandungi ayat-ayat yang boleh mendorong pelanggan supaya berinteraksi dengan jenama anda.

Cara yang baik untuk menggalakkan pelanggan mengambil tindakan adalah dengan mewujudkan rasa mendesak.

Anda boleh tambahkan ayat seperti berikut : “Tawaran tamat pada tengah malam” atau “Hanya satu jam untuk membeli” akan membuatkan pelanggan cenderung untuk mengambil tindakan segera agar tidak terlepas harga dan peluang istimewa.

Jika kandungan SMS menarik dan dihantar pada waktu yang tepat, ia pasti dapat menarik minat lebih ramai pelanggan untuk dapatkan produk atau perkhidmatan anda.

Jangan lepaskan peluang untuk tingkatkan potensi perniagaan anda menerusi pemasaran SMS! Jom langgan produk SMS Niaga daripada Web Impian.

Kami sedia menawarkan pakej yang berpatutan dan bersesuaian dengan jenama anda.

Kalendar Strategi Pemasaran SMS 2023: Tarikh Penting & Tips Untuk Pemasaran Mesej Teks

Hari Perayaan merupakan waktu yang cukup sesuai untuk anda berhubung dengan pelanggan menerusi pemasaran SMS.

Seperti yang dilakukan oleh banyak jenama, mereka sering menawarkan promosi menarik serta diskaun istimewa sempena pelbagai hari perayaan.

Memandangkan tahun 2023 bakal menjelma tak lama lagi, di sini kami ingin kongsikan tarikh-tarikh penting serta contoh SMS yang anda boleh hantarkan kepada pelanggan.

Kalendar Strategi Pemasaran SMS 2023 : Tarikh-Tarikh Penting & Idea Teks

Tahun Baru : 1 Januari 2023

Suntikkan rasa teruja di kalangan pelanggan untuk menempuh tahun baru dengan mesej inspirasi serta kod ekslusif untuk membeli-belah.

Contoh Teks :
Selamat Tahun Baru Ainaa! Jom melangkah ke tahun 2023 dengan penuh gaya! Gunakan kod NEWYEAR2023 untuk potongan 10% diskaun.

Pemasaran SMS 2023
Tahun Baru Cina : 22 & 23 Januari 2023

Anda juga boleh tarik kunjungan pelanggan ke kedai anda dengan diskaun esklusif untuk pembelian secara walk-in sempena Tahun Baru Cina.

Contoh SMS Pemasaran 2023 untuk Tahun Baru Cina :

Semarakkan sambutan Tahun Baru Cina dengan potongan 15% diskaun bila anda dine-in di Neko Café. Tawaran sah pada 22 & 23 Jan sahaja!

Israk dan Mikraj : 18 Februari 2023

Tarikh penting pada dalam kalendar Islam juga boleh menjadi pendorong bagi orang ramai untuk banyakkan beramal.

Contoh SMS :

Selamat memperingati Israk Mikraj. Ayuh perbanyakkan sedekah pada hari ini. (pautan)

Awal Ramadan : 23 Mac 2023

Bulan Ramadan merupakan bulan yang dinanti-nantikan umat Islam setiap tahun.

Pada bulan ini, ramai yang tidak melepaskan peluang untuk banyakkan amal jariah.

Contoh SMS :

Hiasi bulan Ramadan anda dengan sedekah jariah. Klik di sini untuk taja anak-anak di Syria berbuka. (pautan)

Hari Raya Aidilfitri : 22 April 2023

Menjelang Hari Raya Aidilfitri, ramai yang teruja untuk buat persiapan dengan membeli-belah. Inilah peluang anda untuk tawarkan diskaun menarik.

Contoh SMS :

Salam Aidilfitri! Jom dapatkan koleksi Lebaran terkini dengan potongan diskaun 15%.

Pemasaran SMS 2023
Hari Buruh : 1 Mei 2023

Contoh SMS :
Selamat Hari Buruh! Dapatkan potongan diskaun 30% bagi pembelian RM 50 ke atas dengan kod HARIBURUH23.

Hari Raya Aidiladha : 29 Jun 2023

Hari Raya Aidiladha adalah waktu yang baik untuk anda kongsikan pakej sumbangan serta qurban.

Contoh SMS :
Dah daftar qurban? Jom daftar dengan kami serendah RM 300 sebahagian! Klik di sini.

Awal Muharram : 19 Julai 2023

Sempena awal tahun baru Islam, anda boleh kongsikan motivasi serta ucapan ringkas buat pelanggan.

Contoh SMS :
Selamat menyambut Awal Muharram. Semoga tahun ini menjadi titik pemula bagi kita untuk kekal istiqamah dalam beribadah.

Hari Kemerdekaan : 31 Ogos 2023

Banyak jenama yang tak ketinggalan untuk tawarkan promosi menarik sempena Hari Kemerdekaan.

Contoh SMS :
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-66! Gunakan kod promo MERDEKA23 untuk dapatkan minuman dengan harga istimewa RM 6.60!

Hari Malaysia : 16 September 2023

Anda juga boleh war-warkan program istimewa bersama pelanggan di cawangan menerusi pemasaran SMS.

Contoh SMS :
Selamat Hari Malaysia! Kibarkan Jalur Gemilang ketika drive-thru dan dapatkan 15% diskaun bagi setiap pembelian!

Maulidur Rasul : 28 September 2023

Contoh Teks :
Ayuh perbanyakan amal sempena Malidur Rasul bersama kami. Klik di sini untuk menaja pek makanan untuk warga Palestin.

Deepavali : 12 November 2023

Anda juga boleh adakan jualan atau promosi menarik sempena sambutan Hari Deepavali.

Contoh SMS :
Raikan warna-warni Deepavali bersama koleksi terbaru kami. Checkout gunakan kod DEEPA23 untuk tebus penghantaran percuma.

Hari Krismas : 25 Disember 2023

Sambutan Hari Krismas cukup sinonim dengan pemberian hadiah untuk yang tersayang. Inilah peluang anda untuk adakan promosi menarik pada pelanggan.

Contoh SMS :
Selamat menyambut Hari Krismas! Gunakan kod XMAS23 untuk dapatkan balutan hadiah serta kad ucapan percuma daripada kami!

Tips Penghantaran SMS Pada Musim Perayaan

Pemasaran SMS mempunyai keunikan untuk mencapai pelanggan secara terus.

Jadi, anda perlulah gunakan kelebihan ini dengan tepat untuk tingkatkan hasil jualan.

Ini ada beberapa tips yang anda boleh ikuti untuk pastikan kempen pemasaran SMS 2023 anda berjaya pada musim perayaan :

Setkan Timing Yang Betul

Pastikan anda jadualkan blast SMS pada waktu yang betul. Sebagai contoh, sekiranya anda ingin tawarkan pakej Qurban, pastikan anda lakukannya lebih awal agar pelanggan boleh pertimbangkan untuk sertai program bersama anda.

Jangan Hantar Terlalu Banyak Mesej

Dengan lambakan jualan menjelang musim perayaan, pelanggan akan berasa rimas sekiranya sesebuah jennama hantarkan terlalu banyak mesej promosi.

Sebaliknya, rancang untuk hantar SMS dengan kekerapan yang sederhana dan fokuskan pada kandungan yang menarik dan bermanfaat untuk ditawarkan pada pelanggan.

Tingkatkan Jumlah Subscriber SMS

Tahukah anda bahawa 66% pelanggan menggunakan telefon bimbit untuk membeli-belah? Pada musim perayaan, lebih ramai pelanggan yang cenderung untuk buat pembelian.

Jadi, manfaatkanlah musim perayaan untuk tarik lebih ramai lagi pelanggan untuk daftar pemasaran SMS 2023 anda. Sebagai contoh, anda boleh tawarkan hadiah istimewa bagi setiap pendaftaran.

Contoh SMS : Mesej RAYA ke 23443 untuk dapatkan sampel lipstick percuma daripada NEERA.

Pemasaran SMS 2023

Musim perayaan adalah waktu yang tepat untuk anda kekalkan kesetiaan pelanggan di samping menarik ramai lagi pelanggan untuk ketahui mengenai jenama anda.

Jangan lupa untuk gunakan waktu-waktu yang telah disenaraikan untuk lancarkan pemasaran SMS 2023.

Tetapkan waktu serta kandungan yang betul pada setiap SMS yang dihantar, anda pasti akan dapat hasil yang memuaskan.

Jom mulakan pemasaran SMS 2023 dengan kami! SMS Niaga sedia menawarkan pakej dengan harga yang berbaloi untuk tingkatkan potensi bisnes anda. Hubungi kami segera untuk ketahui dengan lebih lanjut.

6 Kelebihan Blast SMS Untuk Bisnes Online Anda

Pada zaman teknologi ini, ramai usahawan yang telah beralih arah pada dunia pemasaran digital.

Lebih jelas pembelian secara online yang lebih mudah dan cukup ramai penggunanya. Namun, masih ada yang belum manfaatkan penggunaan SMS Blast bagi merancakkan lagi bisnes di samping mencapai ramai pelanggan.

SMS Blast adalah sejenis sistem yang mampu membantu peniaga serta pemilik syarikat untuk mengembangkan jenama serta mencapai pelanggan secara terus dalam masa yang singkat.

Walaupun SMS dikategorikan sebagai teknologi klasik,  namun pemasaran menerusi SMS Blast mempunyai banyak kelebihannya.

Mari kita lihat 6 kelebihan  SMS Blast untuk perniagaan atas talian anda.

6 Kelebihan Blast SMS Untuk Bisnes Online Anda

1. Engagement Rate Paling TInggi 

Tahukah anda yang pemasaran SMS mempunyai engagement rate setinggi 98%?

Berbanding pemasaran e-mel, pelanggan tetap boleh baca isi SMS walaupun tak dibuka.

Yang paling menarik, SMS tetap akan sampai pada pelanggan walaupun tanpa sambungan internet!

Inilah antara keistimewaan unik SMS yang platform pemasaran digital lain tak boleh tandingi.

2. Penghantaran SMS Segera

Bila anda menggunakan SMS sebagai medium pemasaran, semua SMS akan sampai kepada nombor telefon pelanggan anda dengan kadar segera.

Sebaik anda tekan butang Send, semua SMS akan masuk ke inbox pelanggan.

Jangan terkejut kalau dalam masa 5-10 minit lagi dah ada orang yang buat bayaran!

Blast SMS

3. 1 Klik Untuk Broadcast 

Dengan hanya 1 klik sahaja, SMS Blast boleh hantar mesej sehingga ke 15 ribu nombor telefon dalam database anda.

Tak perlu bersusah payah nak copy paste atau hantar satu  persatu.

4. Scheduled SMS

Pemasaran SMS juga memberi kebebasan kepada anda untuk menjadualkan waktu blast pada waktu tertentu.

Pastikan anda hantar pada waktu yang tepat untuk dapat respon yang baik daripada pelanggan!

5. Report SMS Yang Dihantar Disediakan

Kalau anda menggunakan perkhidmatan dari SMS Niaga, anda boleh lihat sendiri semua SMS yang anda hantar.

Menerusi laporan yang kami sediakan, anda boleh kenalpasti setiap status SMS yang dihantar samada berjaya atau gagal dan sebagainya.

Daripada situ, anda bolehlah rangka kempen pemasaran yang lebih berkesan pada masa hadapan!

6. Boleh Tambah Personal Touch

SMS Marketing juga memberi peluang kepada anda untuk jadi lebih kreatif dan karang SMS yang ada nilai personal touch. Lebih senang kata yang dekat dengan hati pelanggan. Macam mana tu? Tak fahamlah.

Mudah je sebenarnya, gunakan kata ganti diri seperti…

“RM0.00 Husna ada special offer untuk awak tau. Khas untuk pelanggan setia Husna. Klik link di bawah ye untuk awak claim special offer ni.”

Bila anda hantar SMS berunsur personal sebegini, pelanggan pasti akan lebih tertarik dan rasa lebih dekat dengan jenama anda!

Blast SMS

Pendek kata, memang rugi kalau tak cuba keberkesanan SMS Marketing supaya ramai lebih mengenali jenama anda.

Ia juga sangat mudah untuk digunakan, mudah sampai pada pelanggan dan boleh diberikan personal touch untuk menarik pelanggan.

Nak tahu lebih lanjut berkenaan SMS Blast? Kami sedia menawarkan pakej pemasaran SMS yang berbaloi untuk anda.

Jom gandakan potensi bisnes online anda bersama kami!

Untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai SMS Niaga, hubungilah team kami segera! Anda juga boleh dapatkan info mengenai produk SMS Blast kami di laman web smsniaga.com.

Tips Marketing Murah Untuk Digunakan Pada Tahun 2023 Yang Pasti Berbaloi

Sejak negara beralih ke fasa endemik, banyak syarikat didapati mula bangkit kembali untuk kembangkan perniagaan masing-masing.

Bagi menstabilkan semula kedudukan perniagaan, pasti ramai usahawan yang bercadang untuk jimatkan kos dalam pelbagai sudut termasuk pemasaran.

Pada zaman teknologi di hujung jari ini, terdapat pelbagai tips serta kaedah pemasaran yang boleh dilaksanakan secara murah atau percuma.

Jom kita lihat beberapa tips marketing murah untuk dipraktikkan pada tahun 2023 yang berbaloi untuk perniagaan anda.

Tips Marketing Murah Untuk Digunakan Pada Tahun 2023 Yang Pasti Berbaloi

1. Gunakan Google Business Profile

Seperti yang kita tahu, Google merupakan tempat pertama bagi pengguna yang ingin mencari sesuatu di atas talian.

Memang rugi kalau anda tak manfaatkan penggunaan Google Business Profile secara percuma untuk perniagaan anda.

Google Business Profile membolehkan perniagaan anda untuk muncul di search results bila pengguna internet mencari produk atau perkhidmatan seperti yang anda tawarkan.

Dengan penggunaan Google Business Profile, perniagaan anda mempunyai peluang untuk muncul pada Search Engine Results Page (SERP).

Contoh di bawah menunjukkan paparan restoran yang terletak di Tacoma, Washington bila seseorang mencari kata kunci ‘Tacoma Restaurants’di Google.

Jika anda berhasrat untuk miliki Google Business Profile, anda perlulah optimakannya serta merancang untuk dapatkan review yang baik supaya ranking bisnes anda jadi lebih tinggi di Google.

2. Belajar Pemasaran Media Sosial

Pasti anda pernah mendengar tentang pemasaran melalui media sosial. Untuk mencapai pelanggan secara berkesan, anda perlulah kenalpasti platform yang paling ramai pelanggan.

Anda juga digalakkan untuk fokus pada satu platform dan belajar dengan lebih lanjut mengenainya untuk capai pelanggan dengan lebih banyak.

Laman web seperti HubSpot Academy dan SkillShare menawarkan pelbagai idea pemasaran secara percuma termasuk tutorial dan selok-belok pemasaran media sosial untuk perniagaan kecil.

3. Hasilkan Gaya Visual Tersendiri Untuk Jenama

Jenama anda pasti akan lebih mudah diingati dengan gaya visual yang unik dan tersendiri.

Antara kaedah yang jenama sering lakukan ialah penggunaan warna yang sama dengan logo syarikat dalam setiap perkongsian seperti review, pengumuman mengenai jualan atau pengenalan kepada produk terkini.

Jenama besar seperti McDonald’s dan Coca-Cola adalah antara contoh jenama yang berjaya mengekalkan identiti di pasaran dengan gaya visual yang kuat.

Penggunaan warna, grafik serta imej secara konsisten boleh membantu anda untuk turut bersaing dalam dunia perniagaan yang luas.

Canva boleh membantu anda pilih warna-warna yang sesuai untuk jenama anda.

Selain itu, anda juga boleh hasilkan pelbagai visual untuk jenama seperti website, kempen pemasaran emel, brochure dan sebagainya dengan pelan Canva’s Brand Kit yang berbayar.

Marketing Murah

4. Adakan Pertandingan di Platform Media Sosial

Pertandingan memberi peluang kepada jenama anda untuk lebih menyerlah di media sosial.

Untuk jayakan sesebuah pertandingan, anda perlulah sediakan hadiah yang menarik. Di samping itu, anda juga perlu meletakkan syarat kepada peserta untuk Like, Share dan Follow page media sosial anda.

Secara tidak langsung, pertandingan yang anda adakan bakal meningkatkan kesedaran pengguna media sosial tentang kewujudan jenama anda. Bilangan pengikut di laman media sosial anda juga akan meningkat secara drastik.

5. Gunakan Pemasaran SMS

Selain mempunyai kelebihan seperti kadar bukaan serta kadar engagement yang tinggi, ramai pemilik jenama sering menggunakan pemasaran SMS kerana kosnya yang rendah berbanding kaedah pemasaran lain.

Dengan harga serendah RM 0.08 (tak termasuk caj SST) untuk satu SMS, anda boleh mencapai ribuan pelanggan dalam sekali blast sahaja.

Untuk pastikan pemasaran SMS anda berjaya, anda perlulah jadualkan mesej yang menarik serta bermanfaat pada waktu yang sesuai.

6. Manfaatkan LinkedIn

Anda juga boleh tingkatkan kesedaran mengenai jenama anda di LinkedIn. Kongsikan informasi menarik dan relevan dengan industri perniagaan anda, sertailah forum yang diadakan dan berinteraksi bersama Connection sedia ada di laman tersebut supaya ia makin berkembang.

Marketing Murah

Pemasaran digital boleh dimanfaatkan secara kreatif untuk kembangkan perniagaan anda. Sesetengahnya juga boleh dipelajari serta dikembangkan dengan kos yang rendah. Ada juga yang percuma!

Jadi, anda perlulah rajin mencuba dan bereksperimen dengan pelbagai kaedah yang ada. Selamat mencuba!

Sumber : fitsmallbusiness.com

Cara Mengelakkan Gmail Menambah Contact Baru Secara Automatik

Terkenal sebagai salah satu platform e-mel paling popular di dunia, Gmail telah memudahkan urusan ramai pengguna dengan fungsinya serta ciri-cirinya yang mudah.

Tak kiralah sama ada anda gunakannya untuk tujuan peribadi atau bisnes, Gmail kekal sebagai penyimpan data yang baik dengan menambah semula kenalan sebagai Contact.

Untuk pengguna yang memiliki perniagaan, anda mungkin perlu export Contact untuk dianalisa atau digunakan ke aplikasi lain seperti sistem CRM atau pemasaran SMS.

Senarai dan fail contact anda boleh jadi agak panjang kerana Gmail akan menambahkan entri Contact yang baru ke address book secara automatik ketika anda membalas e-mel.

Entri automatik baru ini terdapat di Other Contact di Gmail Contacts.

Namun, anda mungkin tak perlukan semua Contact yang berhubung di Gmail untuk urusan perniagaan.

Di sini kami akan kongsikan cara untuk mengelakkan Gmail menambah contact baru secara automatik.

Cara Mengelakkan Gmail Menambah Contact Baru Secara Automatik

Cara untuk mengelakkan Gmail menambahkan alamat baru ke Contacts anda secara automatik adalah seperti berikut :

1. Pergi ke Gmail dan tekan ikon gear Setting pada sudut atas kanan.

2. Tekan See all setting.

Cara Eksport Contact Gmail Ke Excel

3. Pergi ke General Tab.

4. Skrol ke bawah sehingga anda jumpa Create contacts for auto-complete, kemudian tekan I’ll add contact myself. Cara Eksport Contact Gmail Ke Excel

5. Tekan Save Changes untuk menyimpan ubahsuai yang telah anda lakukan pada bahagian bawah halaman.

Cara Eksport Contact Gmail Ke Excel

Dengan tetapan ini, maka mudahlah anda untuk pilih Contacts secara spesifik untuk pelbagai tujuan seperti pemasaran SMS, e-mel mahupun sistem CRM.

Bagi anda yang belum ada platform pemasaran SMS atau e-mel, ayuh cuba perkhidmatan SMS Niaga dan Mail Niaga daripada Web Impian.

Kami sedia menawarkan harga pakej yang berbaloi dan menepati keperluan jenama anda. Hubungi kami segera untuk ketahui dengan lebih lanjut,

Sumber: Lifewire

Cara Mengeksport Senarai Nombor Kenalan Di Dalam Telefon (Android) Ke Fail Excel

Adakah anda sedang tercari-cari cara mudah untuk mengeksport nombor kenalan di dalam telefon (Android) ke fail Excel?

Perpindahan data sebegini sememangnya sangat penting untuk membantu anda dalam menganalisa maklumat bagi merancang strategi pemasaran digital.

Di sini kami ingin kongsikan cara untuk mengeskport senarai nombor kenalan di dalam telefon (Android) ke fail Excel.

Cara Mengeksport Senarai Nombor Kenalan Di Dalam Telefon (Android) Ke Fail Excel

Langkah 1: Muat Turun Aplikasi Contact To Excel

Langkah pertama, anda perlu ke aplikasi Google PlayStore dan muat turun aplikasi  Contact To Excel by Ajay Khatri (link download). Kemudian muat turun aplikasi tersebut.

Langkah 2: Mengeksport Senarai Nombor Telefon Ke Format CSV

Seterusnya, buka aplikasi tersebut. Untuk mula eksport, klikkan pada CSV dan kemudian tekan pada butang Export Contact.

Tunggu sehingga proses mengeksport senarai nombor telefon tamat. Tempoh proses ini selesai adalah bergantung kepada saiz database contact dan spesifikasi telefon Android anda.

Langkah 3 : Open File Excel

Apabila selesai mengeksport senarai nombor telefon, anda boleh klikkan pada pilihan OPEN untuk membuka file yang telah dieksport.

Untuk menyemak file ini di telefon, anda perlu memiliki aplikasi Excel terlebih dahulu.

Sekiranya Excel sudah ada di paparan utama, boleh terus klik pada pilihan Excel tersebut untuk membuka file. 

Langkah 4 : Kongsikan File

Untuk kongsikan file ini, anda boleh tekan ikon Share yang terletak pada bahagian kanan atas Excel. Kemudian, klik Share as attachment dan pilih Workbook.

Langkah 5 : Pilih Platform Untuk Kongsi Excel

Anda bebas untuk berkongsi data senarai nombor telefon ini dalam format Excel melalui pelbagai platform seperti WhatsApp, Telegram, Email, dan lain-lain.

Akhir sekali, anda boleh pilih samada untuk menghantar fail Excel tersebut menerusi pelbagai pilihan platform untuk tindakan selanjutnya.

Dengan adanya cara mudah ini, ia pasti akan memudahkan urusan anda dalam eksport dan berkongsi senarai nombor telefon untuk kegunaan bisnes anda. D

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda jalani pemasaran digital dengan lebih mudah. Selamat mencuba!

Panduan Mengeksport Nombor Telefon Dari iPhone (iOS) Ke Fail Excel

Adakah anda tercari-cari bagaimana cara mudah untuk mengeksport nombor kenalan di dalam telefon (iPhone) anda ke fail Excel?

Kaedah ini sangat berguna untuk anda manfaatkan senarai nombor pelanggan yang pernah berurusan dengan perniagaan anda.

Di sini kami ingin kongsikan cara yang ringkas sebagai rujukan anda untuk mengeskport senarai nombor kenalan di dalam telefon (iPhone) ke fail Excel dengan mudah.

Panduan Mengeksport Nombor Telefon Dari iPhone (iOS) Ke Fail Excel

Langkah 1: Pergi ke Setting iPhone

Pilih Settings pada iPhone anda. Tekan Your Name kemudian tekan iCloud.

Langkah 2: Turn On Contacts

Kemudian, tekan Turn on Contacts

Sekiranya anda pilih turn off, senarai Contacts anda pada telefon tidak akan dipaparkan pada akaun iCloud anda dan ianya tidak dapat dieskport ke fail Excel.

Pastikan anda turn on dengan ikon bertukar ke warna hijau.

fail excel

Langkah 3: Pergi ke iCloud.com

Di komputer, buka web browser dan pergi kepada iCloud.com. Seterusnya log masuk ke akaun iCloud anda dengan menaip Apple ID anda terlebih dahulu.

Untuk makluman, anda mungkin perlu menggunakan Apple’s two-factor authentication untuk log masuk.

Langkah 4 : Pilih Contact

Seterusnya, pilih Contacts.

Pada paparan Contacts, klik ikon Setting di sebelah kiri bawah dan pilih Select All.

Tips: Untuk memilih contacts tertentu untuk dieksport, tekan Shift atau Ctrl dan pilih contacts satu persatu.

Langkah 5 : Export vCard

Setelah contacts siap dipilih, klik ikon setting sekali lagi dan pilih Export vCard.

fail excel

Contacts tersebut akan disimpan ke komputer anda sebagai fail .vcf.

Langkah 6 : Tukarkan Fail VCF Kepada CSV

Untuk tukarkan fail VCF kepada CSV, anda perlu menggunakan online converter seperti AConvert.

Untuk convert, klik pada Choose File dan pilih fail yang anda muat turun tadi dan klik pada Convert Now.

fail excel

Tutorial ini pasti bakal memudahkan anda untuk kendalikan data pelanggan dari iPhone dengan lebih mudah. Ia pastinya bakal melancarkan lagi kempen pemasaran digital untuk jenama anda.

Ingin mulakan pemasaran digital bersama kami? Jom cuba SMS Niaga dan Aplikasi Niaga untuk pemasaran SMS dan e-mel dengan ciri-ciri lengkap dan menarik untuk bisnes anda.  Hubungi kami segera untuk ketahui secara lebih lanjut.