Fakta Tentang Pemasaran SMS Pukal Yang Anda Perlu Tahu

Nur Amrina Rasyada
Nur Amrina Rasyada

Pernahkah anda dengar tentang pemasaran SMS pukal atau bulk sms?

Ia sebenarnya merupakan salah satu saluran pemasaran digital yang membolehkan anda untuk menghantar SMS kepada ribuan nombor telefon dalam satu masa.

Ramai usahawan yang berjaya menembus pasaran yang lebih luas dengan bantuan pemasaran SMS. Ia juga sangat mudah dikendalikan, fleksibel dan mudah dicapai oleh pelanggan.

Jom kita tengok dengan lebih lanjut mengenai pemasaran SMS pukal yang kini jadi keperluan kebanyakan jenama.

Apa Itu Pemasaran SMS Pukal (Bulk SMS)?

SMS pukal ialah pengedaran sejumlah besar mesej teks ke telefon bimbit pengguna.

Ini adalah cara yang berkesan untuk berkomunikasi dengan pelanggan, di mana sahaja mereka berada.

Walaupun bentuk pemasaran ini telah wujud selama bertahun-tahun, ia masih kekal sebagai cara yang paling berkesan dalam meningkatkan penglibatan pelanggan.

Ia juga mempunyai kelebihan untuk sampai pada penerima tanpa sambungan internet!

Kajian juga mendapati 98% pengguna telefon cenderung untuk membuka teks mesej, berbanding e-mel yang mempunyai kadar bukaan serendah 22%.

Ini bermakna jika anda ingin berkomunikasi dengan pelanggan secara langsung, peluang anda untuk berjaya adalah jauh lebih baik dengan penggunaan SMS.

Mengapa Pemasaran SMS Pukal Sangat Berkesan?

Walaupun ramai yang jarang menggunakan SMS untuk berhubung, namun ia merupakan platform pemasaran yang sangat berkesan.

Kajian mendapati bahawa sembilan daripada 10 orang membuka mesej teks hanya dalam masa tiga minit selepas menerimanya.

Mana tidaknya, sebilangan besar orang pasti membawa telefon mereka kemana sahaja, jadi SMS menawarkan peluang terbaik untuk mesej anda dibaca.

Walaupun sesetengah pelanggan membuka mesej hanya kerana untuk mematikan bunyi notifikasi, tetapi lama-kelamaan mereka akan tertarik secara perlahan untuk membaca teks mesej daripada anda.

Selain itu, SMS juga boleh dijadualkan bersesuaian kempen pemasaran anda untuk menggalakkan penglibatan pelanggan.

Cara Memanfaatkan Pemasaran SMS Pukal Ke Dalam Bisnes Anda

Untuk mulakan pemasaran SMS, anda perlu sediakan senarai pelanggan.

Memandangkan tak semua pelanggan suka untuk terima mesej pemasaran, adalah lebih baik sekiranya anda boleh asingkan nama mereka daripada senarai. Anda juga boleh tambahbaik senarai pelanggan dari semasa ke semasa.

Di samping itu, terdapat beberapa peraturan serta tips yang anda boleh ikuti supaya pemasaran SMS anda lebih berkesan.

Langkah seterusnya ialah mencipta strategi pemasaran dengan mengenalpasti pelanggan sasaran dan tujuan di sebalik setiap mesej.

Sebelum anda menekan butang Send, anda perlu semak teks yang karang beberapa kali untuk memastikan kandungan sesuai dan nada yang digunakan sesuai.

Anda juga perlu jelas mengenai tindakan yang perlu diambil oleh pelanggan sebaik sahaja menerima mesej daripada anda.

Oleh itu, setiap teks mesej anda perlulah mengandungi ayat-ayat yang boleh mendorong pelanggan supaya berinteraksi dengan jenama anda.

Cara yang baik untuk menggalakkan pelanggan mengambil tindakan adalah dengan mewujudkan rasa mendesak.

Anda boleh tambahkan ayat seperti berikut : “Tawaran tamat pada tengah malam” atau “Hanya satu jam untuk membeli” akan membuatkan pelanggan cenderung untuk mengambil tindakan segera agar tidak terlepas harga dan peluang istimewa.

Jika kandungan SMS menarik dan dihantar pada waktu yang tepat, ia pasti dapat menarik minat lebih ramai pelanggan untuk dapatkan produk atau perkhidmatan anda.

Jangan lepaskan peluang untuk tingkatkan potensi perniagaan anda menerusi pemasaran SMS! Jom langgan produk SMS Niaga daripada Web Impian.

Kami sedia menawarkan pakej yang berpatutan dan bersesuaian dengan jenama anda.

Hakcipta terpelihara 2019 – SMS Niaga
Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)