6 Larangan Yang Perlu Dielakkan Dalam Penulisan Pemasaran SMS

Nur Amrina Rasyada
Nur Amrina Rasyada
6 Larangan Yang Perlu Dielakkan Dalam Penulisan Salinan SMS

Anda sudah blast SMS banyak kali namun masih mendapat kurang sambutan daripada pelanggan? Mungkin ada beberapa kesalahan yang anda telah lakukan dalam teks tanpa disedari.

Jika digunakan dengan strategi yang betul, SMS dapat membantu jenama anda untuk capai lebih ramai pelanggan secara berkesan.

Kesalahan atau larangan dalam penulisan pemasaran SMS mungkin nampak remeh, tetapi ia boleh memberi impak yang besar pada imej jenama anda di samping membuatkan pelanggan mudah opt-out daripada menjadi subscriber.

Untuk membantu anda mencapai target pemasaran yang lebih berjaya, di sini kami kongsikan 6 larangan dalam pemasaran SMS yang anda perlu elakkan ketika mengarang teks.

6 Larangan dalam Penulisan Pemasaran SMS Yang Anda Perlu Elakkan

1. Jangan Samakan Kandungan E-mel Dengan Teks SMS

Walaupun mengekalkan konsisten dalam pelbagai saluran adalah salah satu strategi yang baik, namun kandungan teks SMS dan email untuk pemasaran tidak boleh disamakan.

Dalam mengarang teks untuk pemasaran SMS, pastikan kandungannya lebih ringkas dan mudah difahami.  Lebih pendek, lebih bagus!

2. Kurangkan Penggunaan Emoji

Emoji sering digunakan untuk tambah nilai visual dan fokus kepada perkara penting, mahupun untuk panjangkan isi kandungan teks.

Namun ia tak sepatutnya digunakan secara berlebihan. Anda disarankan untuk guna 1 atau 2 emoji sahaja bagi setiap teks (kecuali emoji digunakan sebagai “bullet point”).

3. Teks SMS Tak Melambangkan Jenama

Disebabkan karakter teks SMS adalah terhad, sesetengah jenama mungkin cenderung untuk terlepas untuk memasukkan identiti masing-masing dalam teks yang dikarang.

Ini boleh membuatkan pelanggan yang menerimanya rasa kurang yakin untuk berinteraksi dengan mereka.

Jadi, ketika mengarang teks, anda perlulah memasukkan nama jenama supaya pelanggan tahu siapa yang menghantarnya.

Sebagai contoh, anda boleh letakkan jenama anda di permulaan teks. Anda juga boleh gunakan perkataan, solgan pendek atau frasa yang melambangkan jenama anda.

Secara tidak langsung, cara ini juga akan membuatkan jenama anda nampak lebih profesional dan membuatkan pelanggan lebih yakin untuk berinteraksi.

4. Jangan Gunakan Perkataan Singkatan Secara Melampau

Disebabkan ramai yang ingin jimat penggunaan karakter, ada yang cenderung untuk memasukkan perkataan singkatan.

Anda masih boleh gunakannya, namun jangan terlalu banyak sehingga pelanggan sukar untuk fahami mesej yang anda ingin sampaikan.

Penggunaan ayat seperti “jgn lpskn” atau “tgl 1 sj lg” bukan saja boleh menyebabkan mesej tidak di layan, malah ia boleh mencalarkan imej jenama anda serta nampak kurang profesional.

5. Jangan Keterlaluan Dalam Menggunakan Capslock

Penggunaan huruf besar bagi sesetengah perkataan dapat menarik perhatian pembaca, tetapi anda perlulah mengurangkan penggunaannya dalam pemasaran SMS.

Penggunaan huruf besar boleh mengakibatkan penerima membaca dengan nada yang tinggi atau beremosi.

Secara tidak langsung, ini boleh mencetuskan salah faham dan membuatkan pelanggan rasa tidak selesa untuk melanggan pemasaran SMS daripad anda pada masa akan datang.

6. Jangan Biarkan Pelanggan Anda Tergantung

Bagi SMS yang memerlukan respon daripada pelanggan, sampaikannya dengan arahan atau Call To Action yang jelas.

Jangan pula biarkan pelanggan tergantung dengan SMS yang mengelirukan.

Pastikan pelanggan tidak keliru dengan langkah yang perlu diambil. Sertakan pautan yang boleh memudahkan pelanggan ambil tindakan seterusnya.

Bagi memastikan kempen pemasaran SMS anda berkesan, pastikan anda mengelakkan perkara-perkara yang boleh membuatkan mesej anda disalah anggap, nampak kurang profesional dan tidak menarik.

Oleh itu, ketika rangkan penulisan pemasaran SMS, semak beberapa kali dan minta pendapat rakan sekerja anda.

Letakkan diri anda di tempat pelanggan, adakah teks mesej yang disediakan mudah difahami dan boleh menarik perhatian mereka?

Bagi anda yang baru ingin mulakan pemasaran SMS, kami turut menawarkan produk SMS Niaga dengan ciri-ciri yang menarik serta harga pakej yang berbaloi.

Hubungi kami segera untuk ketahui dengan lanjut!

Hakcipta terpelihara 2019 – SMS Niaga
Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)