Mesti anda tercari-cari bagaimana cara mudah untuk mengeksport nombor kenalan di dalam telefon (iPhone) anda ke fail Excel kan? Ini dia cara yang tersusun dan ringkas sebagai rujukan anda untuk mengeskport senarai nombor kenalan di dalam telefon (iPhone) ke fail Excel.
Langkah 1: Setting iPhone
Pilih Settings pada iPhone anda. Tekan your name kemudian tekan iCloud.
Langkah 2: Turn On Contacts
Turn on Contacts. Sekiranya turn off, contacts anda pada telefon tidak akan dipaparkan pada akaun iCloud anda dan ianya tidak dapat dieskport ke fail Excel.
Langkah 3: Pergi Kepada iCloud.com
Di komputer, buka web browser dan pergi kepada iCloud.com. Seterusnya log masuk ke akaun iCloud anda dengan menaip Apple ID anda terlebih dahulu.
Nota: Anda mungkin perlu menggunakan Apple’s two-factor authentication untuk log masuk.
Langkah 4
Kemudian pilih Contacts.
Langkah 5: Select All
Pada skrin Contacts, klik ikon setting di sebelah kiri bawah dan pilih Select All.
Tips: Untuk memilih contacts tertentu untuk dieksport, tekan Shift atau Ctrl dan pilih contacts satu persatu.
Langkah 6: Export vCard
Setelah contacts di pilih, klik ikon setting sekali lagi dan pilih Export vCard.
Langkah 7
Contacts tersebut akan disimpan ke komputer anda sebagai fail .vcf.
Langkah 8: Tukarkan Fail VCF Kepada CSV
Untuk tukarkan fail VCF kepada CSV kita akan menggunakan online converter AConvert. Klik pada choose file dan pilih fail yang anda muat turun tadi dan klik pada Convert Now!.