6 Cara Integrate SMS dalam Marketing

Adakah anda sedang pertimbangkan untuk guna pemasaran SMS? Dengan sifat uniknya seperti mudah untuk sampai pada pelanggan dan lebih ringkas berbanding platform pemasaran lain, ia telah membantu banyak pemilik bisnes untuk tingkatkan hasil jualan secara berkesan.

Bagi yang pertama kali ingin mula gunakan pemasaran SMS, di sini kami ingin kongsikan beberapa cara untuk integrate SMS dalam marketing. Ayuh kita semak kaedahnya.

6 Cara Integrate SMS Dalam Marketing

1. Bina Senarai Subscriber SMS

Senarai subscriber adalah antara aset terpenting untuk pemasaran SMS. Antara langkah-langkah yang anda boleh ambil untuk bina senarai subscriber yang berkualiti adalah :

  • Minta kebenaran untuk opt-in
  • Ambil tahu undang-undang yang perlu dipatuhi untuk menghantar SMS kepada pelanggan. Sentiasa peka dengan kemaskini atau perkembangan mengenai peraturan khususnya daripada MCMC.
  • Jumlah yang banyak tidak menentukan kejayaan kempen SMS. Pastikan individu yang tersenarai betul-betul berminat dengan bisnes anda. Kumpulan pelanggan sebeginilah yang boleh menyumbang kepada kejayaan setiap kempen pemasaran.

2. Gunakan Software Atau Aplikasi SMS

Kebanyakan SMS marketing tools yang boleh didapati seperti SMS Niaga sedia menawarkan kemudahan buat pemilik bisnes untuk kendalikan kempen pemasaran SMS. Pengguna bukan sahaja akan mendapat sokongan teknikal dan bantuan, malah mereka juga akan ditawarkan dengan data terperinci mengenai kempen yang dijalankan.

Ia juga mesra pengguna dan mudah untuk dikendalikan.

3. Bina Kempen SMS

Setelah anda bina senarai subscriber, hantarkan mesej berkualiti buat pelanggan dan jejak prestasi kempen menerusi laporan. Tetapkan tempoh yang sesuai untuk jalankan kempen seperti pada jualan 11.11 dan musim perayaan.

4. Tentukan Masa Penghantaran

Pilih masa dan kekerapan yang sesuai untuk anda hantarkan SMS kepada pelanggan. Anda digalakkan untuk hantar pada waktu antara 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

marketing

5. Terapkan Penghantaran Automatik Ikut Keperluan

Memetik perkongsian dari Omnisend, mesej peringatan troli terabai atau abandoned cart boleh meningkatkan kadar conversion sehingga 29 peratus!

Oleh itu, adalah penting untuk anda manfaatkan fungsi penghantaran automatik bagi pemasaran SMS. Selain abandoned cart, anda juga boleh menghantar SMS secara automatik untuk tujuan lain antaranya bagi mengumpul maklumbalas pelanggan, pengesahan pembayaran dan kemaskini status pesanan.

6. Pelbagaikan Kandungan SMS

Pemasaran SMS bukan sahaja boleh digunakan untuk hebahan promosi atau diskaun semata-mata. Sebaliknya, ia boleh dipelbagaikan untuk kelebihan bisnes anda.

Antaranya ialah untuk memberi ucapan alu-aluan kepada pelanggan, urusan khidmat pelanggan dan pemberitahuan pengumuman penting.

marketing

Walaupun SMS mempunyai had karakter, namun pemilik bisnes bebas untuk menggunakannya sesuai dengan keperluan kempen pemasaran dan hala tuju bisnes. Pastikan anda fahami panduan dan patuhi peraturan dan undang-undang sebelum memulakan pemasaran SMS. Selain untuk menawarkan diskaun dan promosi, anda juga boleh gunakan platform ini untuk tujuan lain seperti mendapatkan maklumbalas, memberikan khidmat pelanggan dan kemaskini status pesanan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda mulakan pemasaran SMS untuk bisnes anda. Selamat mencuba!

Sumber : Omnisend

6 Formula Tulis Ayat SMS Marketing Paling Mudah dan Berkesan Untuk Tarik Pelanggan

Ingin mulakan pemasaran SMS tapi tak tahu nak buat ayat?

Sebenarnya ada banyak kelebihan pemasaran SMS untuk tingkatkan potensi bisnes anda.

Kalau tahu cara menulis ayat SMS, sebenarnya mudah sahaja. Anda juga perlu manfaatkan setiap patah perkataan memandangkan SMS terhad kepada 160 patah perkataan sahaja.

Jadi, apakah cara yang mudah untuk tulis ayat SMS untuk tarik pelanggan?

Ayuh kita ikuti formula yang telah dikongsikan oleh pakar pemasaran digital, Aqif Azizan. Menurutnya, cara ini telah digunakan oleh ramai marketer untuk raih hasil jualan yang lumayan.

6 Formula Tulis Ayat SMS Marketing Untuk Tarik Pelanggan

1. Letak Nama Brand

Sebagai penerima SMS, kita mesti nak tahu siapa yang menghantarnya. Jadi, setiap SMS marketing kena letak nama brand. Barulah pelanggan tak terpinga-pinga bila membaca SMS.

Jangan lupa untuk letak titik noktah bertindih selepas letak nama brand (:).

Contohnya : ‘Brand ABC :’  

2. Berikan Sebab

Berikan sebab yang ringkas dan jelas mengapa kita hubungi pelanggan. Mungkin kita nak berterima kasih atas pembelian yang dibuat bulan lepas.

Barangkali, kita ingin sampaikan ucapan kepada pelanggan sempena hari istimewa seperti Hari Jadi atau hari perayaan.

Antara contoh sebab-sebab yang boleh ditulis pada awal SMS adalah :

“Terima kasih dapatkan jubah ABC bulan lepas!”

“Selamat Hari Jadi, [nama panggilan penerima]!”.

3. Tawaran atau Offer

Tawaran dalam SMS marketing adalah sangat penting dalam menentukan engagement pelanggan dan kadar conversion.

Jadi, anda perlulah fikirkan tawaran yang menarik untuk mendorong pelanggan berbelanja. Mungkin anda boleh berikan mereka diskaun untuk keluaran produk terbaharu.

Contoh :

“Diskaun 50% untuk koleksi baru Sept 28 ini.”

tulis ayat sms

4. Call-To-Action

Setiap SMS marketing juga perlu ada arahan Call-To-Action yang jelas. Langkah ini juga bergantung kepada flow pembelian yang ditetapkan oleh bisnes kita.

Biasanya peniaga akan berikan kod kupon yang boleh digunakan untuk claim di Whatsapp atau ketika membeli di website.

Anda boleh tulis ayat lebih kurang begini :

“Guna kod SALE4U untuk diskaun set skincare NUR”.

“Tebus 50% diskaun di website dengan kod ESP50”.

5. Urgency

Manusia tidak akan buat sesuatu dengan segera jika tak diberikan tempoh masa. Oleh itu, untuk mendorong tindakan segera dari pelanggan, anda boleh letakkan tarikh tamat tempoh tawaran seperti contoh berikut :

“Tamat 31-9-23”.

tulis ayat sms

6. Pendekkan Ayat

Semak semula draf SMS dan buang mana-mana perkataan yang tidak perlu. Jangan lupa yang had SMS adalah 160 patah perkataan sahaja.

Pastikan SMS anda mempunyai panjang yang optimum tanpa sebarang kesalahan ejaan.

Sebagai contoh anda boleh tulis ayat SMS begini  : “Brand ABC: Terima kasih dapatkan jubah ABC bulan lepas! Diskaun 50% untuk collection baru Sept 23. Guna kod kupon: ABC50 . (letak URL website anda). Tamat 31-9-23”.

tulis ayat sms

Mungkin bagi yang baru berjinak-jinak dalam pemasaran SMS rasa susah untuk tulis ayat untuk lancarkan kempen. Namun, dengan adanya panduan ini, sekejap sahaja boleh siap. Pastikan teks SMS anda lengkap dengan elemen-elemen di atas. Selamat mencuba!

Sumber : Aqif Azizan

5 Inspirasi Yang Boleh Dihadamkan Untuk Memacu Hasil Pemasaran Teks Anda

Pemasaran SMS kian menjadi pilhan ramai pemilik jenama untuk mencapai pelanggan. Ia juga mempunyai pelbagai kelebihan dalam meningkatkan reputasi serta kualiti khidmat pelanggan. 

Di sini kami ingin kongsikan beberapa inspirasi penggunaan pemasaran SMS daripada jenama lain yang boleh memacu prestasi perniagaan anda. 

5 Inspirasi Untuk Memacu Hasil Pemasaran Teks

1. Produk Baru

Pemasaran SMS adalah platform yang baik untuk anda war-warkan mengenai produk terbaru daripada jenama anda. 

Anda boleh hantarkan SMS beserta pautan untuk memudahkan pelanggan buat pembelian segera di laman web anda.

Seperti yang dilakukan oleh ELOQUII, jenama pakaian plus-size yang popular di Amerika Syarikat, mereka mengambil inisiatif untuk menghantar mesej kepada pelanggan pada setiap hari Isnin sempena Cyber Monday.

Dalam mesej tersebut, ELOQUII memberitahu pelanggan tentang rangkaian produk baharu dengan cara yang menarik. 

Mereka juga selitkan elemen mendesak untuk menggesa pelanggan supaya buat pembelian segera. 

2. Tempoh Jualan Khas Yang Lebih Lama

Biasanya kita mendengar banyak jenama melancarkan jualan pada satu tarikh sahaja. 

Untuk tingkatkan trafik ke laman web dan jana lebih banyak hasil jualan, anda juga boleh adakan kempen jualan selama beberapa hari menerusi pemasaran SMS.

Sebagai contoh, Revel Nail iaitu jenama produk kecantikan kuku mengambil inisiatif untuk lancarkan ’12 Days of Revel’ iaitu jualan tahunan istimewa yang berlangsung selama 12 hari. 

Pada setiap hari semasa kempen berlangsung, jenama ini menawarkan tawaran istimewa berserta hadiah percuma bagi setiap pembelian. 

Untuk melancarkan kempen ini, Revel Nail menghantar mesej kepada pelanggan sehari sebelum jualan berlangsung.

Pelanggan juga diminta untuk opt-in supaya dapat menerima mesej secara ekslusif mengenai jualan ini. Strategi ini membolehkan Revel Nail untuk meningkatkan interaksi dengan pelanggan setia mereka sepanjang kempen. 

pemasaran teks

3. Tawaran Masa Terhad

Manfaatkan pemasaran teks yang dapat menjangkau pelanggan secara terus untuk tawarkan promosi masa terhad buat mereka.

Sebuah jenama barangan alat tulis, Paper Source manfaatkan pemasaran SMS mereka untuk war-warkan mengenai tawaran masa terhad sempena Black Friday kepada pelanggan.

 Paper Source juga menghebahkan jualan yang berlangsung di dua platform dalam satu hantaran SMS iaitu secara dalam talian dan di cawangan kedai mereka. 

Ini boleh meningkatkan peluang mereka untuk dapatkan lebih ramai pelanggan pada tempoh tersebut.

4. Peringatan Troli Terbengkalai

Tahukah anda 7 daripada 10 pelanggan cenderung untuk tinggalkan barangan dalam troli? 

Jangan sia-siakan hasrat pembeli yang berminat dengan produk anda. 

Hantar teks untuk ingatkan pelanggan tentang item yang mereka tinggalkan dalam troli mereka.

 Sertakan bersama pautan ke troli untuk mudahkan mereka buat pembelian.

DIFF Eyewear, peruncit cermin mata dan cermin mata hitam sering mengambil inisiatif untuk hantar peringatan secara automatik kepada pelanggan pemesejan teks yang telah meninggalkan item dalam troli beli-belah dalam talian mereka.

Mereka juga meletakkan ayat Call-To-Action yang jelas untuk menggesa tindakan pantas daripada pelanggan. 

pemasaran teks

5. Tawaran Perkhidmatan Tambahan

Anda juga boleh tingkatkan interaksi serta minat pelanggan dengan menawarkan perkhidmatan tambahan kepada mereka.

Sebagai contoh, Boot Barn menghantar mesej teks kepada pelanggan SMS untuk perkenalkan perkhidmatan tambahan iaitu balutan hadiah serta kad ucapan peribadi. 

Ini juga merupakan salah satu teknik untuk tingkatkan kesedaran pengguna terhadap perkhidmatan atau produk yang mereka mungkin perlukan.

pemasaran teks

Pemasaran SMS tidak hanya terikat untuk tujuan promosi sahaja.

Ada banyak mesej yang anda boleh hantarkan bagi meningkatkan interaksi dengan pelanggan. 

Walaupun mesej yang dihantar tidak berunsur promosi, namun ia juga boleh menjana interaksi dan pembelian pelanggan secara berkesan. 

Berminat untuk pasarkan produk anda menerusi pemasaran teks? Hubungi kami segera untuk dapatkan harga pakej terbaik. 

Sumber : attentive.com

Fakta Statistik Tentang Pemasaran SMS Untuk Tahun 2024

Bagi jenama yang tidak pernah menggunakan pemasaran SMS, mungkin anda tertanya tentang keberkesanannya.

Betulkah pemasaran SMS berkesan? Ada lagikah pelanggan yang nak baca SMS pada zaman ini?

Jangan tak tahu yang ramai usahawan berjaya mencapai target pemasaran mereka melalui SMS.

Kelebihan SMS seperti kadar bukaan yang tinggi serta mudah untuk dikendalikan menjadikan ia salah satu platform pemasaran yang cukup ideal bagi pelbagai jenama. 

Jom kita lihat beberapa fakta statistik pemasaran SMS dalam meningkatkan potensi bisnes serta interaksi pelanggan. 

Fakta Statistik Tentang Pemasaran SMS Untuk Tahun 2024

1. 91% Pelanggan Berminat Untuk Mendaftar SMS Marketing 

Rata-rata, setiap orang pasti memiliki telefon bimbit. Pada zaman ini, ia sangat diperlukan untuk hal penting seperti berhubung, urusan kerja dan sebagainya. 

Secara automatik, pelanggan juga cenderung untuk menyemak notifikasi SMS yang diterima tanpa mengira waktu. Jadi, kebarangkalian mereka untuk membaca SMS adalah sangat tinggi iaitu sehingga 98%! 

Dalam sebuah survey, kira-kira 91% pelanggan juga dilihat berminat untuk mendaftar SMS Marketing dengan sesebuah jenama.

Jadi, memang rugi kalau sesebuah bisnes tak manfaatkannya untuk capai pelanggan.

2. 61% Pengguna Berharap Bisnes Dapat Dihubungi Menerusi SMS

Menurut statistik, kira-kira 61% daripada pengguna lebih selesa untuk berinteraksi secara terus dengan sesebuah bisnes menggunakan SMS kerana cara ini lebih ringkas dan straightforward

Lebih penting lagi, mereka juga harapkan sesebuah bisnes dapat berikan respon pantas menerusi SMS.

3. SMS Marketing Boleh Menyumbang Sehingga 70% Conversion Rate 

Menurut satu statistik, kempen SMS dengan kandungan interaktif boleh menyumbang sehingga 70% conversion rate.

Oleh sebab itulah SMS tetap menjadi pilihan ramai pemilik bisnes untuk mencetuskan engagement pelanggan dengan berkesan.

Kadar ini dilihat 36% lebih tinggi berbanding kandungan pasif yang dikongsikan oleh sesebuah bisnes. 

Bagi tahun ini, pemasaran SMS dilihat bakal berevolusi lagi untuk menjana engagement yang aktif dalam kalangan pelanggan.

Ini sekaligus dapat meningkatkan fungsi SMS sebagai alatan pemasaran yang dinamik bagi sesebuah bisnes.

Fakta Statistik Tentang Pemasaran SMS Untuk Tahun 2024

4. 83% Pelanggan Lebih Gemar Berinteraksi Menerusi SMS Untuk Atur Temu Janji

Adakah anda risau yang SMS  peringatan temujanji daripada jenama anda akan mengganggu pelanggan?

Jangan risau! Berdasarkan data, lebih daripada 80% pelanggan sudi untuk menerima SMS lebih-lebih tentang peringatan dan pengurusan temujanji. 

SMS sebegini juga dapat menyerlahkan lagi nilai keprihatinan serta reputasi baik bagi sesebuah jenama.

5. 72% Pelanggan Lebih Terdorong Untuk Berinteraksi Dengan SMS Bersifat Personalized

Antara kelebihan SMS adalah sifatnya yang boleh ditambah unsur peribadi. Sebuah statistik menunjukkan kira-kira 72% pelanggan lebih gemar untuk berinteraksi dengan personalized SMS berbanding SMS biasa. 

Oleh itu, anda sangat digalakkan untuk tambahkan nilai peribadi dalam SMS yang dihantar dengan menambah nama panggilan pelanggan pada awal mesej serta nada yang mesra untuk tarik perhatian mereka. 

Fakta Statistik Tentang Pemasaran SMS Untuk Tahun 2024

Semua dapatan mengenai fakta statistik tentang pemasaran SMS  ini membuktikan yang ia sememangnya berkesan untuk mencapai pelanggan. 

Dengan penghantaran SMS yang menarik dan tepat pada waktunya, anda juga boleh jayakan kempen pemasaran yang menepati hala tuju bisnes. 

Anda pasti terkejut bila banyak pesanan masuk sebaik sahaja blast SMS! 

Jom tingkatkan potensi perniagaan anda dengan SMS Niaga. Kami sedia menawarkan pakej yang menarik dengan ciri-ciri yang tepat untuk jenama anda.

Jangan ketinggalan untuk nikmati promosi percuma sempena Ramadan yang bakal tiba tak lama lagi!

Hubungi kami segera untuk ketahui dengan lebih lanjut. 

Sumber : livevox.com, textmagic.comattentive.com

Tip SMS Marketing Untuk Jualan 11.11

Pada tahun 2019, Lazada mencatatkan 1 juta jualan produk dalam sejam pertama bermulanya hari jualan 11.11. Sementara itu, Shopee pula dilaporkan berjaya menjual 70 juta produk dalam satu hari!

Dengan habit pembelian secara atas talian yang semakin rancak sejak penularan wabak Covid-19, trend ini didapati mempunyai potensi yang tinggi dalam melonjakkan jenama tak kira kecil atau besar.

Seiring dengan itu, peniaga juga perlu merancang strategi kempen pemasaran yang terbaik untuk bersaing secara sengit dengan jenama lain.

Nak lipatgandakan hasil jualan pada acara 11.11 tahun ini?

Di sini kami ingin kongsikan tips pemasaran SMS bagi membantu anda mencapai target pemasaran sempena kempen 11.11.

5 Tips SMS Marketing Untuk Jualan 11.11

1.  Tetapkan Masa Blast SMS Yang Sesuai Untuk Pra-Kempen

Jika anda menghantar mesej promosi terlalu hampir dengan hari jualan, kemungkinan pelanggan telah membuat  pilihan produk yang akan dibeli dan mengabaikan tawaran promosi anda.

Menerusi perkongsian daripada platform membeli belah Shopee, peniaga disarankan untuk mulakan pra-kempen kira-kira 15 hari sebelum tarikh 11.11.

Jadi, anda perlulah sediakan senarai draf SMS yang menarik untuk pelanggan dan blast pada tempoh pra-kempen untuk lonjakkan jualan.

jualan 11.11

2.  Hantar Personalized SMS 

Menurut statistik, kira-kira 72% pelanggan lebih cenderung untuk berinteraksi dengan personalized SMS yang dihantar oleh jenama.

Oleh itu, anda sangat digalakkan untuk tambahkan nilai SMS anda dengan unsur peribadi. Gunakan nada yang mesra dan letakkan nama panggilan pelanggan pada awal mesej untuk tarik perhatian mereka.

3. Kenalpasti Pembeli Sasaran

Untuk merancakkan lagi pembelian daripada pelanggan, anda perlu kenalpasti pembeli sasaran. Gunakan data sedia ada untuk kenalpasti minat pelanggan.

Daripada situ, anda boleh sediakan baucer yang bersesuaian dengan minat mereka. Tingkatkan kesedaran kepada sasaran yang tepat supaya mereka tak boleh menolak promosi daripada jenama anda.

4. Hantar Special Offer Pada Pelanggan Setia

Jualan 11.11 adalah masa yang sesuai untuk anda tawarkan promosi ekslusif buat pelanggan VIP yang setia menyokong jenama anda selama ini.

Pasti mereka tidak akan lepaskan peluang untuk dapatkan produk anda dengan harga istimewa.

Tambahan pula, mereka lebih mudah untuk didorong kerana sudah terbiasa dengan produk dan perkhidmatan anda.

5. Wujudkan Sense of Urgency

Salah satu sebab SMS Marketing begitu berjaya ialah disebabkan oleh kadar bacaan yang tinggi.

Jadi, anda perlulah karang teks yang boleh mendorong tindakan segera daripada pelanggan. Gunakan kata-kata seperti Tambah ke cart sekarang, Hari ini sahaja dan Beli sekarang. 

jualan 11.11

Jualan 11.11 adalah peluang baik untuk jenama anda tingkatkan reputasi dan dapatkan pulangan yang lumayan daripada pelanggan.

Dengan perancangan yang betul dan rapi, anda pasti dapat menarik perhatian pelanggan untuk berbelanja pada jualan 11.11 nanti.

Berminat untuk gunakan pemasaran SMS bagi jenama anda? Jom cuba produk SMS Niaga daripada kami.

Pakej SMS yang kami tawarkan sangat berbaloi dan pasti menepati keperluan bisnes anda. Hubungi kami segera untuk ketahui dengan lebih lanjut.

8 Strategi Pemasaran SMS Untuk Mempengaruhi Gelagat Pembeli

Strategi Pemasaran SMS Untuk Mempengaruhi Gelagat Pembeli

Pemasaran SMS merupakan satu proses komunikasi berterusan yang boleh dimanfaat oleh sesebuah jenama untuk menghantar promosi serta informasi relevan kepada telefon bimbit pelanggan.

Ia dilihat sebagai salah satu strategi yang baik untuk meningkatkan kesedaran jenama pada peringkat dengan lebih tersasar.

Sebelum anda mulakan blast SMS, anda perlulah rangka perancangan terbaik bagi menjamin keberkesanannya.

Jom ikuti 8 strategi pemasaran SMS yang boleh mempengaruhi gelagat pembeli secara positif.

8 Strategi Pemasaran SMS Untuk Mempengaruhi Gelagat Pembeli

1. Dapatkan Kebenaran Pelanggan

Walaupun anda memiliki senarai nombor telefon pelanggan, namun ini tidak bermakna anda tidak boleh hantarkan mesej sesuka hati tanpa kebenaran mereka.

Perkara ini boleh melanggar etika komunikasi dan boleh mencemarkan nilai profesional bagi jenama anda.

Oleh itu, anda perlulah dapatkan kebenaran pelanggan terlebih dahulu sebelum mulakan pemasaran SMS terhadap mereka.

Anda boleh hantarkan SMS dengan Call to Action (CTA) yang jelas supaya pelanggan dapat bersetuju atau menolak dengan mudah.

Sebagai contoh, anda boleh minta pelanggan untuk balas (YA / TIDAK) untuk sertai program SMS.

2. Pastikan Mesej Ringkas Dan Mudah Difahami

Jika anda menghantar SMS panjang berjela, kemungkinan besar pelanggan tak akan berminat untuk membacanya. Oleh itu, anda perlulah mengarang teks SMS sependek yang mungkin serta mudah difahami.

Tambahan pula, SMS hanya terhad kepada 160 karakter sahaja. Jadi, anda perlu manfaatkan setiap perkataan sebaiknya agar mesej sampai kepada pelanggan.

3. Sertakan Call-To-Action Yang Jelas

Mesej yang anda karang perlulah mempunyai nilai serta keupayaan untuk mendorong pelanggan berinteraksi dengan jenama anda.

Cara paling utama untuk pastikan ianya berlaku ialah dengan menyertakan Call to Action (CTA) yang jelas dalam mesej yang dihantar.

Anda boleh selitkan arahan seperti Klik di Sini, Beli Sekarang atau Balas bagi menarik interaksi pelanggan. Sertakan bersama pautan untuk memudahkan pelanggan membuat urusan berkaitan mesej yang dihantar.

Pelanggan mungkin akan berasa kurang senang untuk klik pautan yang terlalu panjang.

Untuk mengatasinya, anda sangat digalakkan untuk guna pemendek pautan untuk sertakan pautan ketika menghantar SMS. Ini juga akan membuatkan mesej anda nampak lebih kemas dan profesional

4. Jangan Hantar Mesej Terlalu Kerap

Memang tak dinafikan, ada kalanya anda mungkin berasa teruja untuk kongsikan berita atau promosi menarik daripada jenama anda.

Namun, anda tak boleh hantarkan mesej bertalu-talu kepada pelanggan tanpa perancangan masa yang baik.

Jika pelanggan menerima mesej terlalu kerap, kemungkinan besar mereka akan opt-out atau block nombor anda serta-merta.

Jadi, anda perlulah rancang waktu serta kandungan yang bersesuaian untuk dihantar pada pelanggan yang tepat dalam satu-satu masa. Dengan cara ini, halatuju kempen anda akan lebih jelas dan teratur.

5. Hantar Mesej Pada Waktu Yang Sesuai

Bercakap tentang waktu, anda perlu pastikan mesej dihantar pada waktu yang tepat untuk tarik perhatian pelanggan.

Langkah yang terbaik ialah dengan menghantarnya pada waktu bekerja. Elakkan waktu yang boleh mengganggu pelanggan seperti tengah malam atau pada hari cuti.

Cara ini bukan saja lebih digemari oleh pelanggan, malah ia akan meningkatkan lagi nilai profesional bagi jenama anda.

6. Tambahkan Nilai Personal Dalam SMS

Menurut perkongsian daripada podium.com, 72% pelanggan akan lebih cenderung untuk berinteraksi dengan SMS yang mempunyai nilai personal berbanding SMS biasa.

Jadi, anda sangat digalakkan untuk tambahkan unsur peribadi bagi menarik minat pelanggan dalam pemasaran SMS.

Apa yang anda boleh lakukan ialah tambahkan nama panggilan pelanggan pada awal teks untuk tarik mereka membuka mesej daripada anda. Kemudian, gunakan nada yang ringkas dan mesra ketika mengarang teks.

Percayalah, cara ini akan lebih mendorong pelanggan untuk ketahui lebih lanjut mengenai mesej yang anda sampaikan.

7. Promosikan Pemasaran SMS di Semua Media

Anda juga boleh tingkatkan jumlah subscriber bagi pemasaran SMS dengan mengiklankan pendaftaran di pelbagai platform media.

Sebagai contoh, anda boleh tambahkan pilihan opt-in pada website e-commerce anda ketika pelanggan mendaftar atau buat pembelian.

Anda juga boleh ajak pelanggan dalam senarai pemasaran e-mel untuk turut sertai program pemasaran SMS anda.

8. Fokuskan Pada Pelanggan Setia

Pelanggan terbaik adalah pelanggan yang setia dan kerap membeli produk atau perkhidmatan anda secara konsisten.

Antara strategi pemasaran SMS yang baik ialah dengan mengenalpasti kumpulan pelanggan ini dan tawarkan keistimewaan buat mereka.

Anda boleh kategorikan mereka sebagai pelanggan VIP kerana mereka cukup sukakan jenama anda.

Oleh itu, anda perlulah jaga kesetiaan mereka dengan menawarkan pelbagai diskaun serta promosi ekslusif buat mereka.

Hantarkan SMS khas supaya mereka kekal berminat dengan jenama anda dalam tempoh yang lama.

Selain itu, anda juga boleh ajak pelanggan untuk sertai program kesetiaan (loyalty program) untuk dapatkan promosi khas daripada jenama anda.

Dengan adanya program ini, maka lebih mudah untuk anda kongsikan tawaran istimewa buat mereka.

Ada banyak cara yang anda boleh lakukan untuk memastikan kempen pemasaran anda berjaya. Dengan strategi pemasaran SMS yang rapi, anda pasti berhasil untuk lonjakkan lagi jenama anda dan meraih lebih ramai pelanggan.

Bagi anda yang berminat untuk cuba SMS Marketing, jom daftar SMS Niaga dengan kami.

Harga pakej yang kami tawarkan cukup berbaloi dan pasti menepati keperluan jenama anda. Hubungi kami segera untuk ketahui dengan lebih lanjut!

7 Idea Pemasaran SMS Untuk Kembangkan Jenama Anda

Adakah anda baru pertama kali memulakan pemasaran SMS atau sudah biasa menggunakan platform ini namun masih tidak dapat mencapai target jualan?

Jom ikuti 7 idea pemasaran SMS untuk membuatkan jenama anda lebih terkenal dan tarik lebih ramai pelanggan untuk beli produk dan perkhidmatan daripada anda!

7 Idea Pemasaran SMS Untuk Kembangkan Jenama Anda

1. Beri mesej alu-aluan ke program SMS anda

Mesej alu-aluan anda ialah tanggapan pertama yang anda pamerkan pada pelanggan baharu.

Gunakan kata-kata aluan yang mesra supaya pelanggan lebih selesa untuk berinteraksi.

Anda juga boleh tarik pelanggan untuk segera berbelanja dengan menawarkan diskaun istimewa sempena pendaftaran ahli baharu.

2. Hantarkan Mesej Peringatan Abandoned Cart

Tahukah anda, kira-kira 7 daripada 10 pelanggan cenderung untuk abaikan cart mereka bila membeli-belah secara atas talian?

Jadi, adalah tanggungjawab anda untuk mengajak pelanggan supaya checkout segera barangan yang sudah lama berada dalam cart mereka.

Anda juga boleh tawarkan penghantaran percuma secara berkala dalam peringatan tersebut untuk tarik minat pelanggan supaya membeli daripada jenama anda.

3. Kongsikan Pautan Kandungan Menarik

Selain menawarkan promosi, anda juga boleh gunakan pemasaran SMS untuk berkongsi kandungan atau tips menarik daripada laman web anda.

Ini juga merupakan salah satu cara untuk tingkatkan lagi aliran trafik ke laman web anda di samping mendedahkan pelanggan mengenai jenama anda.

4. Hantar Teks Mesej Selepas Membuat Pembelian

Selepas pelanggan buat pembelian, anda boleh hantarkan teks mesej mengenai status pesanan mereka. Anda juga boleh sediakan pautan supaya mereka dapat jejak pesanan dengan lebih mudah.

5. Tawarkan Promosi Ketika Musim Percutian/Perayaan

Musim percutian atau perayaan sememangnya cukup sinonim dengan jualan di merata tempat. Memang tak dinafikan ramai yang cenderung untuk berbelanja lebih pada tempoh ini.

Inilah masa yang sesuai untuk anda turut menawarkan diskaun waktu terhad kepada pelanggan menerusi pemasaran SMS.

Pelanggan pasti teruja untuk berbelanja dengan kod diskaun atau penghantaran percuma daripada jenama anda!

6. Minta Review / Ulasan Daripada Pelanggan 

Maklumbalas daripada pelanggan adalah sangat penting bagi memastikan produk serta perkhidmatan yang anda tawarkan dapat dibaiki dari semasa ke semasa.

Pelanggan juga pasti harga tindakan anda yang mengambil berat tentang pengalaman mereka dengan anda.

Jadi selepas pelanggan gunakan jenama anda, adalah idea yang baik untuk hantarkan SMS agar pelanggan dapat kongsikan pandangan mereka.

7. Ganjaran Hari Jadi 

Pelanggan cukup sukakan ganjaran, lebih-lebih lagi yang bersifat peribadi. Oleh sebab itu, banyak jenama yang tawarkan ganjaran Hari Jadi untuk tingkatkan kesetiaan pelanggan.

Anda juga boleh lakukannya dengan menawarkan kod diskaun Hari Jadi kepada pelanggan menerusi pemasaran SMS.

Terdapat banyak cara pemasaran SMS yang anda boleh praktikkan untuk meluaskan lagi capaian pelanggan di samping membuatkan jenama anda lebih dikenali ramai.

Bagi anda yang belum mulakan pemasaran SMS untuk jenama, jom daftar pakej pemasaran SMS yang berbaloi dengan SMS Niaga!

Dengan ciri-ciri menarik yang kami tawarkan, kami yakin ia dapat membantu melonjakkan lagi potensi perniagaan anda. Hubungi kami segera untuk ketahui dengan lebih lanjut!

4 Faedah Terbaik Menggabungkan Pemasaran E-mel dengan SMS

Pada zaman teknologi di hujung jari ini, satu saluran pemasaran tidak cukup untuk mencapai pelanggan. Bagi mengembangkan potensi perniagaan, anda perlulah merangka strategi pemasaran yang bernas untuk bersaing dengan jenama lain.

Salah satu kaedah terbaik adalah dengan menggabungkan pemasaran SMS dan e-mel untuk berkomunikasi dengan pelanggan.

Walaupun kedua-dua saluran ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing, namun anda hanya akan dapati keberkesanannya bila digabungkan bersama.

Tambahan pula, pelanggan lebih gemar untuk berinteraksi dengan jenama yang mempraktikkan penggunaan saluran yang pelbagai atau omnichannel berbanding jenama yang bergantung pada satu saluran pemasaran sahaja.

Pemasaran SMS sudah menjadi keperluan bagi ramai peniaga kerana sifatnya yang fleksibel serta tinggi kadar bacaan serta engagement daripada penerima.

Pemasaran e-mel pula memberikan manfaat pada sesebuah jenama dengan meningkatkan kredibiliti sesebuah jenama dan mampu meningkatkan trafik ke laman web.

Di sini kami ingin kongsikan beberapa faedah apabila anda gabungkan kedua-dua platform pemasaran ini.

4 Faedah Terbaik Menggabungkan Pemasaran E-mel dengan SMS

1. Data Boleh Disesuaikan Antara Satu Sama Lain

Gabungan kedua-dua kaedah pemasaran ini membolehkan anda untuk gunakan data daripada satu saluran untuk satu saluran yang lain.

Sebagai contoh, sekiranya pelanggan berminat untuk terima SMS mengenai promosi barangan bayi, anda boleh gunakan informasi ini untuk kemaskini profil pelanggan di senarai e-mel supaya pelanggan tersebut dapat diutamakan untuk terima promosi yang berkaitan dengan minat mereka

2. Dapat Tingkatkan Engagement Dengan Lebih Baik

Penggunaan kedua-dua saluran pemasaran ini untuk sampaikan mesej yang sama juga dapat membantu anda untuk tingkatkan engagement pelanggan.

Sebagai contoh, anda boleh hantarkan hebahan tentang jualan kilat menerusi e-mel. Kemudian, anda juga boleh hantarkan SMS sebagai peringatan buat pelanggan sehari sebelum hari jualan.

Dengan cara ini, kedua-dua saluran dapat digabungkan bagi meningkatkan engagement pelanggan untuk berinteraksi dengan jenama anda.

3. Capaian Pelanggan Yang Lebih Berkesan

Walaupun ramai yang gemarkan pemasaran omnichannel, namun esetengah pelanggan gemar untuk berinteraksi pada satu saluran sahaja.

Jadi, bila anda gunakan kedua-dua saluran, anda boleh kenalpasti saluran yang lebih digemari pelanggan dengan lebih terperinci.

Dengan menggerakkan kedua-dua saluran pemasaran ini, anda boleh jejak kadar bukaan serta engagement bagi setiap satu.

Berdasarkan laporan yang diterima, anda boleh kategorikan pelanggan mengikut saluran pemasaran yang mereka lebih suka.

Ini dapat membantu jenama anda tingkatkan kepuasan pelanggan dan mengurangkan risiko SMS atau e-mel di’opt-out’ atau ditanda sebagai spam oleh pelanggan.

4. Memilih medium yang betul boleh meningkatkan pengalaman pelanggan.

Seperti yang dinyatakan tadi, kedua-dua pemasaran SMS serta e-mel mempunyai kelebihan masing-masing. Jadi, anda boleh manfaatkan kedua-duanya bergantung kepada kempen pemasaran yang anda ingin jalankan.

E-mel lebih sesuai untuk dihantar sekiranya anda ingin sampai maklumat yang lebih banyak dalam satu masa.

Ia juga lebih sesuai jika anda ingin sampaikan perkembangan mengenai jenama. Anda boleh rancang untuk menggunakan e-mel bagi :

  • Permintaan maklum balas / review
  • Pengenalan terperinci mengenai produk
  • Cerita tentang orang, produk atau jenama anda

Mesej teks yang bersifat pendek pula lebih sesuai digunakan untuk menghantar maklumat segera atau komunikasi masa nyata yang memerlukan interaksi pelanggan seperti:

  • Peringatan
  • Makluman keselamatan
  • Pengesahan
  • Pemberitahuan penghantaran atau penghantaran

Bila anda bercadang untuk gabungkan kedua-dua saluran pemasaran ini, fikirkan cara terbaik agar ia dapat membantu anda tingkatkan engagement dengan pelanggan sebanyak mungkin.

Di sini kami ingin kongsikan satu contoh gabungan pemasaran SMS dan e-mel yang anda boleh ikuti.

Pemasaran E-mel

Contoh Gabungan Pemasaran SMS dan E-mel Yang Baik

Ambil contoh sebuah syarikat yang ingin adakan kempen pemasaran untuk mengajak pelanggan sertai larian amal. Ini antara cara-cara serta turutan yang mereka boleh lakukan untuk hantarkan SMS dan e-mel kepada pelanggan.

1. Mulakan dengan Kempen E-mel

Dalam e-mel tersebut, syarikat boleh jelaskan tujuan larian amal dan mengapa ia penting untuk jenama mereka. Kemudian, mereka boleh hantarkan satu lagi e-mel untuk kongsikan butiran program tersebut seperti lokasi, cara menderma dan cara mendaftar.

2. Hantarkan SMS Susulan

Kemudian, syarikat ini boleh hantarkan pemasaran SMS menjelang tarikh larian amal bagi mengingati peserta di samping membuat mereka teruja untuk hadiri program tersebut.

3. Kekalkan Engagement Dengan SMS dan E-mel Yang Tepat

Selepas menghantar SMS, syarikat ini boleh hantarkan follow-up e-mail untuk kongsikan laluan larian serta lokasi tempat letak kereta pada hari tersebut.

Beberapa hari sebelum program larian amal berlangsung, syarikat ini boleh hantarkan SMS “Jumpa anda di sana!” untuk mengingatkan pelanggan pada saat akhir.

Pemasaran E-mel

Dengan gabungan kedua-dua saluran ini, anda boleh sesuaikan masa penghantaran agak kedua-dua saluran dapat mencapai pelanggan pada waktu yang sesuai.

Jangan hantarkan e-mel dan SMS pada masa yang sama! Sebaliknya, berikan masa untuk setiap satu saluran capai pelanggan untuk tingkatkan keberkesanan yang tinggi.

Bagi yang berminat untuk lonjakkan lagi jenama serta perniagaan anda menerusi pemasaran SMS dan e-mel, kami sedia menawarkan produk SMS Niaga dan Mail Niaga dengan ciri-ciri yang menarik serta harga yang berpatutan.

Jangan tunggu lagi, hubungi kami segera untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai produk pemasaran digital daripada kami!

Sumber : constantcontact.com

Contoh-Contoh Mesej Teks Automatik Yang Anda Perlu Tahu

Pemasaran SMS merupakan saluran yang baik untuk anda mencapai pelanggan. Ia sangat mudah digunakan dan mempunyai engagement rate yang sangat tinggi berbanding saluran pemasaran lain.

Ramai usahawan yang turut memanfaatkan kelebihan mesej automatik untuk berinteraksi dengan pelanggan serta membuatkan jenama mereka lebih terkenal.

Apa Itu Mesej Automatik?

Mesej teks automatik ialah mesej yang dibuat berdasarkan beberapa kriteria sebelum dihantar secara automatik kepada pelanggan.

Mesej teks automatik boleh dijadualkan mengikut waktu yang bersesuaian dan bergantung kepada keperluan kempen pemasaran.

Mesej juga boleh dihantar sejurus selepas pelanggan berinteraksi dengan jenama contohnya selepas membuat pembelian atau selepas mendaftar kali pertama.

Melalui mesej teks automatik, perniagaan juga boleh berhubung dengan pelanggan melalui mesej yang diberikan sentuhan peribadi (personalize).

Jadi, secara tidak langsung, pemasaran SMS  membolehkan perniagaan menjalin hubungan yang lebih baik dengan pelanggan mereka secara terus dan menjimatkan kos.

Terdapat ramai usahawan yang aktif menggunakan mesej automatik dalam perniagaan mereka terutamanya yang terlibat dalam kegiatan e-commerce.

Jom kita semak beberapa contoh mesej teks automatik sebagai inspirasi untuk anda gunakan dalam pemasaran SMS.

Contoh-Contoh Mesej Teks Automatik 

Berikut adalah beberapa cara terbaik untuk menggunakan mesej teks automatik dalam perniagaan anda.

Minta Maklumbalas Pelanggan 

Hai [nama pertama]! Terima kasih kerana membeli belah bersama kami. Jom kongsikan review anda di pautan ini.

Diskaun Peribadi

Hai [nama pertama]! Kami dari [nama jenama]. Kod diskaun 10% eksklusif anda ialah: [kod]. Jangan lepaskan peluang, beli sekarang di [pautan]. Sah sehingga [tarikh tamat].

Tawaran Istimewa

Tinggal 2 jam lagi untuk mendapatkan diskaun 40% untuk pesanan anda di [nama jenama]! Gunakan kod: [kod] semasa pembayaran! Jualan tamat malam ini [tarikh]! [pautan]

Pemakluman Tentang Jualan

Tawaran terhad kami masih berjalan. Beli [nama bundle] dan terima [nama item] sebagai hadiah percuma. Klik pautan ini untuk mengakses sekarang [pautan].

Contoh Mesej Teks

Pengesahan Pesanan

Hai [nama pertama]! Terima kasih kerana membeli-belah di [nama jenama]. Kami akan maklumkan kepada anda apabila pesanan anda sedang dalam perjalanan. Jejak pesanan anda di sini[pautan].

Peringatan Abandoned Cart

Hai [nama pertama]! Adakah anda terlupa tentang item dalam cart anda? Jom checkout dengan baucer penghantaran percuma! Hanya masukkan [kod] semasa pembayaran.

Mesej Alu-Aluan

Hai, [nama pertama]! Terima kasih kerana mendaftar dengan [nama jenama]. Ini baucar diskaun 10% sebagai tanda penghargaan. Masukkan [kod] semasa pembayaran.

Peringatan Janji Temu

Hai [nama pertama]! Janji temu anda dengan [nama jenama] adalah pada [tarikh] jam [masa] telah berjaya ditempah. Hubungi [nombor telefon] untuk langkah yang seterusnya. Jumpa nanti!

Contoh Mesej Teks

Terdapat pelbagai mesej teks automatik yang anda boleh cuba untuk capai pelanggan menerusi SMS.

Mesej teks automatik perlulah dikarang secara ringkas dan mudah difahami untuk menarik penerima membacanya.

Sebelum anda blast, pastikan anda semak beberapa kali bersama rakan sekerja supaya nada dan gaya bahasa yang digunakan bersesuaian untuk pelanggan. Barulah nampak lebih profesional!

Bagi anda yang baru ingin mulakan pemasaran SMS, jom cuba produk SMS Niaga! Kami sedia menawarkan harga pakej yang berbaloi dengan ciri-ciri yang menarik. Hubungi kami segera untuk ketahui dengan lebih lanjut!

Sumber: omnisend.com

3 Cara Menarik Untuk Libatkan Pelanggan Dalam Kempen Pemasaran Digital Anda

Pemasaran digital merupakan platform yang baik untuk mencapai pelanggan dan mengembangkan lagi perniagaan anda.

Untuk memastikan kempen pemasaran berjaya, anda perlulah cari jalan untuk melibatkan pelanggan.

Usaha ini pasti akan buatkan mereka lebih tertarik untuk mencuba dan berkongsi jenama anda di pelbagai platform lebih-lebih lagi di media sosial.

Jadi, bila anda ingin merangka kempen pemasaran, anda bolehlah sertakan bersama elemen menarik yang melibatkan interaksi serta penglibatan pelanggan.

Di sini kami kongsikan 3 cara menarik yang anda boleh cuba untuk libatkan pelanggan dalam kempen pemasaran digital anda.

Kempen Pemasaran Digital

3 Cara Menarik Untuk Libatkan Pelanggan Dalam Kempen Pemasaran Digital Anda

Berinteraksi Dengan Aktif di Media Sosial

Pada zaman ini, media sosial tak hanya digunakan secara peribadi malah ia juga dimanfaatkan oleh peniaga dan usahawan untuk tujuan pemasaran.

Untuk libatkan pelanggan di laman perniagaan anda, anda sangat digalakkan untuk berinteraksi dengan lebih aktif bersama mereka.

Luangkan masa untuk balas komen atau DM secepat mungkin supaya pelanggan terus berminat dengan produk anda.

Anda juga boleh cetuskan perbincangan menarik bersama pengikut serta pelanggan di page anda.

Contohnya jika anda merupakan syarikat yang tawarkan pakej percutian, anda boleh bincangkan topik seperti lokasi menarik yang pelanggan pernah pergi dan sebagainya.

Buat Mereka Ketawa

Selain untuk berhubung, media sosial juga sering menjadi tempat untuk pengguna melepaskan stres dengan membaca kisah kelakar dan video yang mencuit hati.

Untuk tingkatkan interaksi dengan pelanggan, tidak salah untuk selitkan bersama unsur-unsur jenaka di laman media sosial jenama anda. Pastikan hantaran tersebut berkait dengan jenama anda, ya!

Sebagai contoh, sekiranya anda merupakan pemilik restoran, anda mungkin boleh kongsikan meme yang ramai pengguna boleh relate bila makan di luar.

Hantaran sebegini pastinya bakal meningkatkan engagement bagi page anda di samping menggalakkan interaksi yang lebih aktif dan mesra daripada pelanggan.

Hubungan baik yang anda cetuskan ini dapat membantu mereka untuk mengingati jenama anda.

Sekiranya hantaran anda tular, makin cerahlah peluang untuk anda mendapat lebih ramai pengikut dan pelanggan.

Kempen Pemasaran Digital

Berikan Mereka Ganjaran

Program ganjaran atau giveaway ialah cara terbaik untuk memulakan hubungan dua hala yang baik antara jenama anda dan pelanggan.

Selain meningkatkan penglibatan serta interaksi pelanggan, memberi ganjaran kepada mereka di media sosial ialah satu lagi cara yang bagus untuk buatkan jenama anda semakin dikenali.

Jangan lupa untuk sertakan syarat giveaway kepada pengikut seperti follow page, share post dan tag rakan-rakan supaya ramai yang lebih tahu kewujudan page untuk jenama anda. Gerenti berkesan!

Kempen Pemasaran Digital

Terdapat banyak cara yang anda boleh pratikkan untuk libatkan pelanggan dalam kempen pemasaran anda. Manfaatkan laman media sosial anda sebaiknya untuk capai pelanggan dan berinteraksi dengan mereka.

Tak rugi untuk anda cuba kerana ianya pasti bakal memberikan impak yang positif kepada jenama anda.

Untuk memastikan kempen pemasaran berkesan, anda perlulah merangka kandungan serta aktiviti menarik yang pelanggan boleh sertai.

Selain di media sosial, anda juga boleh sediakan pelbagai kandungan menarik dengan menubuhkan website khas untuk jenama anda.

Kami sedia membantu untuk membangunkan website bagi jenama anda dengan features yang menarik. Hubungilah kami segera!