5 Strategi Kempen Pemasaran SMS Untuk Maksimakan Penglibatan Pelanggan

Nur Amrina Rasyada
Nur Amrina Rasyada

Anda bercadang untuk gunakan pemasaran SMS bagi meningkatkan hasil jualan? Ia sememangnya merupakan saluran yang baik dan terbukti mampu mengembangkan sesuatu perniagaan.

Namun, ia tidak boleh dihantar sewenang-wenangnya tanpa sebarang perancangan.

Ia perlu dijadualkan sebaiknya supaya sampai kepada pelanggan yang tepat pada waktu yang optimum.

Berikut ialah 5 strategi pemasaran SMS untuk tingkatkan penglibatan pelanggan.

Strategi Kempen Pemasaran SMS Untuk Maksimakan Penglibatan Pelanggan

1. Tetapkan Senarai Pelanggan Untuk Terima SMS

Hanya kerana anda mempunyai senarai nombor pelanggan, ini tidak bermakna anda boleh menghantar SMS sesuka hati pada mereka.

Sesetengah pelanggan juga mungkin tidak gemar penggunaan SMS untuk berkomunikasi dengan anda.

Sebaliknya, anda perlulah mendapatkan kebenaran daripada pelanggan. Selain untuk mengelakkan nombor anda diblock, ini juga akan menjamin keberkesanan kempen pemasaran SMS.

Cara terbaik untuk menarik minat pelanggan bagi menyertai program pemasaran SMS anda ialah dengan menawarkan insentif menarik seperti sampel percuma dan diskaun ekslusif.

Anda juga boleh sasarkan kempen produk kepada pelanggan dengan minat spesifik.

Sebagai contoh, jika pelanggan anda minat membeli barangan kucing, anda boleh hantarkan SMS untuk promosikan syampu kucing terbaru daripada jenama anda.

Kempen Pemasaran SMS

2. Menyediakan Tawaran dan Promosi Eksklusif

Sebaik sahaja anda mendapat senarai pelanggan, jangan buang masa. Tawarkan pelbagai promosi serta diskaun supaya mereka terus berminat dengan jenama anda.

Anda juga boleh kekalkan interaksi SMS dengan menubuhkan keahlian VIP untuk pelanggan setia. Mereka pasti lebihterbuka untuk sertai program ini kerana sudah biasa dengan jenama anda.

3. Sertakan Call-To-Action

Jangan biarkan pelanggan keliru apabila membaca SMS daripada anda. Hampir semua mesej pemasaran teks perlu mengandungi Seruan Tindakan (CTA) yang jelas.

CTA ini boleh jadi ‘Balas untuk mendaftar’, ‘Panggil 123.456.7891,’ ,‘Tunjukkan teks ini kepada staff kami’ atau ‘Layari[Pautan Dipendekkan].’

Adalah penting untuk menggunakan pemendek pautan semasa menghantar pautan web dalam mesej teks. Ini bagi memastikan teks anda nampak lebih profesional dan kemas.

4. Menganalisis dan Mengulang

Untuk memastikan kempen pemasaran anda berkesan, anda perlulah menganalisa penerimaan pelanggan terhadap SMS yang anda hantar.

Pemasaran SMS menawarkan kelebihan dengan adanya laporan SMS mengenai respon pelanggan seperti kadar penghantaran yang berjaya, gagal dan sebagainya.

Anda juga mengambil kira pelbagai data seperti sejarah pembelian pelanggan dan jumlah pembelian untuk memudahkan anda menyasarkan kempen pada akan datang.

5. Tambahkan Unsur Personal Dalam SMS 

Unsur personal mungkin dianggap remeh namun ia merupakan salah satu elemen penting yang boleh menarik minat pelanggan dalam pemasaran SMS. Menurut perkongsian daripada podium.com, rata-rata 72% pelanggan hanya akan berinteraksi dengan personalized SMS sahaja berbanding SMS biasa.

Gunakan nada yang mesra dan letakkan nama panggilan pelanggan pada awal mesej untuk tarik perhatian pelanggan. Kekalkan momentum positif dengan memberi respon pantas dan interaksi yang baik.

Dengan perancangan serta strategi yang baik, pemasaran SMS anda pasti akan berjaya. Gunakan saluran ini untuk berikan tawaran ekslusif serta khidmat pelanggan yang terbaik agar pelanggan tertarik dengan jenama anda.

Jangan lupa untuk tetapkan waktu penghantaran yang sesuai. Seeloknya, hantarkan SMS pada waktu bekerja bagi menghormati waktu pelanggan.

Pastikan kandungan SMS anda ringkas dan mudah difahami. Semak dahulu kandungan sebelum blast kepada pelanggan.

Kempen Pemasaran SMS

Pada mulanya, mungkin anda dapati agak sukar untuk biasakan diri bagi mengendalikan pemasaran SMS. Namun, ia tidaklah sesukar yang disangka!

Dengan sedikit bimbingan, anda pasti boleh uruskannya sendiri di hujung jari!

Ingin rasai keberkesanan pemasaran SMS untuk perniagaan anda? Jom cuba produk SMS Niaga daripada kami.

Dengan harga pakej yang berbaloi serta ciri-ciri yang menarik, ia pasti dapat membantu lipatgandakan lagi hasil jualan anda. Hubungi kami segera untuk ketahui dengan lebih lanjut!

Hakcipta terpelihara 2019 – SMS Niaga
Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)