5 Inspirasi Yang Boleh Dihadamkan Untuk Memacu Hasil Pemasaran Teks Anda

Nur Amrina Rasyada
Nur Amrina Rasyada

Pemasaran SMS kian menjadi pilhan ramai pemilik jenama untuk mencapai pelanggan. Ia juga mempunyai pelbagai kelebihan dalam meningkatkan reputasi serta kualiti khidmat pelanggan. 

Di sini kami ingin kongsikan beberapa inspirasi penggunaan pemasaran SMS daripada jenama lain yang boleh memacu prestasi perniagaan anda. 

5 Inspirasi Untuk Memacu Hasil Pemasaran Teks

1. Produk Baru

Pemasaran SMS adalah platform yang baik untuk anda war-warkan mengenai produk terbaru daripada jenama anda. 

Anda boleh hantarkan SMS beserta pautan untuk memudahkan pelanggan buat pembelian segera di laman web anda.

Seperti yang dilakukan oleh ELOQUII, jenama pakaian plus-size yang popular di Amerika Syarikat, mereka mengambil inisiatif untuk menghantar mesej kepada pelanggan pada setiap hari Isnin sempena Cyber Monday.

Dalam mesej tersebut, ELOQUII memberitahu pelanggan tentang rangkaian produk baharu dengan cara yang menarik. 

Mereka juga selitkan elemen mendesak untuk menggesa pelanggan supaya buat pembelian segera. 

2. Tempoh Jualan Khas Yang Lebih Lama

Biasanya kita mendengar banyak jenama melancarkan jualan pada satu tarikh sahaja. 

Untuk tingkatkan trafik ke laman web dan jana lebih banyak hasil jualan, anda juga boleh adakan kempen jualan selama beberapa hari menerusi pemasaran SMS.

Sebagai contoh, Revel Nail iaitu jenama produk kecantikan kuku mengambil inisiatif untuk lancarkan ’12 Days of Revel’ iaitu jualan tahunan istimewa yang berlangsung selama 12 hari. 

Pada setiap hari semasa kempen berlangsung, jenama ini menawarkan tawaran istimewa berserta hadiah percuma bagi setiap pembelian. 

Untuk melancarkan kempen ini, Revel Nail menghantar mesej kepada pelanggan sehari sebelum jualan berlangsung.

Pelanggan juga diminta untuk opt-in supaya dapat menerima mesej secara ekslusif mengenai jualan ini. Strategi ini membolehkan Revel Nail untuk meningkatkan interaksi dengan pelanggan setia mereka sepanjang kempen. 

pemasaran teks

3. Tawaran Masa Terhad

Manfaatkan pemasaran teks yang dapat menjangkau pelanggan secara terus untuk tawarkan promosi masa terhad buat mereka.

Sebuah jenama barangan alat tulis, Paper Source manfaatkan pemasaran SMS mereka untuk war-warkan mengenai tawaran masa terhad sempena Black Friday kepada pelanggan.

 Paper Source juga menghebahkan jualan yang berlangsung di dua platform dalam satu hantaran SMS iaitu secara dalam talian dan di cawangan kedai mereka. 

Ini boleh meningkatkan peluang mereka untuk dapatkan lebih ramai pelanggan pada tempoh tersebut.

4. Peringatan Troli Terbengkalai

Tahukah anda 7 daripada 10 pelanggan cenderung untuk tinggalkan barangan dalam troli? 

Jangan sia-siakan hasrat pembeli yang berminat dengan produk anda. 

Hantar teks untuk ingatkan pelanggan tentang item yang mereka tinggalkan dalam troli mereka.

 Sertakan bersama pautan ke troli untuk mudahkan mereka buat pembelian.

DIFF Eyewear, peruncit cermin mata dan cermin mata hitam sering mengambil inisiatif untuk hantar peringatan secara automatik kepada pelanggan pemesejan teks yang telah meninggalkan item dalam troli beli-belah dalam talian mereka.

Mereka juga meletakkan ayat Call-To-Action yang jelas untuk menggesa tindakan pantas daripada pelanggan. 

pemasaran teks

5. Tawaran Perkhidmatan Tambahan

Anda juga boleh tingkatkan interaksi serta minat pelanggan dengan menawarkan perkhidmatan tambahan kepada mereka.

Sebagai contoh, Boot Barn menghantar mesej teks kepada pelanggan SMS untuk perkenalkan perkhidmatan tambahan iaitu balutan hadiah serta kad ucapan peribadi. 

Ini juga merupakan salah satu teknik untuk tingkatkan kesedaran pengguna terhadap perkhidmatan atau produk yang mereka mungkin perlukan.

pemasaran teks

Pemasaran SMS tidak hanya terikat untuk tujuan promosi sahaja.

Ada banyak mesej yang anda boleh hantarkan bagi meningkatkan interaksi dengan pelanggan. 

Walaupun mesej yang dihantar tidak berunsur promosi, namun ia juga boleh menjana interaksi dan pembelian pelanggan secara berkesan. 

Berminat untuk pasarkan produk anda menerusi pemasaran teks? Hubungi kami segera untuk dapatkan harga pakej terbaik. 

Sumber : attentive.com

Hakcipta terpelihara 2019 – SMS Niaga
Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)