4 Tips Komunikasi Terbaik Untuk Tingkatkan Kesetiaan Pelanggan Terhadap Jenama Anda

Nur Amrina Rasyada
Nur Amrina Rasyada

Kenapa komunikasi dengan pelanggan adalah penting untuk perniagaan?

Komunikasi yang baik dapat menjadi penghubung kukuh antara jenama kita dengan pelanggan.

Selain bagi membina kepercayaan pelanggan, komunikasi yang baik juga dapat menyerlahkan lagi jenama kita secara positif.

Secara tidak langsung, jenama kita juga akan lebih dikenali dan tampak lebih profesional.

Mari kita lihat 4 tips komunikasi yang boleh memberi kesan kepada kesetiaan jenama anda dan pengekalan pelanggan.

4 Tips Komunikasi Terbaik Untuk Tingkatkan Kesetiaan Pelanggan Terhadap Jenama Anda

1. Peribadikan Komunikasi Dengan Pelanggan Anda

Pemasaran SMS merupakan salah satu strategi yang berkesan untuk mencapai pelanggan serta mengekalkan interaksi bersama mereka.

Lebih-lebih lagi,  bila anda gunakan personalized message dalam teks, pelanggan pasti akan rasa lebih selesa dan cenderung untuk menggunakan produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan.

Selain meletakkan nama panggilan pada teks, anda juga boleh hantarkan mesej ekslusif seperti ucapan serta ganjaran khas sempena Hari Jadi.

2. Kongsikan Update

Ramai peniaga yang risau pelanggan akan rasa rimas jika kita kongsikan perkembangan terbaru mengenai jenama kita.

Namun, perkongsian secara berkala boleh menjadi bukti usaha syarikat anda untuk menjadi bertambah baik untuk kepuasan pelanggan.

Sebagai contoh, anda boleh hantarkan e-mel untuk perkenalkan ciri-ciri atau produk baharu yang menarik daripada syarikat anda.

Tips Komunikasi

3. Tawarkan Perkhidmatan Pelanggan Yang Proaktif

Semakin cepat anda dapat berikan penyelesaian kepada pelanggan, semakin mudah untuk anda kekalkan kesetiaan dengan mereka.

Mengesan isu dan menjangkakan soalan dari pelanggan lebih awal boleh membantu anda untuk bersedia hadapi pelanggan  supaya isu dapat ditangani dengan lebih pantas.

Selain menugaskan team Customer Support, anda juga boleh wujudkan live chat atau chat bot untuk membantu anda kendalikan masalah yang dihadapi pelanggan secepat mungkin.

4. Layan Pelanggan Dengan Mesra Di Semua Platform 

Pelanggan pasti akan lebih tertarik dengan jenama yang terbuka dan melayan mereka dengan mesra seperti kawan.

Anda boleh manfaatkan kempen seperti giveaway dan pertandingan di media sosial untuk tingkatkan interaksi bersama mereka.

Selain itu, anda juga boleh ajukan soalan kepada mereka supaya mereka boleh kenali jenama kita dengan lebih lanjut dalam suasana santai.

Sebuah kajian daripada Conductor mendapati 131% pelanggan akan cenderung untuk berbelanja daripada jenama yang memberikan pengenalan kepada produk dan perkhidmatan mereka.

Cara-cara ini juga akan melipatgandakan lagi awareness serta kadar engagement anda dengan pelanggan sedia ada dan baharu.

Tips Komunikasi

Di samping komunikasi yang baik, potensi perniagaan anda juga akan meningkat bila anda aktif mencapai pelanggan menerusi pelbagai platform sambil menawarkan khidmat pelanggan yang berkualiti.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda kembangkan lagi potensi perniagaan anda. Selamat mencuba!

 

Hakcipta terpelihara 2019 – SMS Niaga
Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)