Ya, kredit akan ditolak kerana status pending hanya untuk delivery report. Sistem kami menunggu respon daripada pihak Telco untuk mengesahkan sama ada SMS tersebut berjaya atau gagal diterima oleh penerima.
Bagaimana cara untuk memendekkan link?
Anda boleh menggunakan https://go.my sebagai pelayan pendek link.
Bolehkah saya masukkan link ke dalam SMS?
Ya, anda boleh masukkan link kerana shortcode kami telah mendapat kelulusan daripada MCMC.
Saya telah melakukan reload, tetapi kredit saya belum bertambah. Mengapa?
Kredit SMS akan dikemaskini secara manual oleh pasukan kami. Untuk mempercepat proses kemaskini, sila maklumkan di group support yang disediakan.
Bagaimana cara menggunakan fungsi personalized?
Untuk menggunakan fungsi personalized, ikuti langkah-langkah berikut:
- Muat naik senarai nombor ke dalam sistem.
- Pilih senarai penerima yang telah dimuat naik dalam bahagian Group Tag atau Group Name.
- Tandakan kotak Personalized dan gunakan tag yang disediakan.
Kenapa Kredit SMS menjadi negatif?
Kredit SMS menjadi negatif disebabkan SMS yang dihantar tidak dimulakan dengan “RM0<jarak>NamaBrand”, yang menyebabkan pihak Telco mengenakan caj tambahan secara rawak.
Mengapa nombor telefon dipaparkan sebagai “6.011163E+11” di bahagian nombor HP?
Paparan “6.011163E+11” adalah format standard dalam Excel untuk nombor telefon yang mempunyai 11 angka atau lebih. Ini bermaksud bahawa nombor telefon tersebut masih sah, tetapi dipaparkan dalam format saintifik oleh Excel.
Apakah langkah untuk membuang nombor “duplicate” pada bahagian akhir blast SMS?
Anda boleh membuang nombor “duplicate” dengan mudah. Cukup tandakan pada pilihan “Remove Duplicate Contacts” di bahagian akhir blast SMS.