Dalam zaman teknologi ini, halatuju pemasaran untuk perniagaan anda perlulah selari mengikut trend. Antara trend pemasaran digital yang menjadi pilihan ramai usahawan adalah pemasaran SMS.
Meskipun ia merupakan aplikasi telefon yang sudah lama wujud, namun ciri-ciri SMS yang unik menjadikan ia platform ideal untuk mencapai pelanggan dengan lebih berkesan.
Banyak data yang telah membuktikan keberkesanan pemasaran SMS dari aspek engagement serta kadar bacaan yang tinggi sehingga boleh mengatasi platform lain seperti e-mel atau panggilan telefon.
Sekiranya anda mendaftar SMS Niaga V2 bersama kami, anda juga mempunyai kelebihan istimewa iaitu integrasi WooCommerce dalam pemasaran SMS.
Kelebihan ini membolehkan anda untuk selarikan kempen pemasaran di dua platform iaitu website Ecommerce dan pemasaran SMS. Ini juga membolehkan anda untuk tujukan mesej secara lebih spesifik mengikut keperluan kempen.
Di sini kami ingin kongsikan cara untuk tambahkan integrasi WooCommerce untuk SMS Niaga V2 buat pelanggan sedia ada. Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut.
Cara Gunakan WooCommerce Webhook di SMS Niaga V2
Bahagian 1 : Cipta Integrasi Baru
- Log masuk akaun SMS Niaga di pautan manage.smsniaga.com
- Pergi ke Integrations dan tekan butang Integrations.
- Tekan Add New Integration.
- Di bahagian Choose available integration, pilih WooCommerce (Order) kemudian tekan butang Add New Integration.
- Di halaman seterusnya, pilih Yes pada ruangan Enable. Kemudian letakkan nama bersesuaian untuk Integration yang ingin anda hasilkan.
- Contoh ini menambah integrasi penghantaran notifikasi SMS untuk Order Completed sebaik pelanggan lengkapkan pembelian.
- Pilih Data Fields yang bersesuaian untuk SMS yang anda ingin hasilkan.
Untuk notifikasi dalam contoh, data bersesuaian yang boleh dipilih adalah nombor pesanan (number) dan status pesanan (status).
Nota : Ruangan Available Data Fields menunjukkan data yang berkenaan dengan proses pembelian pelanggan.
- Seterusnya karang mesej dan pastikan data fields yang dipilih diletakkan tepat dengan struktur teks yang dikarang.
- Seterusnya, skrol ke bawah dan tekan butang Choose field. Kemudian pilih status dan isikan Value dengan completed.
- Semak semua kandungan untuk pastikan semua betul. Kemudian, tekan butang Save Integration untuk lengkapkan penambahan Integrations.
Jangan tutup laman ini, ya! Sebab kita akan gunakannya lagi untuk bahagian seterusnya.
Bahagian 2 : Tambah Webhook di WordPress
- Sekarang, anda perlu ke Website untuk aktifkan Integration tadi.
- Log masuk dan pilih Woocommerce di kolum bahagian kiri. Kemudian, klik Advanced.
- Seterusnya, klik Webhooks dan tekan butang Add Webhooks.
- Isikan butiran yang diperlukan di Webhook data.
- Letakkan nama yang bersesuaian dengan Integration. Di ruangan Status, pilih Active. Pilih topic yang bersesuaian dengan Integration. Untuk contoh ini, pilih Topic Order Updated.
- Copy link Callback URL dan pastekan di ruangan Delivery URL.
- Kemudian, skrol ke bawah dan klik Save Webhook untuk lengkapkan proses.
Anda juga bebas untuk hasilkan beberapa Integrasi untuk keperluan kempen pemasaran SMS.
Antara Integrasi yang anda boleh hasilkan adalah seperti notifikasi untuk pembayaran, jejak pesanan (order tracking) dan sebagainya.
Selesai! Kini anda boleh gunakan WooCommerce Webhook dalam SMS Niaga V2 anda.
Dengan adanya ciri-ciri istimewa ini, maka lebih mudahlah anda untuk selaraskan aktiviti pemasaran di website Ecommerce dan SMS.
Ada pertanyaan mengenai perkhidmatan pemasaran SMS daripada kami atau berminat untuk mulakannya bagi jenama anda?
Hubungi kami segera untuk dapatkan harga pakej menarik serta features yang pasti menepati keperluan perniagaan anda.