Tips Marketing Murah Untuk Digunakan Pada Tahun 2023 Yang Pasti Berbaloi

Aplikasi Niaga
Aplikasi Niaga

Sejak negara beralih ke fasa endemik, banyak syarikat didapati mula bangkit kembali untuk kembangkan perniagaan masing-masing.

Bagi menstabilkan semula kedudukan perniagaan, pasti ramai usahawan yang bercadang untuk jimatkan kos dalam pelbagai sudut termasuk pemasaran.

Pada zaman teknologi di hujung jari ini, terdapat pelbagai tips serta kaedah pemasaran yang boleh dilaksanakan secara murah atau percuma.

Jom kita lihat beberapa tips marketing murah untuk dipraktikkan pada tahun 2023 yang berbaloi untuk perniagaan anda.

Tips Marketing Murah Untuk Digunakan Pada Tahun 2023 Yang Pasti Berbaloi

1. Gunakan Google Business Profile

Seperti yang kita tahu, Google merupakan tempat pertama bagi pengguna yang ingin mencari sesuatu di atas talian.

Memang rugi kalau anda tak manfaatkan penggunaan Google Business Profile secara percuma untuk perniagaan anda.

Google Business Profile membolehkan perniagaan anda untuk muncul di search results bila pengguna internet mencari produk atau perkhidmatan seperti yang anda tawarkan.

Dengan penggunaan Google Business Profile, perniagaan anda mempunyai peluang untuk muncul pada Search Engine Results Page (SERP).

Contoh di bawah menunjukkan paparan restoran yang terletak di Tacoma, Washington bila seseorang mencari kata kunci ‘Tacoma Restaurants’di Google.

Jika anda berhasrat untuk miliki Google Business Profile, anda perlulah optimakannya serta merancang untuk dapatkan review yang baik supaya ranking bisnes anda jadi lebih tinggi di Google.

2. Belajar Pemasaran Media Sosial

Pasti anda pernah mendengar tentang pemasaran melalui media sosial. Untuk mencapai pelanggan secara berkesan, anda perlulah kenalpasti platform yang paling ramai pelanggan.

Anda juga digalakkan untuk fokus pada satu platform dan belajar dengan lebih lanjut mengenainya untuk capai pelanggan dengan lebih banyak.

Laman web seperti HubSpot Academy dan SkillShare menawarkan pelbagai idea pemasaran secara percuma termasuk tutorial dan selok-belok pemasaran media sosial untuk perniagaan kecil.

3. Hasilkan Gaya Visual Tersendiri Untuk Jenama

Jenama anda pasti akan lebih mudah diingati dengan gaya visual yang unik dan tersendiri.

Antara kaedah yang jenama sering lakukan ialah penggunaan warna yang sama dengan logo syarikat dalam setiap perkongsian seperti review, pengumuman mengenai jualan atau pengenalan kepada produk terkini.

Jenama besar seperti McDonald’s dan Coca-Cola adalah antara contoh jenama yang berjaya mengekalkan identiti di pasaran dengan gaya visual yang kuat.

Penggunaan warna, grafik serta imej secara konsisten boleh membantu anda untuk turut bersaing dalam dunia perniagaan yang luas.

Canva boleh membantu anda pilih warna-warna yang sesuai untuk jenama anda.

Selain itu, anda juga boleh hasilkan pelbagai visual untuk jenama seperti website, kempen pemasaran emel, brochure dan sebagainya dengan pelan Canva’s Brand Kit yang berbayar.

Marketing Murah

4. Adakan Pertandingan di Platform Media Sosial

Pertandingan memberi peluang kepada jenama anda untuk lebih menyerlah di media sosial.

Untuk jayakan sesebuah pertandingan, anda perlulah sediakan hadiah yang menarik. Di samping itu, anda juga perlu meletakkan syarat kepada peserta untuk Like, Share dan Follow page media sosial anda.

Secara tidak langsung, pertandingan yang anda adakan bakal meningkatkan kesedaran pengguna media sosial tentang kewujudan jenama anda. Bilangan pengikut di laman media sosial anda juga akan meningkat secara drastik.

5. Gunakan Pemasaran SMS

Selain mempunyai kelebihan seperti kadar bukaan serta kadar engagement yang tinggi, ramai pemilik jenama sering menggunakan pemasaran SMS kerana kosnya yang rendah berbanding kaedah pemasaran lain.

Dengan harga serendah RM 0.08 (tak termasuk caj SST) untuk satu SMS, anda boleh mencapai ribuan pelanggan dalam sekali blast sahaja.

Untuk pastikan pemasaran SMS anda berjaya, anda perlulah jadualkan mesej yang menarik serta bermanfaat pada waktu yang sesuai.

6. Manfaatkan LinkedIn

Anda juga boleh tingkatkan kesedaran mengenai jenama anda di LinkedIn. Kongsikan informasi menarik dan relevan dengan industri perniagaan anda, sertailah forum yang diadakan dan berinteraksi bersama Connection sedia ada di laman tersebut supaya ia makin berkembang.

Marketing Murah

Pemasaran digital boleh dimanfaatkan secara kreatif untuk kembangkan perniagaan anda. Sesetengahnya juga boleh dipelajari serta dikembangkan dengan kos yang rendah. Ada juga yang percuma!

Jadi, anda perlulah rajin mencuba dan bereksperimen dengan pelbagai kaedah yang ada. Selamat mencuba!

Sumber : fitsmallbusiness.com

Hakcipta terpelihara 2019 – SMS Niaga
Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)