Bagaimana Cara Untuk Unblock Nombor Telefon Yang Pernah Anda Block

Aplikasi Niaga
Aplikasi Niaga

Mungkin anda pernah block nombor yang anda tidak kenali kerana sering mendapat mesej  yang tidak penting sehingga menimbulkan rasa rimas.

Anda juga mungkin sekat sesetengah nombor yang tak dikenali kerana risau akan kegiatan scammer yang semakin berleluasa akhir-akhir ini.

Namun, anda mungkin baru sedari yang nombor tersebut penting sehingga anda perlu unblock semula. Bagaimanakah cara mudah untuk unblock nombor, ya?

Disini kami akan kongsikan cara untuk unblock bagi membolehkan anda menerima panggilan dan mesej daripada nombor tersebut seperti biasa.

Anda hanya lakukan beberapa langkah sahaja untuk unblock Contact tertentu di telefon. Jom ikuti langkah-langkah mudah seperti di bawah!

Cara Untuk Unblock Nombor Telefon Yang Pernah Anda Block

Cara Unblock Nombor Untuk Telefon Android 

  1. Buka tetapan Phone di telefon anda.
  2. Tekan pada  More atau simbol tiga titik bertindih di bahagian sudut atas skrin.
  3. Tekan Settings kemudian pilih Blocked Numbers.
  4. Senarai nombor yang anda telah Block sebelum ini akan muncul di skrin.
  5. Tekan X pada nombor yang ingin unblock. Kemudian, lengkapkan langkah dengan menekan Unblock.

Unblock Nombor Telefon

Cara Unblock Nombor Telefon Menggunakan iPhone

  • Pergi ke aplikasi Phone iaitu ikon telefon berwarna hijau dan putih.
  • Pilih nombor telefon atau Contact yang anda ingin unblock dan klik.
  • Skrol ke bawah dan tekan perkataan ”Unblock this Caller” yang berwarna biru.

Unblock Nombor Telefon

  • Jika anda ingin Unblock nombor yang baru berhubung dengan anda, cari nombor tersebut di bahagian Recents di aplikasi Phone.
  • Tekan huruf ‘i’ berwarna biru pada bahagian kanan nombor.
  • Skrol ke bawah untuk dan tekan perkataan Unblock this Caller yang berwarna biru.

Unblock Nombor Telefon

Cara untuk Unblock bagi kedua-dua telefon bimbit Android dan iPhone tersangatlah mudah.

Sekiranya anda dapati nombor tersebut masih mengganggu, jangan risau! Anda boleh block dan unblock bila-bila masa sahaja sesuai dengan keperluan anda. Semoga perkongsian ini bermanfaat, selamat mencuba!

Hakcipta terpelihara 2019 – SMS Niaga
Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)