6 Cara Integrate SMS dalam Marketing

nazirah
nazirah

Adakah anda sedang pertimbangkan untuk guna pemasaran SMS? Dengan sifat uniknya seperti mudah untuk sampai pada pelanggan dan lebih ringkas berbanding platform pemasaran lain, ia telah membantu banyak pemilik bisnes untuk tingkatkan hasil jualan secara berkesan.

Bagi yang pertama kali ingin mula gunakan pemasaran SMS, di sini kami ingin kongsikan beberapa cara untuk integrate SMS dalam marketing. Ayuh kita semak kaedahnya.

6 Cara Integrate SMS Dalam Marketing

1. Bina Senarai Subscriber SMS

Senarai subscriber adalah antara aset terpenting untuk pemasaran SMS. Antara langkah-langkah yang anda boleh ambil untuk bina senarai subscriber yang berkualiti adalah :

  • Minta kebenaran untuk opt-in
  • Ambil tahu undang-undang yang perlu dipatuhi untuk menghantar SMS kepada pelanggan. Sentiasa peka dengan kemaskini atau perkembangan mengenai peraturan khususnya daripada MCMC.
  • Jumlah yang banyak tidak menentukan kejayaan kempen SMS. Pastikan individu yang tersenarai betul-betul berminat dengan bisnes anda. Kumpulan pelanggan sebeginilah yang boleh menyumbang kepada kejayaan setiap kempen pemasaran.

2. Gunakan Software Atau Aplikasi SMS

Kebanyakan SMS marketing tools yang boleh didapati seperti SMS Niaga sedia menawarkan kemudahan buat pemilik bisnes untuk kendalikan kempen pemasaran SMS. Pengguna bukan sahaja akan mendapat sokongan teknikal dan bantuan, malah mereka juga akan ditawarkan dengan data terperinci mengenai kempen yang dijalankan.

Ia juga mesra pengguna dan mudah untuk dikendalikan.

3. Bina Kempen SMS

Setelah anda bina senarai subscriber, hantarkan mesej berkualiti buat pelanggan dan jejak prestasi kempen menerusi laporan. Tetapkan tempoh yang sesuai untuk jalankan kempen seperti pada jualan 11.11 dan musim perayaan.

4. Tentukan Masa Penghantaran

Pilih masa dan kekerapan yang sesuai untuk anda hantarkan SMS kepada pelanggan. Anda digalakkan untuk hantar pada waktu antara 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

marketing

5. Terapkan Penghantaran Automatik Ikut Keperluan

Memetik perkongsian dari Omnisend, mesej peringatan troli terabai atau abandoned cart boleh meningkatkan kadar conversion sehingga 29 peratus!

Oleh itu, adalah penting untuk anda manfaatkan fungsi penghantaran automatik bagi pemasaran SMS. Selain abandoned cart, anda juga boleh menghantar SMS secara automatik untuk tujuan lain antaranya bagi mengumpul maklumbalas pelanggan, pengesahan pembayaran dan kemaskini status pesanan.

6. Pelbagaikan Kandungan SMS

Pemasaran SMS bukan sahaja boleh digunakan untuk hebahan promosi atau diskaun semata-mata. Sebaliknya, ia boleh dipelbagaikan untuk kelebihan bisnes anda.

Antaranya ialah untuk memberi ucapan alu-aluan kepada pelanggan, urusan khidmat pelanggan dan pemberitahuan pengumuman penting.

marketing

Walaupun SMS mempunyai had karakter, namun pemilik bisnes bebas untuk menggunakannya sesuai dengan keperluan kempen pemasaran dan hala tuju bisnes. Pastikan anda fahami panduan dan patuhi peraturan dan undang-undang sebelum memulakan pemasaran SMS. Selain untuk menawarkan diskaun dan promosi, anda juga boleh gunakan platform ini untuk tujuan lain seperti mendapatkan maklumbalas, memberikan khidmat pelanggan dan kemaskini status pesanan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda mulakan pemasaran SMS untuk bisnes anda. Selamat mencuba!

Sumber : Omnisend

Hakcipta terpelihara 2019 – SMS Niaga
Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)