Cara Mencari & Membuang Duplicates Number Di Microsoft Excel

Kadang kala, data berulang adalah penting. Namun, ia boleh menyukarkan anda dalam menyenaraikan penerima bagi pemasaran SMS.

Mustahil kalau anda nak semak nombor pelanggan satu persatu.vMemang takkan dapat selesai jika anda ada ribuan nombor untuk disemak.

Sebenarnya, terdapat cara mudah yang anda boleh lakukan untuk cari dan highlight nombor duplicate di Microsoft Excel.

Dengan cara ini, anda boleh kenalpasti duplicates number dengan lebih mudah dan membuangnya supaya tidak berlaku pertindihan data.

Ini juga akan memudahkan anda untuk uruskan data dengan lebih berkesan.

Cara Mencari & Membuang Duplicates Number Di Microsoft Excel

Kenalpasti Duplicates Number

Langkah 1: Pilih cell yang ingin disemak

Pilih cell yang ingin anda semak sekiranya ada duplicates number.

Langkah 2: Klik ‘Duplicate Value’

Pergi ke Home > Conditional Formatting >  Highlight Cells Rules > Duplicate Values.

Langkah 3: Pilih format

Pilih format yang anda ingin terapkan pada nombor duplicates, dan kemudian klik ‘OK’.

Cara Untuk Membuang Duplicates Number

Bila anda ingin gunakan features Remove Duplicate, data dpulicate yang anda padam akan hilang secara kekal. Jadi, sebelum anda padam duplicates, anda digalakkan untuk simpan satu salinan data asal ke worksheet lain.

Langkah 1: Pilih cell yang mempunyai duplicates number

Pilih cell yang mempunyai duplicates number yang anda mahu buang.

Langkah 2: Klik ‘Remove Duplicates’

Klik Data > Remove Duplicates.

Langkah 3: Tekan OK

Begitulah caranya untuk anda cari dan padamkan duplicates number dari data Excel. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda lancarkan kempen pemasaran yang berjaya untuk jenama anda.

Nak cuba pemasaran SMS untuk bisnes anda? Jom cuba perkhidmatan SMS Niaga daripada kami!

Dengan harga serendah RM 0.08 per SMS (tak termasuk caj SST), anda boleh menjangkau lebih ramai pelanggan dalam waktu yang singkat! Hubungi kami segera untuk dapatkan harga serta pakej yang menarik.

Sumber : support.microsoft.com

Cara Mengelakkan Gmail Menambah Contact Baru Secara Automatik

Terkenal sebagai salah satu platform e-mel paling popular di dunia, Gmail telah memudahkan urusan ramai pengguna dengan fungsinya serta ciri-cirinya yang mudah.

Tak kiralah sama ada anda gunakannya untuk tujuan peribadi atau bisnes, Gmail kekal sebagai penyimpan data yang baik dengan menambah semula kenalan sebagai Contact.

Untuk pengguna yang memiliki perniagaan, anda mungkin perlu export Contact untuk dianalisa atau digunakan ke aplikasi lain seperti sistem CRM atau pemasaran SMS.

Senarai dan fail contact anda boleh jadi agak panjang kerana Gmail akan menambahkan entri Contact yang baru ke address book secara automatik ketika anda membalas e-mel.

Entri automatik baru ini terdapat di Other Contact di Gmail Contacts.

Namun, anda mungkin tak perlukan semua Contact yang berhubung di Gmail untuk urusan perniagaan.

Di sini kami akan kongsikan cara untuk mengelakkan Gmail menambah contact baru secara automatik.

Cara Mengelakkan Gmail Menambah Contact Baru Secara Automatik

Cara untuk mengelakkan Gmail menambahkan alamat baru ke Contacts anda secara automatik adalah seperti berikut :

1. Pergi ke Gmail dan tekan ikon gear Setting pada sudut atas kanan.

2. Tekan See all setting.

Cara Eksport Contact Gmail Ke Excel

3. Pergi ke General Tab.

4. Skrol ke bawah sehingga anda jumpa Create contacts for auto-complete, kemudian tekan I’ll add contact myself. Cara Eksport Contact Gmail Ke Excel

5. Tekan Save Changes untuk menyimpan ubahsuai yang telah anda lakukan pada bahagian bawah halaman.

Cara Eksport Contact Gmail Ke Excel

Dengan tetapan ini, maka mudahlah anda untuk pilih Contacts secara spesifik untuk pelbagai tujuan seperti pemasaran SMS, e-mel mahupun sistem CRM.

Bagi anda yang belum ada platform pemasaran SMS atau e-mel, ayuh cuba perkhidmatan SMS Niaga dan Mail Niaga daripada Web Impian.

Kami sedia menawarkan harga pakej yang berbaloi dan menepati keperluan jenama anda. Hubungi kami segera untuk ketahui dengan lebih lanjut,

Sumber: Lifewire

Cara Mengeksport Senarai Contact Akaun Gmail Ke Fail Excel

Sebagai pengguna Gmail, anda mungkin ada keperluan untuk export senarai Google Contacts.

Mungkin anda perlu gunakannya sebagai data untuk Customer Relationship Management (CRM) atau untuk tujuan pemasaran digital seperti pemasaran SMS dan e-mel.

Walaupun kedengaran seperti rumit, namun proses untuk export Google Contacts tidaklah sesukar yang anda sangka. Anda hanya perlu ikuti beberapa langkah mudah seperti di bawah.

Cara Mengeksport Senarai Contact Akaun Gmail Ke Fail Excel

Langkah 1: Buka Google Contacts

Buka Google Contacts anda menerusi Gmail. Untuk cara mudah, boleh terus ke pautan https://contacts.google.com/ atau pergi ke Gmail anda dan pilih Contacts pada bahagian atas sebelah kanan.

Anda boleh rujuk gambar di bawah sebagai panduan.

Langkah 2 : Export

Pergi ke panel bahagian kiri. Klik more, kemudian tekan Export untuk mula export senarai Contacts.

Langkah 3: Pilih Format Eksport

Pilih salah satu format eksport mengikut keperluan anda.

  • Pilih Format Outlook CSV jika anda ingin import data ke dalam Outlook serta aplikasi lain.
  • Format Google CSV mengeksport semua data dan menggunakan ‘Unicode’ untuk mengekalkan international characters. Namun, sesetengah format seperti Outlook tidak menyokong Unicode. Pilihan ini sesuai jika anda ingin import data ke dalam akaun Google serta aplikasi lain.
  • Format vCard merupakan standard internet yang disokong oleh banyak program email dan contact seperti OS X Mail dan Contacts. Pilih format ini jika anda ingin import Contact kepada Apple Address Book atau aplikasi lain. 

Nota : Kebanyakan CRM platform seperti Clientlook boleh import data dalam format Google dan Outlook CSV file.

Langkah 4: Tekan Export

Selepas selesai memilih format eksport, tekan Export.

Langkah 5: Muat Turun Fail Contacts

Muat turun fail bernama ‘Contacts’ ke Desktop anda. Anda boleh menamakan semua fail tersebut kepada apa sahaja yang anda mahukan seperti gmail-to-outlook.csv (untuk format Outlook CSV), gmail.csv (untuk format Google CSV) atau contacts.vcf (untuk format vCard).

Data yang anda sudah export daripada Gmail ini boleh dibuka dengan mudah di Excel. Sebaik sahaja anda buka, anda mungkin dapati ada beberapa kolum data yang kosong. Namun, anda tak perlu risau.

Anda bebas untuk padam kolum yang tidak diperlukan kerana data asal tidak akan terjejas.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda yang ingin eksport  data Contacts daripada Gmail. Selamat mencuba!

Sumber : lightboxre.com

Panduan Tambah “60” Pada Nombor Telefon & Cara Kemaskini Data Mengikut Format E.164

Senarai nombor telefon yang ada pada anda mungkin tidak seragam tanpa nombor awalan yang sama. Bagaimana cara mudah untuk selaraskannya?

Selepas tuan puan mengeksport senarai nombor telefon dari Google Contact, aplikasi Contact to Excel dan mana-mana sumber database, tuan puan perlu memperbaiki senarai nombor telefon tersebut mengikut format E.164 iaitu standard nombor telefon yang digunapakai di peringkat antarabangsa. 

Dengan erti kata mudah, tutorial ini akan membantu anda tambah nombor awalan 60 pada senarai nombor telefon anda.  

Ia sangat berguna untuk tujuan pemasaran digital terutamanya pemasaran SMS. 

Mari kita lihat langkah-langkahnya. 

Panduan Tambah “60” Pada Nombor Telefon & Cara Kemaskini Data Mengikut Format E.164

Langkah 1: Copy Nombor Telefon

Pertama, anda perlu salin (copy) senarai nombor telefon dari fail .csv yang di eksport dari Google Contact, aplikasi Contact to Excel atau mana-mana sumber.

Panduan Tambah "60" Pada Nombor Telefon

Langkah 2: Paste Nombor Telefon Ke Satu Fail Excel

Kemudian, anda perlu copy Senarai nombor telefon pada satu fail Excel berasingan untuk mulakan proses pembetulan format nombor telefon.

Tip: Untuk tampal (paste) nombor telefon tersebut, tuan puan perlu Right Click, dan pilih Paste Value sahaja.

Langkah 3: Gunakan Formula Country Code

Gunakan formula =”6”&A1 untuk tambahkan kod negara (country code) secara pukal bagi keseluruhan senarai database yang belum ada kod negara (country code).

Nota: A1 ini merujuk kepada column sebelah kiri ruangan formula yang digunakan.

Panduan Tambah "60" Pada Nombor Telefon

Selepas tuan puan taip formula =”6”&, boleh terus klik pada column pertama bagi senarai database tersebut.

Langkah 4: Klik Enter

Kemudian klik enter untuk membolehkan formula tersebut digunakan.

Langkah 5

Seterusnya, anda perlu double click pada bahagian bucu bawah kanan bagi column yang tuan puan gunakan formula tersebut.

Tip: Anda juga boleh klik dan hold pada bahagian bucu bawah kanan dan tarik ke bawah untuk menambah secara keseluruhan senarai nombor tersebut.

Panduan Tambah “60” Pada Nombor Telefon

Langkah 6: Guna Formula Untuk Tukar Format Yang Betul

Untuk mengubah data kepada format yang betul, anda boleh gunakan formula =SUBSTITUTE (B1,”data asal untuk diubah”,”output akhir data”).

Panduan Tambah “60” Pada Nombor Telefon

Langkah 7

Kemudian, anda perlu double click pada bahagian bucu bawah kanan bagi column yang anda telah tetapkan formula tadi. 

Tip: Anda juga boleh klik dan hold pada bahagian bucu bawah kanan dan tarik ke bawah untuk mendapatkan senarai nombor tersebut secara keseluruhan.

Begitulah caranya untuk selaraskan senarai data nombor telefon kepada satu format. 

Dengan ini, maka lebih mudahlah untuk anda manfaatkannya untuk tujuan pemasaran perniagaan lebih-lebih lagi bagi pemasaran SMS. Selamat mencuba!