Berikut merupakan cara untuk eksport contact Gmail ke Excel sebagai rujukan semua pelanggan SMS Niaga supaya dapat difahami dengan mudah dan senang. Ikuti langkah-langkah di bawah:
Langkah 1: Buka Google Contacts
Buka Google Contacts anda. Untuk cara mudah, boleh terus ke https://contacts.google.com/ atau pergi ke Gmail anda dan pilih Contacts pada bahagian atas sebelah kanan. Rujuk gambar di bawah.
Langkah 2: Export
Di panel kiri, tekan Export.
Langkah 3: Eksport Keseluruhan Contacts
Untuk mengeksport keseluruhan Contacts, tekan anak panah drop-down untuk memilih Google Contacts Group.
Langkah 4: Pilih Format Eksport
- Format Outlook CSV mengeksport semua data dan menukar nama kepada ‘default default character encoding.’
- Format Google CSV mengeksport semua data dan menggunakan ‘Unicode’ untuk mengekalkan international characters. Namun, sesetengah format seperti Outlook tidak menyokong Unicode.
- Format vCard merupakan standard internet yang disokong oleh banyak program email dan contact seperti OS X Mail dan Contacts.
Langkah 5: Tekan Export
Selepas selesai memilih format eksport, tekan Export.
Langkah 6: Muat Turun Fail Contacts
Muat turun fail bernama ‘Contacts’ ke Desktop anda. Anda boleh menamakan semua fail tersebut kepada apa sahaja yang anda mahukan seperti gmail-to-outlook.csv (untuk format Outlook CSV), gmail.csv (untuk format Google CSV) atau contacts.vcf (untuk format vCard).