Tutorial Mudah Integrate Sistem SMS Niaga Dengan Integromat – 15 Minit Siap!

Pemasaran SMS kian menjadi keperluan ramai usahawan dalam mengembangkan jenama dan mencapai lebih ramai pelanggan.

Kelebihan SMS seperti kadar engagement serta kadar bacaan yang tinggi serta mudah dikendalikan menjadikan ia salah satu platform pemasaran digital yang ideal pada masa kini.

Untuk memudahkan tugas pemasaran, ramai usahawan yang turut menghubungkan sistem pemasaran SMS dengan Integromat.

Bagi yang belum tahu, Integromat adalah satu perisian automatik yang dapat membantu anda jalani kempen pemasaran SMS dengan lebih sistematik dan tersasar.

Antara kemudahan yang ditawarkan oleh Integromat adalah simpanan data pemasaran SMS dalam pelbagai platform seperti Close CRM, Google Sheet dan sebagainya.

Integromat juga dapat membantu dalam perlaksanaan kempen SMS secara automatik bergantung kepada aliran yang ditetapkan sendiri.

Selain dikendalikan di komputer, aplikasi Integromat juga boleh dimuat turun dari Google Play bagi membolehkan anda mengawalnya menerusi telefon bimbit.

Tanpa melengahkan masa, jom kita lihat cara mudah untuk integrate sistem SMS Niaga dengan Integromat.

Tutorial Mudah Integrate Sistem SMS Niaga Dengan Integromat

Sebelum kita mulakan tutorial lanjut, anda perlukan perkara berikut:

  • Akaun SMS Niaga V2 – daftar akaun disini
  • Akaun Integromat (boleh mulakan dengan plan yang free)

Langkah 1: Module SMS Niaga Integromat

Klik disini untuk add module Integromat SMS Niaga ke akaun Integromat anda. Add scenario baru, dan buat carian module “SMS Niaga”.

Langkah 2: Token API SMS Niaga

Untuk dapatkan token API akaun SMS Niaga v2, anda boleh ke bahagian ini Profile > API Token. Popup modal akan keluar memaparkan token yang diperlukan.

Integromat

Langkah 3: Add API Connection

Klik pada Send an SMS.

Integromat

Kemudian klik pada Add connection.

Integromat

Isikan maklumat token API di field Token. Pastikan memilih Production di dropdown API.

Langkah 4: Testing Send SMS Menerusi Integromat

Jika semuanya berjaya, anda akan dipaparkan dengan paparan seperti dibawah.

Integromat

Cuba isikan field Message dan Phone, dan klik pada button OK. Seterusnya, klik pada button Run once seperti rujukan screenshot dibawah.

Jika semuanya berjaya, SMS akan diterima oleh recipient. Tahniah, langkah awal integration module SMS Niaga dengan Integromat sudah berjaya!

Seterusnya anda boleh add module-module lain dalam scenario ini mengikut kesesuaian kempen pemasaran anda.

Dengan adanya Integromat, urusan pemasaran anda pasti akan lebih lancar dan teratur.

Sekiranya anda perlukan bantuan untuk hubungkan perisian ini dengan SMS Niaga, hubungi kami segera atau ajukan soalan menerusi Group Whatsapp yang telah disediakan. Selamat mencuba!