Tips Marketing Murah Untuk Digunakan Pada Tahun 2023 Yang Pasti Berbaloi

Sejak negara beralih ke fasa endemik, banyak syarikat didapati mula bangkit kembali untuk kembangkan perniagaan masing-masing.

Bagi menstabilkan semula kedudukan perniagaan, pasti ramai usahawan yang bercadang untuk jimatkan kos dalam pelbagai sudut termasuk pemasaran.

Pada zaman teknologi di hujung jari ini, terdapat pelbagai tips serta kaedah pemasaran yang boleh dilaksanakan secara murah atau percuma.

Jom kita lihat beberapa tips marketing murah untuk dipraktikkan pada tahun 2023 yang berbaloi untuk perniagaan anda.

Tips Marketing Murah Untuk Digunakan Pada Tahun 2023 Yang Pasti Berbaloi

1. Gunakan Google Business Profile

Seperti yang kita tahu, Google merupakan tempat pertama bagi pengguna yang ingin mencari sesuatu di atas talian.

Memang rugi kalau anda tak manfaatkan penggunaan Google Business Profile secara percuma untuk perniagaan anda.

Google Business Profile membolehkan perniagaan anda untuk muncul di search results bila pengguna internet mencari produk atau perkhidmatan seperti yang anda tawarkan.

Dengan penggunaan Google Business Profile, perniagaan anda mempunyai peluang untuk muncul pada Search Engine Results Page (SERP).

Contoh di bawah menunjukkan paparan restoran yang terletak di Tacoma, Washington bila seseorang mencari kata kunci ‘Tacoma Restaurants’di Google.

Jika anda berhasrat untuk miliki Google Business Profile, anda perlulah optimakannya serta merancang untuk dapatkan review yang baik supaya ranking bisnes anda jadi lebih tinggi di Google.

2. Belajar Pemasaran Media Sosial

Pasti anda pernah mendengar tentang pemasaran melalui media sosial. Untuk mencapai pelanggan secara berkesan, anda perlulah kenalpasti platform yang paling ramai pelanggan.

Anda juga digalakkan untuk fokus pada satu platform dan belajar dengan lebih lanjut mengenainya untuk capai pelanggan dengan lebih banyak.

Laman web seperti HubSpot Academy dan SkillShare menawarkan pelbagai idea pemasaran secara percuma termasuk tutorial dan selok-belok pemasaran media sosial untuk perniagaan kecil.

3. Hasilkan Gaya Visual Tersendiri Untuk Jenama

Jenama anda pasti akan lebih mudah diingati dengan gaya visual yang unik dan tersendiri.

Antara kaedah yang jenama sering lakukan ialah penggunaan warna yang sama dengan logo syarikat dalam setiap perkongsian seperti review, pengumuman mengenai jualan atau pengenalan kepada produk terkini.

Jenama besar seperti McDonald’s dan Coca-Cola adalah antara contoh jenama yang berjaya mengekalkan identiti di pasaran dengan gaya visual yang kuat.

Penggunaan warna, grafik serta imej secara konsisten boleh membantu anda untuk turut bersaing dalam dunia perniagaan yang luas.

Canva boleh membantu anda pilih warna-warna yang sesuai untuk jenama anda.

Selain itu, anda juga boleh hasilkan pelbagai visual untuk jenama seperti website, kempen pemasaran emel, brochure dan sebagainya dengan pelan Canva’s Brand Kit yang berbayar.

Marketing Murah

4. Adakan Pertandingan di Platform Media Sosial

Pertandingan memberi peluang kepada jenama anda untuk lebih menyerlah di media sosial.

Untuk jayakan sesebuah pertandingan, anda perlulah sediakan hadiah yang menarik. Di samping itu, anda juga perlu meletakkan syarat kepada peserta untuk Like, Share dan Follow page media sosial anda.

Secara tidak langsung, pertandingan yang anda adakan bakal meningkatkan kesedaran pengguna media sosial tentang kewujudan jenama anda. Bilangan pengikut di laman media sosial anda juga akan meningkat secara drastik.

5. Gunakan Pemasaran SMS

Selain mempunyai kelebihan seperti kadar bukaan serta kadar engagement yang tinggi, ramai pemilik jenama sering menggunakan pemasaran SMS kerana kosnya yang rendah berbanding kaedah pemasaran lain.

Dengan harga serendah RM 0.08 (tak termasuk caj SST) untuk satu SMS, anda boleh mencapai ribuan pelanggan dalam sekali blast sahaja.

Untuk pastikan pemasaran SMS anda berjaya, anda perlulah jadualkan mesej yang menarik serta bermanfaat pada waktu yang sesuai.

6. Manfaatkan LinkedIn

Anda juga boleh tingkatkan kesedaran mengenai jenama anda di LinkedIn. Kongsikan informasi menarik dan relevan dengan industri perniagaan anda, sertailah forum yang diadakan dan berinteraksi bersama Connection sedia ada di laman tersebut supaya ia makin berkembang.

Marketing Murah

Pemasaran digital boleh dimanfaatkan secara kreatif untuk kembangkan perniagaan anda. Sesetengahnya juga boleh dipelajari serta dikembangkan dengan kos yang rendah. Ada juga yang percuma!

Jadi, anda perlulah rajin mencuba dan bereksperimen dengan pelbagai kaedah yang ada. Selamat mencuba!

Sumber : fitsmallbusiness.com

Adakah SMS Masih Relevan? Ini Kelebihan Serta Hasil SMS Blast Yang Membuktikan Keberkesanannya

Saban tahun, jenama anda mungkin mengalami kesukaran untuk mencapai pelanggan. Ini ditambah pula dengan perubahan semasa pemasaran digital yang sentiasa berkembang seiring dengan teknologi masa kini.

Kalau anda tak up to date dengan trend pemasaran digital, jenama anda mungkin akan mengalami kesukaran untuk kekal bersaing.

Oleh sebab itulah anda tidak boleh bergantung pada satu cara marketing sahaja sekarang.

Anda perlu ambil inisiatif untuk wujudkan pelbagai saluran marketing supaya jenama anda dapat menarik pelanggan dengan lebih mudah.

Pada zaman ini. ramai yang tak terkecuali dalam penggunaan smartphone untuk pelbagai tujuan terutamanya berhubung melalui media sosial.

Rata-rata usahawan juga melihat ini sebagai peluang untuk mereka memasarkan produk melalui iklan-iklan di pelbagai platform media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter.

Iklan berbayar di media sosial menelan kos yang agak mahal serta ada banyak jenama yang bersaing.

Di samping itu, usahawan turut memanfaatkan medium pemasaran lain seperti  :

  1. Pemasaran E-mel : Medium pemasaran yang sudah wujud sebelum adanya Facebook. Sesuai untuk penghantaran newsletter, iklan bervisual dan pengumuman rasmi mengenai jenama.
  2. SMS Blast : Teknologi lama tetapi mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk dijadikan saluran pemasaran digital.

Mungkin anda tertanya bagaimana SMS boleh jadi saluran pemasaran digital sedangkan ia boleh dikategorikan sebagai teknologi yang agak lama? Adakah ia masih relevan untuk digunakan pada masa kini?

Ini adalah antara kelebihan SMS Marketing yang membuatkannya semakin popular di kalangan pemasar.

Kelebihan SMS Marketing

1. SMS Mempunyai Kadar Engagement Terbaik Berbanding Platform Lain

E-mel tidak akan dibuka segera bila dihantar. Selain itu, ia juga memerlukan sambungan internet supaya dapat dihantar ke pelanggan.

Kalau panggilan telefon pula, biasanya pelanggan tidak akan menjawabnya lebih-lebih lagi daripada nombor yang tak dikenali.

Namun, lain pula dengan SMS. Bila ia dihantar, pelanggan sudah boleh baca isinya tanpa perlu dibuka. Ia juga akan sampai pada pelanggan tanpa sambungan internet!

2. Laporan SMS Boleh Disemak

Kalau anda menggunakan perkhidmatan dari SMS Niaga, anda boleh lihat sendiri semua status SMS yang dihantar sama ada berjaya dihantar, gagal dan sebagainya.

Dari situ, anda bolehlah rangka kempen pemasaran yang lebih berkesan untuk jenama anda pada masa akan datang.

3. Boleh Dihantar Pada Pelanggan Sasaran

Pelanggan pasti lebih tertarik untuk membeli produk atau perkhidmatan yang mereka minat secara khusus.

Melalui pemasaran SMS, anda boleh tujukan mesej secara bersasar untuk mendapakan interaksi yang lebih tinggi daripada pelanggan.

Anda juga boleh tetapkan SMS supaya dihantar kepada pelanggan VIP atau yang berdaftar untuk mendapat tawaran khas seperti  akses awal bagi produk baru atau promosi ekslusif.

4. Penghantaran SMS segera.

Bila anda menggunakan SMS sebagai medium pemasaran, mesej anda akan sampai kepada nombor telefon pelanggan anda dengan kadar segera. Sebaik sahaja anda tekan butang Send, semua SMS akan masuk ke inbox pelanggan dengan serta merta.

Jangan terkejut kalau dalam masa 5 hingga 10 minit selepas blast dah ada pelanggan yang buat bayaran!

5. Boleh Ditambah Personal Touch.

Pemasaran SMS memberi anda kebebasan untuk mengarang teks dengan yang ada nilai personal touch.

Lebih senang kata yang dekat dengan hati pelanggan. Antara contoh teks dengan sentuhan peribadi adalah seperti berikut.

Husna ada special offer untuk awak tau. Khas untuk pelanggan setia Husna. Klik link di bawah ye untuk awak claim special offer ni.”

SMS ini ditambah personal touch dengan penggunaan kata ganti diri Husna dan awak. 

Sangat sesuai untuk dihantar kepada pelanggan wanita!

SMS Blast

Hasil Pemasaran SMS Berkesan

Jika anda masih ragu akan kuasa SMS blast, ini ada beberapa case study menarik yang membuktikan keberkesanannya.

Case Study 1

SMS Blast

Bak pepatah Inggeris, “Actions speak louder than words.”

Ini adalah antara hasil dari SMS blast klien kami. Kalau anda tanya, SMS ni masih relevan ke tak, ini jawapannya!

Cuba anda kira balik dengan kos yang anda laburkan untuk FB Ads ataupun Instagram Ads. Mesti jauh bezakan ROI (pulangan pelaburan) yang anda dapat dengan SMS blast?

Kalau diikutkan dari case study di atas ini, klien kami cuma perlu belanjakan RM8.00 untuk dapatkan 5 sales (RM1000 hasil jualan)!

Secara anggaran, bayaran RM8.00 untuk FB Ads hanya mampu menarik 2 hingga 5 pelanggan sahaja yang berminat untuk ketahui produk anda melalui PM (private message). 

Case Study 2

SMS Blast

Case study yang kedua ini adalah daripada Amiruddin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Uncle Tiger.

Buat yang belum mengenali beliau, Uncle Tiger ini antara pakar yang mengaplikasikan Social Hack dalam pemasaran.

Walaupun beliau pernah dikecam kerana mengajar menggunakan SMS bagi tujuan pemasaran, namun beliau membuktikan kepada mereka yang pemasaran mesej teks berkesan dalam memacu perniagaan!

Jika kena dengan gaya dan kaedahnya. pemasaran menerusi SMS blast masih lagi relevan sehingga ke hari ini.

Dari status beliau, anda boleh lihat sendiri bagaimana sebuah restoran mengaplikasikan kaedah SMS Marketing dalam mengiklankan perkhidmatan delivery mereka.

Anda cuma perlu lebih kreatif untuk menarik pelanggan anda supaya mereka dengan rela hati mendaftar program pemasaran SMS dengan anda!

Seperti anda dapat lihat dalam gambar di atas, Restoran Mek Lin menawarkan “SEEKOR UDANG GALAH PERCUMA”.

Siapa yang mampu menolak tawaran sebegini?

Terdapat banyak kelebihan pemasaran mesej teks yang membuatkannya sesuai untuk dimanfaatkan bagi mana-mana perniagaan. Ia juga sesuai untuk digunakan bagi mencapai pelanggan baru atau lama.

Ingin cuba pemasaran SMS untuk jenama anda? Kami sedia untuk membantu lipatgandakan lagi potensi bisnes anda.

Jom hubungi kami segera untuk dapatkan harga pakej SMS Niaga yang berbaloi!