Hidup dalam era digital dengan penggunaan gajet seperti telefon bimbit membolehkan kita berinteraksi dengan lebih mudah menerusi pelbagai platform seperti media sosial, website dan sebagainya.
Pembelian secara atas talian atau e-Commerce juga sudah menjadi satu kemestian kepada kebanyakan orang.
Disebabkan itu, semakin ramai peniaga atau syarikat yang giat menggunakan peluang ini untuk memulakan perniagaan e-Commerce.
Selari dengan trend pembelian secara online, ramai peniaga yang turut menggunakan pemasaran secara SMS (SMS Marketing) untuk berhubung dengan pelanggan.
Walaupun ramai yang jarang menggunakan SMS sebagai kaedah untuk berhubung, namun ia sangat relevan dalam dunia pemasaran digital dan menjadi antara medium utama yang menjadi pilihan ramai pemilik bisnes.
Nak tahu kenapa ramai yang gunakan pemasaran SMS? Jom ikuti perkongsian dari kami!
7 Sebab Anda Harus Libatkan Pemasaran SMS Dalam Bisnes Anda
1. Mencapai Pelanggan Secara Langsung dan Cepat
Kebanyakan orang akan membawa telefon pintar mereka ke mana sahaja. Jadi, keberangkalian untuk teks mesej anda disedari oleh mereka adalah tinggi dan dapat sampai secara langsung pada pelangan.
2. Pelanggan Melihat Mesej Teks Dengan Lebih Cepat
Menurut kajian, secara puratanya pelanggan mengambil masa 90 saat untuk membuka mesej teks.
Oleh itu, pemasaran SMS merupakan peluang terbaik yang dapat mendorong pelanggan untuk menerima mesej teks dengan cepat.
Pastikan ia dihantar pada waktu yang sesuai, ya!
3. Kadar Buka dan Respon Yang Lebih Baik Daripada E-mel
Data pemasaran menunjukkan open rate untuk mesej teks adalah lebih tinggi berbanding e-mel iaitu 99% berbanding 28-33%.
Perbezaan purata kadar tindak balas untuk mesej teks juga lebih tinggi iaitu kira-kira 45% berbanding emel dengan kadar hanya 6%.
Inilah antara kelebihan berharga yang ada pada SMS marketing bagi mendorong pelanggan anda untuk membuat pembelian.
4. Medium Pemasaran Yang Fleksibel dan Mudah
SMS Marketing membuka peluang untuk anda berhubung dengan pelanggan menerusi pelbagai promosi serta tawaran diskaun yang ekslusif.
Selain itu, anda juga boleh gunakan pemasaran SMS sebagai medium untuk mengingatkan pelanggan tentang janji temu, jualan kilat (flash sale) dan status pesanan.
5. Ringkas dan Mudah
Ramai yang turut memanfaatkan sifat SMS Marketing yang terdiri daripada teks yang pendek dan ringkas.
Kini, terdapat pelbagai templat teks SMS Marketing yang anda boleh rujuk dan jadikan contoh.
Dari promosi Hari Jadi sehinggalah ke pertandingan, teks SMS sangat mudah untuk direka dan boleh diberikan personal touch supaya jadi lebih menarik!
6. Dapat Kumpul Maklum Balas Pelanggan
Maklum balas daripada pelanggan adalah sangat penting untuk anda ketahui sedikit sebanyak pengalaman mereka sepanjang menggunakan produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan.
Pemasaran SMS juga dapat menjadi platform untuk anda dapatkan informasi tersebut daripada pelanggan. Anda boleh sertakan link di dalam SMS untuk tujuan survey, review dan sebagainya. Lebih mudah, bukan?
7. Memudahkan Pengurusan Kempen Pemasaran
SMS Marketing juga membolehkan anda untuk jejak dan uruskan kempen pemasaran bisnes anda.
Ia membantu anda lihat sendiri sama ada setiap SMS yang dihantar berjaya, gagal dan sebagainya menerusi laporan yang disediakan. Jadi, lebih mudah untuk anda plan kempen pemasaran yang berkesan!
Pendek kata, memang rugi kalau anda tak gunakan pemasaran SMS untuk mencapai pelanggan dan lonjakkan potensi bisnes. Tak kiralah sama ada bisnes anda masih baru atau sudah lama, anda pasti terkejut dengan keberkesanan SMS Marketing ni.
Jangan terkejut bila anda sekali blast SMS pada pelanggan, banyak order masuk dalam beberapa minit!
Kalau nak tahu dengan lebih lanjut mengenai SMS Marketing dari kami, jangan malu untuk berhubung dengan kami! Kami sedia menawarkan pakej SMS Niaga yang berbaloi dan bersesuaian dengan bajet anda.
Jom langgan SMS Niaga hari ini dan gandakan potensi bisnes anda sebanyak mungkin bersama kami!
Sumber: liverecover.com