5 Contoh Mesej Teks Tanpa Promosi Yang Mendorong Penglibatan Pelanggan

Nur Amrina Rasyada
Nur Amrina Rasyada

Pemasaran SMS kian menjadi pilihan ramai usahawan bagi mengembangkan perniagaan. 

Walaupun pemasaran SMS sinonim sebagai platform untuk salurkan promosi, namun tak semestinya anda perlu adakan jualan dan diskaun sepanjang masa untuk pelanggan. 

Sebaliknya, terdapat banyak lagi kandungan mesej yang anda boleh hantar untuk mendorong penglibatan pelanggan.

Berikut ialah lima contoh pemesejan teks tanpa promosi yang anda boleh cuba.

5 Contoh Mesej Teks Tanpa Promosi Yang Mendorong Penglibatan Pelanggan

1. Penghantaran percuma

Kebiasaannya, kita sering  melihat pemesejan teks yang kreatif menawarkan potongan diskaun kepada pelanggan mereka yang baru mengikut serta. Namun, anda juga boleh tawarkan insentif lain seperti penghantaran percuma.

Menurut statistik, 9 daripada 10 pengguna mengatakan penghantaran percuma ialah insentif terbaik yang boleh mendorong pembelian atas talian.

Seperti yang ditawarkan di kebanyakan platform membeli-belah, tawaran penghantaran percuma dikatakan boleh menyumbang kepada peningkatan jualan sehingga 30% lebih tinggi daripada kebiasaan. 

Sudah tentu ramai yang tidak ingin ketinggalan untuk menebus insentif menarik sebegini. Mereka untung, anda pun untung! 

2. Peringatan Barang Dalam Cart Pelanggan

Mengingatkan pembeli tentang item yang mereka tinggalkan sebelum kehabisan stok ialah taktik yang bagus untuk menggalakkan proses pembayaran.

Tahukah anda 7 daripada 10 pelanggan cenderung untuk mengabaikan barangan yang telah dimasukkan dalam shopping cart mereka? 

Jadi, anda boleh manfaatkan pemasaran SMS untuk mengingatkan pelanggan tentang barangan dalam cart.

Anda boleh hantarkan teks kepada pelanggan sehari selepas cart ditinggalkan.

Bagi memudahkan pelanggan terus membuat pembelian, sertakan pautan kembali ke laman cart pada teks mesej anda. 

Dengan peringatan ini, pelanggan akan lebih menghargai usaha anda terhadap mereka dan boleh mengembalikan minat mereka terhadap produk atau perkhidmatan anda. 

‍3. Tawaran Kepada Pelanggan Berdekatan

Anda juga boleh menarik pelanggan mengikut lokasi mereka.

Antara tawaran yang anda boleh lakukan adalah cadangan kedai berhampiran pelanggan, diskaun khas untuk penghantaran atau potongan harga istimewa bagi pelanggan yang tinggal berdekatan. 

Pendekatan sebegini cukup sesuai bagi perniagaan yang menawarkan perkhidmatan seperti makanan dan minuman, kecantikan, salon dan apa-apa perkhidmatan yang perlu interaksi terus dengan pelanggan. 

Jadi, adalah penting bagi sesebuah jenama untuk meraikan kewujudan pelanggan di sekitar mereka. Tawaran sebegini juga boleh meningkatkan kesedaran pelanggan berdekatan mengenai jenama anda. 

4. Kongsi Tip dan Cara

Mengesyorkan produk atau berkongsi tips adalah salah satu cara yang bagus untuk berhubung dengan pelanggan.

Jika anda merupakan syarikat pakaian, hantarkan tips penggayaan dengan baju anda kepada pelanggan melalui pemesejan teks. 

Anda juga boleh sertakan pautan ke blog anda bagi pelanggan yang berminat untuk ketahui dengan lebih lanjut. 

Inisiatif sebegini ini juga dapat meningkatkan nilai serta menyerlah sisi kreatif syarikat anda mengenai industri tertentu yang sinonim dengan jenama anda.

5. Review Atau Ulasan

Review atau ulasan daripada pelanggan adalah sangat penting untuk meningkatkan kualiti jenama anda. 

Pelanggan juga pasti akan hargai usaha anda kerana langkah ini menunjukkan yang jenama anda menghargai pendapat pengguna. 

Selepas pelanggan membeli atau mencuba produk atau perkhidmatan daripada anda, hantarkan satu mesej dan minta ulasan daripada pelanggan.

Sertakan bersama pautan untuk memudahkan mereka tinggalkan review.

 

Kalau terlalu fokus untuk hantarkan promosi semata-mata, pelanggan mungkin akan berasa bosan. Jadi, anda perlulah jadi lebih kreatif dalam menawarkan kandungan SMS yang menarik.

Seperti yang dikongsikan, terdapat pelbagai jenis mesej teks tanpa promosi yang anda boleh hantarkan kepada pelanggan dalam menarik minat mereka.

Bukan sekadar promosi atau diskaun, malah anda juga boleh menarik minat mereka dengan perkongsian topik menarik, peringatan barangan dalam cart dan sebagainya.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda rancang pemasaran SMS dengan lebih baik. 

Jom maksimakan potensi perniagaan anda dengan SMS Niaga! Kami sedia menawarkan pakej SMS dengan harga berbaloi untuk jenama anda. Hubungi kami segera untuk ketahui dengan lebih lanjut.

Hakcipta terpelihara 2019 – SMS Niaga
Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)