6 Perkara Yang Pelanggan Mahukan Menerusi Pemasaran SMS

Nur Amrina Rasyada
Nur Amrina Rasyada

Adakah anda sedang pertimbangkan untuk mulakan kempen pemasaran SMS? Ia sememangnya merupakan strategi yang bijak bagi mengembangkan perniagaan anda.

Pemasaran SMS mempunyai pelbagai kelebihan yang membuatkannya fleksibel dan mudah untuk sampai pada pelanggan.

Sebagai pemasar, hubungan kita dengan pelanggan sangat penting dan perlu dijaga.

Jadi, adalah penting untuk kita memahami kemahuan pelanggan dan memastikan supaya mereka mempunyai pengalaman yang baik sepanjang bersama dengan jenama kita.

Untuk memastikan pemasaran SMS berkesan, anda perlulah mengambil kira beberapa perkara supaya teks yang anda hantarkan memenuhi keperluan pelanggan.

Jom kita tengok 6 perkara yang pelanggan sering harapkan daripada jenama anda menerusi pemasaran SMS.

6 Perkara Yang Pelanggan Mahukan Menerusi Pemasaran SMS

1. Jenama Yang Memenuhi Keperluan Pelanggan

SMS marketing memberi anda peluang untuk jadi lebih kreatif dengan menghantar mesej yang lebih personal kepada pelanggan.

Sifat unik SMS yang dapat mencapai pelanggan dalam masa beberapa saat juga membuatkannya sesuai untuk dijadikan medium khidmat pelanggan.

Jadi, adalah penting bagi peniaga atau syarikat untuk menyediakan sistem SMS yang mudah untuk pengguna.

Manfaatkan data sedia ada dan bahagikan minat, keperluan serta kandungan teks yang digemari sebelum dihantar ke kumpulan pelanggan spesifik. Pasti target kempen anda akan lebih mudah tercapai!

Pemasaran SMS

2. SMS Yang Tepat dan Berkualiti

Kempen pemasaran SMS yang ideal terdiri daripada teks yang tinggi nilainya dan dihantar dengan frekuensi yang sesuai.

Ramai yang menyarankan kadar penghantaran kira-kira 2 hingga 6 SMS sebulan  sebagai permulaan.

Selain memasukkan unsur personal, anda juga boleh tarik pelanggan dengan menawarkan diskaun yang relevan, ekslusif serta bertepatan dengan minat mereka.

3. Reply Secepat Mungkin

Ingat tak sebelum wujudnya Whatsapp dan media sosial, kita banyak bergantung kepada SMS untuk berhubung dengan lebih pantas dan ringkas?

Begitu juga dengan SMS Marketing, pelanggan mengharapkan supaya kita menjawab secepat mungkin dengan adanya platform SMS yang kita sediakan.

Untuk memudahkan interaksi, anda boleh sediakan beberapa templat jawapan yang ringkas untuk dihantar kepada pelanggan.

4. Respon Yang Relevan dan Personal

Bukan sahaja pelanggan harapkan balasan yang pantas, malah mereka juga mahukan respon yang relevan dan tepat daripada peniaga atau syarikat.

Semakin relevan komunikasi, maka lebih mudah untuk pelanggan fokus pada kita. Pada waktu inilah kita boleh manfaatkan custom SMS dan data pelanggan yang sedia ada.

Anda juga bebas untuk minta informasi daripada pelanggan. Menurut laporan Salesforce’s State of Connected Customer Report, 63 peratus pelanggan terbuka untuk berkongsi data dengan syarikat yang setia memberikan tawaran ekslusif.

Pemasaran SMS

5. Komunikasi Yang Konsisten

Untuk berikan tanggapan yang baik serta tampak profesional, gaya anda ketika berkomunikasi dengan pelanggan perlulah sentiasa konsisten.

Jika dalam teks pertama anda memanggil pelanggan dengan nama pertama, teks seterusnya juga perlu dikarang dengan nama yang sama.

Pastikan gaya bahasa yang digunakan santai dan boleh menarik minat mereka berinteraksi dengan anda.

6. Ganjaran Untuk Pelanggan Setia

Setiap pelanggan ingin rasa dihargai. Oleh sebab itu, ramai peniaga atau syarikat menghantar mesej personal dan unik untuk pelanggan setia demi menjaga hubungan dengan mereka.

Penghantaran SMS istimewa seperti ucapan Hari Jadi adalah salah satu cara yang baik untuk kekalkan hubungan baik dengan pelanggan.

Jadikan hari istimewa mereka lebih bermakna dengan menawarkan kod promosi khas. Pasti mereka akan bertambah setia dengan jenama anda!

Pemasaran SMS

Kalau nak berikan yang terbaik pada pelanggan menerusi pemasaran SMS, cuba letakkan diri anda pada tempat pelanggan. Agak-agak mereka akan berminat atau tidak dengan teks SMS yang anda hantarkan?

Adakah sistem SMS anda sedia untuk menjawab soalan pelanggan dengan segera?

Jika anda boleh memenuhi kemahuan pelanggan menerusi SMS, pasti mereka akan lebih setia dengan jenama anda. Jangan takut untuk mencuba!

Jom kembangkan perniagaan anda dengan pemasaran SMS! Kami juga menyediakan khidmat pemasaran SMS dengan harga pakej yang berbaloi menerusi SMS Niaga.

Anda juga boleh dapatkan khidmat nasihat daripada kami untuk mulakan pemasaran SMS untuk bisnes anda.

Kami sedia untuk berikan bimbingan supaya kempen pemasaran anda dapat dicapai. Ayuh hubungi kami segera!

Sumber : tasil.com  ,  Sms-magic.com

Hakcipta terpelihara 2019 – SMS Niaga
Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)