Pada zaman teknologi ini, ramai usahawan yang telah beralih arah pada dunia pemasaran digital.
Lebih jelas pembelian secara online yang lebih mudah dan cukup ramai penggunanya. Namun, masih ada yang belum manfaatkan penggunaan SMS Blast bagi merancakkan lagi bisnes di samping mencapai ramai pelanggan.
SMS Blast adalah sejenis sistem yang mampu membantu peniaga serta pemilik syarikat untuk mengembangkan jenama serta mencapai pelanggan secara terus dalam masa yang singkat.
Walaupun SMS dikategorikan sebagai teknologi klasik, namun pemasaran menerusi SMS Blast mempunyai banyak kelebihannya.
Mari kita lihat 6 kelebihan SMS Blast untuk perniagaan atas talian anda.
6 Kelebihan Blast SMS Untuk Bisnes Online Anda
1. Engagement Rate Paling TInggi
Tahukah anda yang pemasaran SMS mempunyai engagement rate setinggi 98%?
Berbanding pemasaran e-mel, pelanggan tetap boleh baca isi SMS walaupun tak dibuka.
Yang paling menarik, SMS tetap akan sampai pada pelanggan walaupun tanpa sambungan internet!
Inilah antara keistimewaan unik SMS yang platform pemasaran digital lain tak boleh tandingi.
2. Penghantaran SMS Segera
Bila anda menggunakan SMS sebagai medium pemasaran, semua SMS akan sampai kepada nombor telefon pelanggan anda dengan kadar segera.
Sebaik anda tekan butang Send, semua SMS akan masuk ke inbox pelanggan.
Jangan terkejut kalau dalam masa 5-10 minit lagi dah ada orang yang buat bayaran!
3. 1 Klik Untuk Broadcast
Dengan hanya 1 klik sahaja, SMS Blast boleh hantar mesej sehingga ke 15 ribu nombor telefon dalam database anda.
Tak perlu bersusah payah nak copy paste atau hantar satu persatu.
4. Scheduled SMS
Pemasaran SMS juga memberi kebebasan kepada anda untuk menjadualkan waktu blast pada waktu tertentu.
Pastikan anda hantar pada waktu yang tepat untuk dapat respon yang baik daripada pelanggan!
5. Report SMS Yang Dihantar Disediakan
Kalau anda menggunakan perkhidmatan dari SMS Niaga, anda boleh lihat sendiri semua SMS yang anda hantar.
Menerusi laporan yang kami sediakan, anda boleh kenalpasti setiap status SMS yang dihantar samada berjaya atau gagal dan sebagainya.
Daripada situ, anda bolehlah rangka kempen pemasaran yang lebih berkesan pada masa hadapan!
6. Boleh Tambah Personal Touch
SMS Marketing juga memberi peluang kepada anda untuk jadi lebih kreatif dan karang SMS yang ada nilai personal touch. Lebih senang kata yang dekat dengan hati pelanggan. Macam mana tu? Tak fahamlah.
Mudah je sebenarnya, gunakan kata ganti diri seperti…
“RM0.00 Husna ada special offer untuk awak tau. Khas untuk pelanggan setia Husna. Klik link di bawah ye untuk awak claim special offer ni.”
Bila anda hantar SMS berunsur personal sebegini, pelanggan pasti akan lebih tertarik dan rasa lebih dekat dengan jenama anda!
Pendek kata, memang rugi kalau tak cuba keberkesanan SMS Marketing supaya ramai lebih mengenali jenama anda.
Ia juga sangat mudah untuk digunakan, mudah sampai pada pelanggan dan boleh diberikan personal touch untuk menarik pelanggan.
Nak tahu lebih lanjut berkenaan SMS Blast? Kami sedia menawarkan pakej pemasaran SMS yang berbaloi untuk anda.
Jom gandakan potensi bisnes online anda bersama kami!
Untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai SMS Niaga, hubungilah team kami segera! Anda juga boleh dapatkan info mengenai produk SMS Blast kami di laman web smsniaga.com.