Tutorial Mudah Integrate Sistem SMS Niaga Dengan Integromat – 15 Minit Siap!

Hanny Ramzy
Hanny Ramzy

Sebelum kita mulakan tutorial lanjut, anda perlukan perkara berikut:

  • Akaun SMS Niaga v2 – daftar akaun disini
  • Akaun Integromat (boleh mulakan dengan plan yang free)

Langkah 1: Module SMS Niaga Integromat

Klik disini untuk add module Integromat SMS Niaga ke akaun Integromat anda. Add scenario baru, dan buat carian module “SMS Niaga”.

Langkah 2: Token API SMS Niaga

Untuk dapatkan token API akaun SMS Niaga v2, anda boleh ke bahagian ini Profile > API Token. Popup modal akan keluar memaparkan token yang diperlukan.

Langkah 3: Add API Connection

Klik pada Send an SMS.

Kemudian klik pada Add connection.

Isikan maklumat token API di field Token. Pastikan memilih Production di dropdown API.

Langkah 4: Testing Send SMS Menerusi Integromat

Jika semuanya berjaya, anda akan dipaparkan dengan paparan seperti dibawah.

Cuba isikan field Message dan Phone, dan klik pada button OK. Seterusnya, klik pada button Run once seperti rujukan screenshot dibawah.

Jika semuanya berjaya, SMS akan diterima oleh recipient. Tahniah, langkah awal integration module SMS Niaga dengan Integromat sudah berjaya! Seterusnya anda boleh add module-module lain dalam scenario ini mengikut kesesuaian use case.

Hakcipta terpelihara 2019 – SMS Niaga
Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)