Beza Pemasaran SMS dan Pemasaran E-Mel Serta Kelebihannya Yang Anda Perlu Tahu

Pada zaman teknologi di hujung jari ini, pemasaran digital sudah menjadi satu keperluan buat kebanyakan bisnes dari yang kecil-kecilan sehinggalah ke syarikat besar.

Baru yang baru ingin menggunakan pemasaran digital, pasti timbul rasa tidak pasti sama ada mereka harus gunakan pemasaran SMS (SMS marketing) atau pemasaran e-mel (E-mail marketing),

Walaupun kedua-duanya dikategorikan sebagai medium komunikasi, namun SMS marketing dan e-mail marketing mempunyai perbezaan serta kelebihan masing-masing.

Sebelum anda ingin melabur dalam salah satu atau kedua-dua bentuk pemasaran digital ini, anda mungkin boleh semak dahulu beberapa faktor.

Jom tengok sama ada pemasaran SMS atau pemasaran e-mel yang boleh memberi kelebihan buat bisnes anda.

Beza Pemasaran SMS dan Pemasaran E-Mel Serta Kelebihannya Yang Anda Perlu Tahu

1. Kadar Bukaan (open rate)

Purata open rate untuk SMS adalah sangat tinggi iaitu 98%  berbanding e-mel dengan kadar 20%.

Ia adalah disebabkan oleh kelebihan SMS yang membolehkan pelanggan untuk membaca mesej secara terus sebaik saja menerimanya.

Kebiasaannya, mesej teks dibuka hanya mengambil 90 saat lebih cepat berbanding emel. Ia juga lebih ringkas dan mudah untuk dicapai kepada apa-apa jenis telefon bimbit tanpa mengira model lama atau baru. Tak ada internet pun SMS masih boleh masuk!

Ini adalah salah satu kelebihan unik yang ada pada Pemasaran SMS dan tidak dimiliki oleh kaedah pemasaran digital lain.

Beza Pemasaran SMS

2. Kadar Kebolehhantaran 

Satu lagi kelebihan SMS Marketing adalah ia mempunyai kadar kebolehhantaran yang lebih tinggi  kerana sifatnya yang lebih langsung, pendek dan mudah diproses.

Penghantaran e-mel pula mungkin agak sukar untuk sampai kepada pelanggan kerana ia boleh disekat dengan mudah oleh penapis spam atau ditangkap dalam folder mel sampah pengguna.

Disebabkan itulah e-mel dilihat kurang cenderung untuk sampai pada pelanggan berbanding SMS.

Selain itu, ramai yang kurang gemar untuk membaca e-mel yang panjang berjela berbanding SMS yang lebih ringkas dan straight to the point. 

3. Kadar Klik

Menurut Linkedin, SMS mempunyai kadar klik 10 hingga 15% lebih tinggi berbanding e-mel dengan kadar purata 3.2% sahaja.

Kira-kira 86% pemilik bisnes kecil juga akui yang pemasaran SMS lebih berkesan untuk naikkan engagement di kalangan pelanggan berbanding pemasaran e-mel.

Beza Pemasaran SMS

4. Kos

Kos untuk kempen pemasaran SMS bergantung kepada pelbagai faktor seperti panjang teks, bilangan serta lokasi penerima (lebih mahal jika dihantar kepada nombor luar negara).

Hal ini kerana SMS mengikut kepanjangan mesej itu sendiri (160 karakter = 1 kredit sms) dimana 1 kredit sms adalah untuk 1 nombor telefon.

Kosnya juga boleh berubah bergantung kepada harga caj Telco semasa.

Untuk pemasaran e-mel pula, anda hanya perlu bayar secara bulanan mengikut pakej subscriber. Bagi pemilik bisnes yang melakukan email customization, harga pemasaran e-mel mungkin boleh jadi lebih tinggi berbanding biasa.

5. Penyesuaian (customization)

Bercakap tentang customization, e-mel mempunyai kelebihan yang cukup ketara dari sudut pemasaran digital kerana ia lebih fleksibel.

Berbanding SMS yang hanya terdiri daripada perkataan yang terhad, anda boleh customize e-mel dengan meletakkan gambar, templat serta infografik yang menarik dan tiada had patah perkataan.

Selain itu, e-mel juga membolehkan anda untuk sertakan imej, video, hyperlink untuk membuatkan penerangan butiran jenama produk anda lebih jelas mengikut kreativiti anda.

Anda juga bebas untuk mempromosikan pelbagai produk dalam satu e-mel berbanding teks SMS yang hanya sesuai untuk promosikan satu produk saja dalam satu-satu masa.

Jadi, Pilihan Mana Yang Lebih Baik?

Seperti yang diberitahu tadi, kedua-dua pemasaran SMS dan pemasaran e-mel mempunyai kelebihan dan kekurangannya tersendiri.

Namun, bila digabungkan, kedua-duanya boleh menjadi medium kuat untuk pemasaran yang berjaya.

Bagi kempen pemasaran yang target untuk tingkatkan brand awareness, interaksi serta engagement pelanggan, pemasaran e-mel adalah pilihan yang baik.

Berbanding SMS, e-mel dilihat mampu tingkatkan nilai autentik untuk jenama online. Bila anda ingin kongsikan perkembangan produk atau promosikan loyalty program kepada pelanggan, newsletter didapati sangat membantu dalam membina nilai autentik pada jenama anda.

Namun, terdapat kemungkinan yang e-mel tak dapat sampai pada pelanggan kerana tetapan spam atau block yang ada pada akaun e-mel pelanggan.

Untuk kempen pemasaran yang lebih straight-forward, SMS Marketing mungkin lebih berkesan.

Ia juga lebih sesuai bagi yang ingin berhubung terus dengan pelanggan. Untuk maksimakan keberkesanannya, pastikan teks yang dihantar pendek, kreatif dan dihantar pada waktu yang sesuai.

Kesimpulannya, kedua-dua medium ini sangat penting dan mempunyai kelebihan masing-masing. Kedua-duanya berkesan untuk mencapai pelanggan dan bertambah baik untuk jenama anda bila digabungkan bersama.

Dengan menerapkan kedua-dua pemasaran SMS dan pemasaran e-mel yang dihantar pada frekuensi serta timing yang tepat, maka makin cerahlah harapan untuk kempen pemasaran anda lebih berjaya!

Sumber: manychat.com, linkedin.com