Panduan Tambah “60” Pada Nombor Telefon & Cara Kemaskini Data Mengikut Format E.164

Nasiha Gaberan
Nasiha Gaberan

Senarai nombor telefon yang ada pada anda mungkin tidak seragam tanpa nombor awalan yang sama. Bagaimana cara mudah untuk selaraskannya?

Selepas tuan puan mengeksport senarai nombor telefon dari Google Contact, aplikasi Contact to Excel dan mana-mana sumber database, tuan puan perlu memperbaiki senarai nombor telefon tersebut mengikut format E.164 iaitu standard nombor telefon yang digunapakai di peringkat antarabangsa. 

Dengan erti kata mudah, tutorial ini akan membantu anda tambah nombor awalan 60 pada senarai nombor telefon anda.  

Ia sangat berguna untuk tujuan pemasaran digital terutamanya pemasaran SMS. 

Mari kita lihat langkah-langkahnya. 

Panduan Tambah “60” Pada Nombor Telefon & Cara Kemaskini Data Mengikut Format E.164

Langkah 1: Copy Nombor Telefon

Pertama, anda perlu salin (copy) senarai nombor telefon dari fail .csv yang di eksport dari Google Contact, aplikasi Contact to Excel atau mana-mana sumber.

Panduan Tambah "60" Pada Nombor Telefon

Langkah 2: Paste Nombor Telefon Ke Satu Fail Excel

Kemudian, anda perlu copy Senarai nombor telefon pada satu fail Excel berasingan untuk mulakan proses pembetulan format nombor telefon.

Tip: Untuk tampal (paste) nombor telefon tersebut, tuan puan perlu Right Click, dan pilih Paste Value sahaja.

Langkah 3: Gunakan Formula Country Code

Gunakan formula =”6”&A1 untuk tambahkan kod negara (country code) secara pukal bagi keseluruhan senarai database yang belum ada kod negara (country code).

Nota: A1 ini merujuk kepada column sebelah kiri ruangan formula yang digunakan.

Panduan Tambah "60" Pada Nombor Telefon

Selepas tuan puan taip formula =”6”&, boleh terus klik pada column pertama bagi senarai database tersebut.

Langkah 4: Klik Enter

Kemudian klik enter untuk membolehkan formula tersebut digunakan.

Langkah 5

Seterusnya, anda perlu double click pada bahagian bucu bawah kanan bagi column yang tuan puan gunakan formula tersebut.

Tip: Anda juga boleh klik dan hold pada bahagian bucu bawah kanan dan tarik ke bawah untuk menambah secara keseluruhan senarai nombor tersebut.

Panduan Tambah “60” Pada Nombor Telefon

Langkah 6: Guna Formula Untuk Tukar Format Yang Betul

Untuk mengubah data kepada format yang betul, anda boleh gunakan formula =SUBSTITUTE (B1,”data asal untuk diubah”,”output akhir data”).

Panduan Tambah “60” Pada Nombor Telefon

Langkah 7

Kemudian, anda perlu double click pada bahagian bucu bawah kanan bagi column yang anda telah tetapkan formula tadi. 

Tip: Anda juga boleh klik dan hold pada bahagian bucu bawah kanan dan tarik ke bawah untuk mendapatkan senarai nombor tersebut secara keseluruhan.

Begitulah caranya untuk selaraskan senarai data nombor telefon kepada satu format. 

Dengan ini, maka lebih mudahlah untuk anda manfaatkannya untuk tujuan pemasaran perniagaan lebih-lebih lagi bagi pemasaran SMS. Selamat mencuba! 

Hakcipta terpelihara 2019 – SMS Niaga
Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)