Adakah anda tercari-cari bagaimana cara mudah untuk mengeksport nombor kenalan di dalam telefon (iPhone) anda ke fail Excel?
Kaedah ini sangat berguna untuk anda manfaatkan senarai nombor pelanggan yang pernah berurusan dengan perniagaan anda.
Di sini kami ingin kongsikan cara yang ringkas sebagai rujukan anda untuk mengeskport senarai nombor kenalan di dalam telefon (iPhone) ke fail Excel dengan mudah.
Panduan Mengeksport Nombor Telefon Dari iPhone (iOS) Ke Fail Excel
Langkah 1: Pergi ke Setting iPhone
Pilih Settings pada iPhone anda. Tekan Your Name kemudian tekan iCloud.
Langkah 2: Turn On Contacts
Kemudian, tekan Turn on Contacts.
Sekiranya anda pilih turn off, senarai Contacts anda pada telefon tidak akan dipaparkan pada akaun iCloud anda dan ianya tidak dapat dieskport ke fail Excel.
Pastikan anda turn on dengan ikon bertukar ke warna hijau.
Langkah 3: Pergi ke iCloud.com
Di komputer, buka web browser dan pergi kepada iCloud.com. Seterusnya log masuk ke akaun iCloud anda dengan menaip Apple ID anda terlebih dahulu.
Untuk makluman, anda mungkin perlu menggunakan Apple’s two-factor authentication untuk log masuk.
Langkah 4 : Pilih Contact
Seterusnya, pilih Contacts.
Pada paparan Contacts, klik ikon Setting di sebelah kiri bawah dan pilih Select All.
Tips: Untuk memilih contacts tertentu untuk dieksport, tekan Shift atau Ctrl dan pilih contacts satu persatu.
Langkah 5 : Export vCard
Setelah contacts siap dipilih, klik ikon setting sekali lagi dan pilih Export vCard.
Contacts tersebut akan disimpan ke komputer anda sebagai fail .vcf.
Langkah 6 : Tukarkan Fail VCF Kepada CSV
Untuk tukarkan fail VCF kepada CSV, anda perlu menggunakan online converter seperti AConvert.
Untuk convert, klik pada Choose File dan pilih fail yang anda muat turun tadi dan klik pada Convert Now.
Tutorial ini pasti bakal memudahkan anda untuk kendalikan data pelanggan dari iPhone dengan lebih mudah. Ia pastinya bakal melancarkan lagi kempen pemasaran digital untuk jenama anda.
Ingin mulakan pemasaran digital bersama kami? Jom cuba SMS Niaga dan Aplikasi Niaga untuk pemasaran SMS dan e-mel dengan ciri-ciri lengkap dan menarik untuk bisnes anda. Hubungi kami segera untuk ketahui secara lebih lanjut.