Kenapa Anda Perlu Gunakan SMS Marketing Untuk Tingkatkan Potensi Perniagaan?

Aplikasi Niaga
Aplikasi Niaga

Pemasaran SMS sudah menjadi keperluan bagi kebanyakan usahawan pada zaman teknologi ini. Meskipun tak ramai yang menggunakan SMS untuk berhubung secara peribadi, namun ia merupakan salah satu alat pemasaran digital yang utama masa kini.

Meskipun mesej yang boleh disampaikan dalam satu masa adalah terhad, namun ia mempunyai pelbagai kelebihan seperti kadar bukaan serta memacu interaksi pelanggan yang tinggi dengan kadar peratusan sehingga 90%.

Secara purata, pesanan SMS didapati akan dibaca kira-kira dalam 3 minit selepas diterima.

Di sini kami ingin kongsikan beberapa kelebihan SMS yang membuatkan ia berbaloi untuk digunakan sebagai salah satu saluran pemasaran yang berpotensi tinggi.

 

Kenapa Anda Perlu Gunakan SMS Marketing Untuk Tingkatkan Potensi Perniagaan?

1. Kadar Engagement Yang Tinggi

 Seperti yang dinyatakan tadi, SMS didapati mempunyai kadar engagement yang paling tinggi berbanding saluran pemasaran lain seperti e-mel atau panggilan telefon.

E-mel mungkin tidak akan dibaca dalam beberapa hari manakala panggilan masuk mungkin tidak dijawab oleh pelanggan lebih-lebih lagi daripada nombor yang tidak dikenali.

Namun, mesej  kebiasaannya akan dibuka walaupun tidak dibaca serta merta selepas dihantar. Lebih menarik lagi, mesej anda tetap akan sampai pada pelanggan walaupun tanpa sambungan internet!

SMS Marketing

2. Laporan SMS Yang Mudah Untuk Dijejak 

Pemasaran SMS juga memudahkan anda untuk kenalpasti pelanggan sasaran, kadar hantaran yang dibuka, dibalas dan diabaikan. Dengan adanya data ini, anda bolehlah rancang kempen pemasaran yang berkesan pada masa akan datang.

3. Mudah Untuk Capai Pelanggan Dalam Waktu Singkat

Pemasaran SMS juga sangat sesuai untuk digunakan bila anda perlukan maklumat segera atau komunikasi masa nyata. Anda boleh manfaatkan pemasaran SMS untuk menyampaikan informasi seperti :

  • Peringatan
  • Makluman keselamatan
  • Pengesahan
  • Pemberitahuan penghantaran atau penghantaran

4. Penghantaran Pantas

Sebaik saja anda tekan Send, mesej anda akan sampai kepada ribuan nombor serta merta.

Untuk memastikan kempen SMS Marketing anda berkesan, anda jadualkan waktu penghantaran yang sesuai.

Jangan terkejut kalau tiba-tiba beratus pesanan masuk dalam masa beberapa minit selepas SMS diblast!

SMS Marketing

Sudahkah anda bersedia untuk kembangkan perniagaan anda dan capai ramai lagi pelanggan dengan SMS Marketing? Inilah masanya untuk anda cuba produk kami iaitu SMS Niaga!

Kami sedia menawarkan pakej yang berbaloi dengan ciri-ciri yang pasti menepati keperluan jenama anda. Hubungi kami segera untuk mendapatkan harga yang terbaik!

Hakcipta terpelihara 2019 – SMS Niaga
Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)