Kalendar Strategi 2022: Tarikh Penting & Tips Tindakan Yang Boleh Diambil Untuk Pemasaran Mesej Teks

Nur Amrina Rasyada
Nur Amrina Rasyada
Kalendar Pemesejan Teks 2022

Kita sering tertanya bila waktu yang sesuai untuk memberi peluang yang terbaik kepada pengguna melalui pemasaran mesej teks. Tarikh-tarikh penting adalah salah satu cara untuk anda menarik lebih banyak penglibatan pelanggan dalam jenama anda kerana ia adalah peluang terbaik untuk menghantar mesej teks kepada mereka dengan tawaran tepat pada masanya.

Dengan Kalendar Strategi 2022 ini, akan dapat membantu anda membuat persediaan mesej teks dengan idea-idea yang sewajarnya.

1 Jan : Tahun  Baru

Hantarkan inspirasi dan idea yang menarik kepada pengguna SMS anda untuk memulakan tahun baru dengan penuh keyakinan dan semangat.

1 Feb: Hari Raya Cina

Sambut cuti anda dengan notifikasi mengenai hadiah tersembunyi daripada sesebuah jenama.

1 Mei: Hari Pekerja

Berikan keistimewaan kepada pekerja dalam satu bentuk penghargaan melalui mesej teks untuk usaha mereka dalam memberi yang terbaik sewaktu menjalankan kerja mereka.

3 Mei: Hari Raya Puasa

Kongsikan diskaun dan kupon percuma bagi pengguna untuk berbelanja menyediakan keperluan Hari Raya mereka dengan menghadiahkan sesuatu yang dapat menggembirakan keluarga dan sanak saudara.

 

8 Mei: Hari Ibu

Hantarkan notifikasi kepada pengguna anda untuk berbelanja sebelum tibanya hari cuti dan pastikan mereka tidak terlambat. Berikan juga kupon dan hadiah percuma sebagai pilihan untuk mereka.

15 Mei: Hari Wesak

Kongsikan info menarik dan tips berguna untuk sambutan Hari Wesak dan tawarkan diskaun bagi keperluan sambutan.

6 Jun: Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong Malaysia

Sempena Hari Keputeraan yang dipertuan Agong, kongsikan tawaran menarik dan hebat yang dapat didapati dan digunakan bersama keluarga anda.

19 Jun: Hari Bapa

Bantu pelanggan meraikan tokoh bapa dalam hidup mereka dengan berkongsi panduan hadiah dengan cadangan untuk berikan kepada bapa mereka.

10 Jul: Hari Raya Haji

Kongsikan pakej dan info berkenaan haji serta tawarkan diskaun bagi pembelian keperluan bagi menunaikan haji.

30 Jul: Awal Muharram

Sempena permulaan baru bagi tahun islam, kongsikan motivasi dan ucapan ringkas bagi memberi semangat dan panduan bagi pengguna anda.

31 Ogos: Hari Kemerdekaan

Sambut hari kemerdekaan dengan 24 jam Promosi tanpa henti. Jadi pelanggan mempunyai masa untuk membeli sambil bersuka ria.

16 Sep: Hari Malaysia

Syorkan produk yang paling laris bagi pengguna untuk membuat pilihan. Selain daripada itu, berikan penghantaran percuma bagi sehari, sempena hari memperingati kebebasan Malaysia.

9 Okt: Maulidur Rasul

Kongsikan pautan bagi pengguna untuk melakukan derma bagi mengingati junjungan Nabi Muhammad S.A.W, sambil menderma sambil berselawat.

24 Okt: Deepavali

Belanja pengguna yang memiliki taraf VIP dengan SMS eksklusif bagi promosi sambutan Deepavali. Raikan Deepavali dengan pelbagai warna warni promosi daripada segala jenis keperluan yang diperlukan untuk menyambutnya. Berikan diskaun yang berpatutan untuk mereka membeli.

25 Dis: Krismas

Tekankan pilihan pembelian online, promosi menarik dan penggunaan kupon bagi hari krismas ini. Jemput pengguna anda untuk mendapatkan hadiah misteri daripada anda.

Hakcipta terpelihara 2019 – SMS Niaga
Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)