Hari Perayaan merupakan waktu yang cukup sesuai untuk anda berhubung dengan pelanggan menerusi pemasaran SMS.
Seperti yang dilakukan oleh banyak jenama, mereka sering menawarkan promosi menarik serta diskaun istimewa sempena pelbagai hari perayaan.
Memandangkan tahun 2023 bakal menjelma tak lama lagi, di sini kami ingin kongsikan tarikh-tarikh penting serta contoh SMS yang anda boleh hantarkan kepada pelanggan.
Kalendar Strategi Pemasaran SMS 2023 : Tarikh-Tarikh Penting & Idea Teks
Tahun Baru : 1 Januari 2023
Suntikkan rasa teruja di kalangan pelanggan untuk menempuh tahun baru dengan mesej inspirasi serta kod ekslusif untuk membeli-belah.
Contoh Teks :
Selamat Tahun Baru Ainaa! Jom melangkah ke tahun 2023 dengan penuh gaya! Gunakan kod NEWYEAR2023 untuk potongan 10% diskaun.
Tahun Baru Cina : 22 & 23 Januari 2023
Anda juga boleh tarik kunjungan pelanggan ke kedai anda dengan diskaun esklusif untuk pembelian secara walk-in sempena Tahun Baru Cina.
Contoh SMS Pemasaran 2023 untuk Tahun Baru Cina :
Semarakkan sambutan Tahun Baru Cina dengan potongan 15% diskaun bila anda dine-in di Neko Café. Tawaran sah pada 22 & 23 Jan sahaja!
Israk dan Mikraj : 18 Februari 2023
Tarikh penting pada dalam kalendar Islam juga boleh menjadi pendorong bagi orang ramai untuk banyakkan beramal.
Contoh SMS :
Selamat memperingati Israk Mikraj. Ayuh perbanyakkan sedekah pada hari ini. (pautan)
Awal Ramadan : 23 Mac 2023
Bulan Ramadan merupakan bulan yang dinanti-nantikan umat Islam setiap tahun.
Pada bulan ini, ramai yang tidak melepaskan peluang untuk banyakkan amal jariah.
Contoh SMS :
Hiasi bulan Ramadan anda dengan sedekah jariah. Klik di sini untuk taja anak-anak di Syria berbuka. (pautan)
Hari Raya Aidilfitri : 22 April 2023
Menjelang Hari Raya Aidilfitri, ramai yang teruja untuk buat persiapan dengan membeli-belah. Inilah peluang anda untuk tawarkan diskaun menarik.
Contoh SMS :
Salam Aidilfitri! Jom dapatkan koleksi Lebaran terkini dengan potongan diskaun 15%.
Hari Buruh : 1 Mei 2023
Contoh SMS :
Selamat Hari Buruh! Dapatkan potongan diskaun 30% bagi pembelian RM 50 ke atas dengan kod HARIBURUH23.
Hari Raya Aidiladha : 29 Jun 2023
Hari Raya Aidiladha adalah waktu yang baik untuk anda kongsikan pakej sumbangan serta qurban.
Contoh SMS :
Dah daftar qurban? Jom daftar dengan kami serendah RM 300 sebahagian! Klik di sini.
Awal Muharram : 19 Julai 2023
Sempena awal tahun baru Islam, anda boleh kongsikan motivasi serta ucapan ringkas buat pelanggan.
Contoh SMS :
Selamat menyambut Awal Muharram. Semoga tahun ini menjadi titik pemula bagi kita untuk kekal istiqamah dalam beribadah.
Hari Kemerdekaan : 31 Ogos 2023
Banyak jenama yang tak ketinggalan untuk tawarkan promosi menarik sempena Hari Kemerdekaan.
Contoh SMS :
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-66! Gunakan kod promo MERDEKA23 untuk dapatkan minuman dengan harga istimewa RM 6.60!
Hari Malaysia : 16 September 2023
Anda juga boleh war-warkan program istimewa bersama pelanggan di cawangan menerusi pemasaran SMS.
Contoh SMS :
Selamat Hari Malaysia! Kibarkan Jalur Gemilang ketika drive-thru dan dapatkan 15% diskaun bagi setiap pembelian!
Maulidur Rasul : 28 September 2023
Contoh Teks :
Ayuh perbanyakan amal sempena Malidur Rasul bersama kami. Klik di sini untuk menaja pek makanan untuk warga Palestin.
Deepavali : 12 November 2023
Anda juga boleh adakan jualan atau promosi menarik sempena sambutan Hari Deepavali.
Contoh SMS :
Raikan warna-warni Deepavali bersama koleksi terbaru kami. Checkout gunakan kod DEEPA23 untuk tebus penghantaran percuma.
Hari Krismas : 25 Disember 2023
Sambutan Hari Krismas cukup sinonim dengan pemberian hadiah untuk yang tersayang. Inilah peluang anda untuk adakan promosi menarik pada pelanggan.
Contoh SMS :
Selamat menyambut Hari Krismas! Gunakan kod XMAS23 untuk dapatkan balutan hadiah serta kad ucapan percuma daripada kami!
Tips Penghantaran SMS Pada Musim Perayaan
Pemasaran SMS mempunyai keunikan untuk mencapai pelanggan secara terus.
Jadi, anda perlulah gunakan kelebihan ini dengan tepat untuk tingkatkan hasil jualan.
Ini ada beberapa tips yang anda boleh ikuti untuk pastikan kempen pemasaran SMS 2023 anda berjaya pada musim perayaan :
Setkan Timing Yang Betul
Pastikan anda jadualkan blast SMS pada waktu yang betul. Sebagai contoh, sekiranya anda ingin tawarkan pakej Qurban, pastikan anda lakukannya lebih awal agar pelanggan boleh pertimbangkan untuk sertai program bersama anda.
Jangan Hantar Terlalu Banyak Mesej
Dengan lambakan jualan menjelang musim perayaan, pelanggan akan berasa rimas sekiranya sesebuah jennama hantarkan terlalu banyak mesej promosi.
Sebaliknya, rancang untuk hantar SMS dengan kekerapan yang sederhana dan fokuskan pada kandungan yang menarik dan bermanfaat untuk ditawarkan pada pelanggan.
Tingkatkan Jumlah Subscriber SMS
Tahukah anda bahawa 66% pelanggan menggunakan telefon bimbit untuk membeli-belah? Pada musim perayaan, lebih ramai pelanggan yang cenderung untuk buat pembelian.
Jadi, manfaatkanlah musim perayaan untuk tarik lebih ramai lagi pelanggan untuk daftar pemasaran SMS 2023 anda. Sebagai contoh, anda boleh tawarkan hadiah istimewa bagi setiap pendaftaran.
Contoh SMS : Mesej RAYA ke 23443 untuk dapatkan sampel lipstick percuma daripada NEERA.
Musim perayaan adalah waktu yang tepat untuk anda kekalkan kesetiaan pelanggan di samping menarik ramai lagi pelanggan untuk ketahui mengenai jenama anda.
Jangan lupa untuk gunakan waktu-waktu yang telah disenaraikan untuk lancarkan pemasaran SMS 2023.
Tetapkan waktu serta kandungan yang betul pada setiap SMS yang dihantar, anda pasti akan dapat hasil yang memuaskan.
Jom mulakan pemasaran SMS 2023 dengan kami! SMS Niaga sedia menawarkan pakej dengan harga yang berbaloi untuk tingkatkan potensi bisnes anda. Hubungi kami segera untuk ketahui dengan lebih lanjut.