Fakta Statistik Tentang Pemasaran SMS Untuk Tahun 2022

Nur Amrina Rasyada
Nur Amrina Rasyada

Bagi jenama yang tidak pernah menggunakan pemasaran SMS, mungkin anda tertanya tentang keberkesanannya.

Betulkah pemasaran SMS berkesan? Ada lagikah pelanggan yang nak baca SMS pada zaman ini?

Jangan tak tahu yang ramai usahawan berjaya mencapai target pemasaran mereka melalui SMS.

Kelebihan SMS seperti kadar bukaan yang tinggi serta mudah untuk dikendalikan menjadikan ia salah satu platform pemasaran yang cukup ideal bagi pelbagai jenama. 

Jom kita lihat beberapa fakta statistik pemasaran SMS dalam meningkatkan potensi bisnes serta interaksi pelanggan. 

Fakta Statistik Tentang Pemasaran SMS Untuk Tahun 2022

1. 60% Pengguna Menyemak SMS Seawal 1 ke 5 Minit 

Rata-rata, setiap orang pasti memiliki telefon bimbit. Pada zaman ini, ia sangat diperlukan untuk hal penting seperti berhubung, urusan kerja dan sebagainya. 

Secara automatik, pelanggan juga cenderung untuk menyemak notifikasi SMS yang diterima tanpa mengira waktu. Jadi, kebarangkalian mereka untuk membaca SMS adalah sangat tinggi. 

Tambahan pula, SMS masih boleh sampai pada pelanggan tanpa sambungan internet.

 Ini dapat meningkatkan lagi peluang anda untuk capai pelanggan dengan lebih mudah. 

2. 75% Pengguna Ingin Berhubung Melalui Teks

Menurut statistik, kira-kira 75% daripada pengguna berumur 44 tahun  ke bawah lebih gemar untuk berhubung dengan jenama menerusi SMS. 

Ia adalah kaedah komunikasi yang terus dan ringkas tanpa mengganggu kegiatan harian pengguna.

Lagipun, pengguna dalam lingkungan umur ini sudah terbiasa dengan SMS berbanding platform pemasaran digital lain.

3. 60% Pelanggan Cenderung Untuk Dapatkan Khidmat Pelanggan Menerusi SMS 

Menurut statistik yang dikongsikan oleh Learning Hub, tidak ramai pelanggan yang gemar untuk terima emel atau panggilan telefon daripada jenama. 

Buktinya, lebih 50% pelanggan lebih gemar untuk gunakan SMS ketika berinteraksi dengan khidmat pelanggan. Cara ini dilihat sebagai kaedah komunikasi yang lebih mudah, langsung dan ringkas.  

4. 83% Pelanggan Lebih Gemar Berinteraksi Menerusi SMS Untuk Atur Temu Janji

Adakah anda risau yang SMS  peringatan temujanji daripada jenama anda akan mengganggu pelanggan?

Jangan risau! Berdasarkan data, lebih daripada 80% pelanggan sudi untuk menerimanya. 

SMS sebegini juga dapat menyerlahkan lagi nilai keprihatinan serta reputasi baik bagi sesebuah jenama.

5. 72% Pelanggan Lebih Terdorong Untuk Berinteraksi Dengan SMS Bersifat Personalized

Antara kelebihan SMS adalah sifatnya yang boleh ditambah unsur peribadi. Memetik podium.com, rata-rata 72% pelanggan lebih gemar untuk berinteraksi dengan personalized SMS berbanding SMS biasa. 

Oleh itu, anda sangat digalakkan untuk tambahkan nilai peribadi dalam SMS yang dihantar dengan menambah nama panggilan pelanggan pada awal mesej serta nada yang mesra untuk tarik perhatian mereka. 

Semua dapatan ini membuktikan yang pemasaran SMS sememangnya berkesan untuk mencapai pelanggan secara berkesan.

Dengan penghantaran SMS yang menarik dan tepat pada waktunya, anda juga boleh jayakan kempen pemasaran yang berkesan. 

Jangan terkejut kalau banyak pesanan masuk sebaik sahaja anda blast SMS! 

Jom tingkatkan potensi perniagaan anda dengan SMS Niaga. Kami sedia menawarkan pakej yang menarik dengan ciri-ciri yang tepat untuk jenama anda. Hubungi kami segera untuk ketahui dengan lebih lanjut. 

Sumber : attentive.com

Hakcipta terpelihara 2019 – SMS Niaga
Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)