Panduan dan Tips Untuk Blast SMS Ketika Pelancaran Produk

Aplikasi Niaga
Aplikasi Niaga

Apabila syarikat anda ingin adakan pelancaran produk terbaru, anda pasti mengharapkan ia mendapat sambutan yang hangat.

Di sinilah anda boleh manfaatkan pemasaran SMS agar lebih ramai ketahui mengenai produk yang bakal dilancarkan.

Ciri-ciri pemasaran SMS yang mudah dicapai, kadar bukaan dan engagement yang tinggi serta mudah untuk dikendalikan menjadikan ia berkesan bagi membantu anda mencapai target pemasaran.

Bagaimanakah caranya untuk blast SMS bagi menarik perhatian pelanggan untuk sertai pelancaran produk terbaru? 

Apakah kekerapan yang sesuai untuk menghantar SMS dan apa yang perlu ditulis dalam mesej teks?

Jom ikuti panduan serta tips untuk blast SMS sempena pelancaran produk.

Pelancaran Produk

Panduan dan Tips Untuk Blast SMS Ketika Pelancaran Produk

SMS 1 – Launch

60 saat sebelum jualan dibuka, hantarkan SMS untuk kepada pelanggan Antara contoh SMS untuk pelancaran produk adalah :

RM0.00 [Brand A] : Cepat! Jualan dah dibuka. 5 pembeli pantas dapat iPhone 12. Klik sini: (websiteanda).

SMS 2 – Reminder

SMS reminder ini sebaiknya hantar 1 atau 2 jam selepas SMS pertama dihantar. Apakah tujuannya? Sudah tentu untuk beri peringatan pertama kepada pelanggan sebelum jualan tutup.

Contoh SMS reminder adalah seperti berikut :

RM0.00 [Brand A] : Lagi 2 jam kami tutup jualan tau. Cepat beli sebab dapat 50% diskaun. Klik di sini (pautan website anda).

SMS 3 – Final Call

Ini adalah SMS peringatan terakhir kepada pelanggan. Anda boleh jadualkan untuk blast 30 minit sebelum jualan tutup.

Contoh SMS final call adalah seperti berikut :

RM0.00 [Brand A] : Lagi 30 minit jualan tamat. 50% diskaun pun akan sold out. Beli sekarang di (pautan website anda).

Tips Pelancaran Produk Yang Berkesan Melalui Pemasaran SMS

Untuk memastikan keberkesanan pemasaran SMS ketika product launch, anda boleh rangka beberapa rancangan seperti :

Hantar SMS Kepada Pelanggan Sasaran

Kenalpasti pelanggan sasaran supaya produk yang anda bakal lancarkan bersesuaian dengan minat mereka.

Anda juga digalakkan untuk hantar SMS ini kepada prospek yang masuk dalam waiting list saja.

Sebab kita sudah dapat kebenaran mereka untuk bagi peringatan semasa jualan dibuka.

Pelancaran Produk

Khususkan Akses Awal Kepada Pelanggan Terpilih

Berikan akses awal kepada pelanggan yang mendaftar lebih awal bagi mendapatkan produk. Sekiranya jenama anda mempunyai loyalty program, anda boleh tawarkan akses awal kepada ahli berdaftar.

Kemudian, barulah anda buka jualan kepada pelanggan dari saluran e-mel dan media sosial.

Umumkan Mengenai Produk Terbaru Lebih Awal

Umumkan mengenai produk yang bakal dilancarkan lebih awal di platform lain seperti media sosial dan pemasaran e-mel.

Cetuskan rasa teruja di kalangan pelanggan dengan kandungan seperti teaser, countdown, huraian produk dan sebagainya.

Teruskan Interaksi Selepas Pelancaran Produk

Kekal berhubung dengan pelanggan selepas pelancaran untuk dapatkan ulasan atau review daripada mereka.

Dengan cara ini, anda boleh kenalpasti tahap kepuasan pelanggan ketika terlibat dalam kempen pelancaran produk.

Pelancaran Produk

Pemasaran SMS sememangnya merupakan saluran yang sesuai bagi mendorong pelanggan supaya berminat dengan pelancaran produk.

Selain mempunyai kadar engagement yang tinggi, SMS juga membolehkan anda untuk jejak kempen pemasaran bagi melihat keberkesanannya.

Ini sekaligus dapat membantu anda dalam merancang kempen yang seterusnya dengan lebih baik.

Ingin naikkan potensi bisnes anda dengan pemasaran SMS? Jom langgan pemasaran SMS menerusi SMS Niaga dengan harga yang berbaloi. Hubungi kami segera untuk ketahui dengan lebih lanjut!

Hakcipta terpelihara 2019 – SMS Niaga
Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)