Ingin mulakan pemasaran SMS tapi tak tahu nak buat ayat?
Sebenarnya ada banyak kelebihan pemasaran SMS untuk tingkatkan potensi bisnes anda.
Kalau tahu cara menulis ayat SMS, sebenarnya mudah sahaja. Anda juga perlu manfaatkan setiap patah perkataan memandangkan SMS terhad kepada 160 patah perkataan sahaja.
Jadi, apakah cara yang mudah untuk tulis ayat SMS untuk tarik pelanggan?
Ayuh kita ikuti formula yang telah dikongsikan oleh pakar pemasaran digital, Aqif Azizan. Menurutnya, cara ini telah digunakan oleh ramai marketer untuk raih hasil jualan yang lumayan.
6 Formula Tulis Ayat SMS Marketing Untuk Tarik Pelanggan
1. Letak Nama Brand
Sebagai penerima SMS, kita mesti nak tahu siapa yang menghantarnya. Jadi, setiap SMS marketing kena letak nama brand. Barulah pelanggan tak terpinga-pinga bila membaca SMS.
Jangan lupa untuk letak titik noktah bertindih selepas letak nama brand (:).
Contohnya : ‘Brand ABC :’
2. Berikan Sebab
Berikan sebab yang ringkas dan jelas mengapa kita hubungi pelanggan. Mungkin kita nak berterima kasih atas pembelian yang dibuat bulan lepas.
Barangkali, kita ingin sampaikan ucapan kepada pelanggan sempena hari istimewa seperti Hari Jadi atau hari perayaan.
Antara contoh sebab-sebab yang boleh ditulis pada awal SMS adalah :
“Terima kasih dapatkan jubah ABC bulan lepas!”
“Selamat Hari Jadi, [nama panggilan penerima]!”.
3. Tawaran atau Offer
Tawaran dalam SMS marketing adalah sangat penting dalam menentukan engagement pelanggan dan kadar conversion.
Jadi, anda perlulah fikirkan tawaran yang menarik untuk mendorong pelanggan berbelanja. Mungkin anda boleh berikan mereka diskaun untuk keluaran produk terbaharu.
Contoh :
“Diskaun 50% untuk koleksi baru Sept 28 ini.”
4. Call-To-Action
Setiap SMS marketing juga perlu ada arahan Call-To-Action yang jelas. Langkah ini juga bergantung kepada flow pembelian yang ditetapkan oleh bisnes kita.
Biasanya peniaga akan berikan kod kupon yang boleh digunakan untuk claim di Whatsapp atau ketika membeli di website.
Anda boleh tulis ayat lebih kurang begini :
“Guna kod SALE4U untuk diskaun set skincare NUR”.
“Tebus 50% diskaun di website dengan kod ESP50”.
5. Urgency
Manusia tidak akan buat sesuatu dengan segera jika tak diberikan tempoh masa. Oleh itu, untuk mendorong tindakan segera dari pelanggan, anda boleh letakkan tarikh tamat tempoh tawaran seperti contoh berikut :
“Tamat 31-9-23”.
6. Pendekkan Ayat
Semak semula draf SMS dan buang mana-mana perkataan yang tidak perlu. Jangan lupa yang had SMS adalah 160 patah perkataan sahaja.
Pastikan SMS anda mempunyai panjang yang optimum tanpa sebarang kesalahan ejaan.
Sebagai contoh anda boleh tulis ayat SMS begini : “Brand ABC: Terima kasih dapatkan jubah ABC bulan lepas! Diskaun 50% untuk collection baru Sept 23. Guna kod kupon: ABC50 . (letak URL website anda). Tamat 31-9-23”.
Mungkin bagi yang baru berjinak-jinak dalam pemasaran SMS rasa susah untuk tulis ayat untuk lancarkan kempen. Namun, dengan adanya panduan ini, sekejap sahaja boleh siap. Pastikan teks SMS anda lengkap dengan elemen-elemen di atas. Selamat mencuba!
Sumber : Aqif Azizan