Bagi jenama yang tidak pernah menggunakan pemasaran SMS, mungkin anda tertanya tentang keberkesanannya.
Betulkah pemasaran SMS berkesan? Ada lagikah pelanggan yang nak baca SMS pada zaman ini?
Jangan tak tahu yang ramai usahawan berjaya mencapai target pemasaran mereka melalui SMS.
Kelebihan SMS seperti kadar bukaan yang tinggi serta mudah untuk dikendalikan menjadikan ia salah satu platform pemasaran yang cukup ideal bagi pelbagai jenama.
Jom kita lihat beberapa fakta statistik pemasaran SMS dalam meningkatkan potensi bisnes serta interaksi pelanggan.
Fakta Statistik Tentang Pemasaran SMS Untuk Tahun 2024
1. 91% Pelanggan Berminat Untuk Mendaftar SMS Marketing
Rata-rata, setiap orang pasti memiliki telefon bimbit. Pada zaman ini, ia sangat diperlukan untuk hal penting seperti berhubung, urusan kerja dan sebagainya.
Secara automatik, pelanggan juga cenderung untuk menyemak notifikasi SMS yang diterima tanpa mengira waktu. Jadi, kebarangkalian mereka untuk membaca SMS adalah sangat tinggi iaitu sehingga 98%!
Dalam sebuah survey, kira-kira 91% pelanggan juga dilihat berminat untuk mendaftar SMS Marketing dengan sesebuah jenama.
Jadi, memang rugi kalau sesebuah bisnes tak manfaatkannya untuk capai pelanggan.
2. 61% Pengguna Berharap Bisnes Dapat Dihubungi Menerusi SMS
Menurut statistik, kira-kira 61% daripada pengguna lebih selesa untuk berinteraksi secara terus dengan sesebuah bisnes menggunakan SMS kerana cara ini lebih ringkas dan straightforward.
Lebih penting lagi, mereka juga harapkan sesebuah bisnes dapat berikan respon pantas menerusi SMS.
3. SMS Marketing Boleh Menyumbang Sehingga 70% Conversion Rate
Menurut satu statistik, kempen SMS dengan kandungan interaktif boleh menyumbang sehingga 70% conversion rate.
Oleh sebab itulah SMS tetap menjadi pilihan ramai pemilik bisnes untuk mencetuskan engagement pelanggan dengan berkesan.
Kadar ini dilihat 36% lebih tinggi berbanding kandungan pasif yang dikongsikan oleh sesebuah bisnes.
Bagi tahun ini, pemasaran SMS dilihat bakal berevolusi lagi untuk menjana engagement yang aktif dalam kalangan pelanggan.
Ini sekaligus dapat meningkatkan fungsi SMS sebagai alatan pemasaran yang dinamik bagi sesebuah bisnes.
4. 83% Pelanggan Lebih Gemar Berinteraksi Menerusi SMS Untuk Atur Temu Janji
Adakah anda risau yang SMS peringatan temujanji daripada jenama anda akan mengganggu pelanggan?
Jangan risau! Berdasarkan data, lebih daripada 80% pelanggan sudi untuk menerima SMS lebih-lebih tentang peringatan dan pengurusan temujanji.
SMS sebegini juga dapat menyerlahkan lagi nilai keprihatinan serta reputasi baik bagi sesebuah jenama.
5. 72% Pelanggan Lebih Terdorong Untuk Berinteraksi Dengan SMS Bersifat Personalized
Antara kelebihan SMS adalah sifatnya yang boleh ditambah unsur peribadi. Sebuah statistik menunjukkan kira-kira 72% pelanggan lebih gemar untuk berinteraksi dengan personalized SMS berbanding SMS biasa.
Oleh itu, anda sangat digalakkan untuk tambahkan nilai peribadi dalam SMS yang dihantar dengan menambah nama panggilan pelanggan pada awal mesej serta nada yang mesra untuk tarik perhatian mereka.
Semua dapatan mengenai fakta statistik tentang pemasaran SMS ini membuktikan yang ia sememangnya berkesan untuk mencapai pelanggan.
Dengan penghantaran SMS yang menarik dan tepat pada waktunya, anda juga boleh jayakan kempen pemasaran yang menepati hala tuju bisnes.
Anda pasti terkejut bila banyak pesanan masuk sebaik sahaja blast SMS!
Jom tingkatkan potensi perniagaan anda dengan SMS Niaga. Kami sedia menawarkan pakej yang menarik dengan ciri-ciri yang tepat untuk jenama anda.
Jangan ketinggalan untuk nikmati promosi percuma sempena Ramadan yang bakal tiba tak lama lagi!
Hubungi kami segera untuk ketahui dengan lebih lanjut.
Sumber : livevox.com, textmagic.com, attentive.com