Pada tahun 2019, Lazada mencatatkan 1 juta jualan produk dalam sejam pertama bermulanya hari jualan 11.11. Sementara itu, Shopee pula dilaporkan berjaya menjual 70 juta produk dalam satu hari!
Dengan habit pembelian secara atas talian yang semakin rancak sejak penularan wabak Covid-19, trend ini didapati mempunyai potensi yang tinggi dalam melonjakkan jenama tak kira kecil atau besar.
Seiring dengan itu, peniaga juga perlu merancang strategi kempen pemasaran yang terbaik untuk bersaing secara sengit dengan jenama lain.
Nak lipatgandakan hasil jualan pada acara 11.11 tahun ini?
Di sini kami ingin kongsikan tips pemasaran SMS bagi membantu anda mencapai target pemasaran sempena kempen 11.11.
5 Tips SMS Marketing Untuk Jualan 11.11
1. Tetapkan Masa Blast SMS Yang Sesuai Untuk Pra-Kempen
Jika anda menghantar mesej promosi terlalu hampir dengan hari jualan, kemungkinan pelanggan telah membuat pilihan produk yang akan dibeli dan mengabaikan tawaran promosi anda.
Menerusi perkongsian daripada platform membeli belah Shopee, peniaga disarankan untuk mulakan pra-kempen kira-kira 15 hari sebelum tarikh 11.11.
Jadi, anda perlulah sediakan senarai draf SMS yang menarik untuk pelanggan dan blast pada tempoh pra-kempen untuk lonjakkan jualan.
2. Hantar Personalized SMS
Menurut statistik, kira-kira 72% pelanggan lebih cenderung untuk berinteraksi dengan personalized SMS yang dihantar oleh jenama.
Oleh itu, anda sangat digalakkan untuk tambahkan nilai SMS anda dengan unsur peribadi. Gunakan nada yang mesra dan letakkan nama panggilan pelanggan pada awal mesej untuk tarik perhatian mereka.
3. Kenalpasti Pembeli Sasaran
Untuk merancakkan lagi pembelian daripada pelanggan, anda perlu kenalpasti pembeli sasaran. Gunakan data sedia ada untuk kenalpasti minat pelanggan.
Daripada situ, anda boleh sediakan baucer yang bersesuaian dengan minat mereka. Tingkatkan kesedaran kepada sasaran yang tepat supaya mereka tak boleh menolak promosi daripada jenama anda.
4. Hantar Special Offer Pada Pelanggan Setia
Jualan 11.11 adalah masa yang sesuai untuk anda tawarkan promosi ekslusif buat pelanggan VIP yang setia menyokong jenama anda selama ini.
Pasti mereka tidak akan lepaskan peluang untuk dapatkan produk anda dengan harga istimewa.
Tambahan pula, mereka lebih mudah untuk didorong kerana sudah terbiasa dengan produk dan perkhidmatan anda.
5. Wujudkan Sense of Urgency
Salah satu sebab SMS Marketing begitu berjaya ialah disebabkan oleh kadar bacaan yang tinggi.
Jadi, anda perlulah karang teks yang boleh mendorong tindakan segera daripada pelanggan. Gunakan kata-kata seperti Tambah ke cart sekarang, Hari ini sahaja dan Beli sekarang.
Jualan 11.11 adalah peluang baik untuk jenama anda tingkatkan reputasi dan dapatkan pulangan yang lumayan daripada pelanggan.
Dengan perancangan yang betul dan rapi, anda pasti dapat menarik perhatian pelanggan untuk berbelanja pada jualan 11.11 nanti.
Berminat untuk gunakan pemasaran SMS bagi jenama anda? Jom cuba produk SMS Niaga daripada kami.
Pakej SMS yang kami tawarkan sangat berbaloi dan pasti menepati keperluan bisnes anda. Hubungi kami segera untuk ketahui dengan lebih lanjut.