Copy and paste adalah salah satu rutin yang sering kita lakukan dalam pengendalian data di Excel.
Terdapat pelbagai pilihan paste dalam menu Paste Special. Namun, apa yang kita ingin fokuskan dalam artikel ini adalah Paste Values.
Kaedah paste ini sangat penting bagi mengendalikan data berunsurkan nombor atau teks seperti senarai data pelanggan untuk pemasaran SMS.
Dengan cara ini, nombor telefon pelanggan tak akan terjejas bila dipindahkan ke column atau row lain.
Mari kita pelajari cara paste value yang betul di Excel.
Cara Paste Value Yang Betul Di Excel
- Pilih cell dengan formula dan klik Ctrl + C untuk copy.
- Untuk pilih data dari seluruh column, anda boleh tekan pada nombor pertama. Kemudian tekan shortcut Ctrl + Shift + Down untuk pilih semua secara automatik.
- Pilih tempat yang anda ingin paste data.
- Gunakan salah satu shortcut berikut :
- Alt, E, S, V, Enter (untuk laptop Mac, anda boleh tekan: Ctrl+Cmd+V)
- Alt, H, V, V
- Menu Key+ V
- Ctrl+V, Ctrl, V
- Anda juga boleh right-click dan pilih Paste Values.
- Kemudian, tekan Enter.
Tips :
Sekiranya anda ingin copy Values ke lokasi lain dan ingin simpan format nombor seperti simbol matawang atau titik perpuluhan, tekan Ctrl + Alt + V, kemudian U untuk paste Value dan format nombor.
Begitulah cara paste value yang betul di Excel. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda kendalikan data di Excel untuk pemasaran SMS. Selamat mencuba!
Sumber : ablebits.com, excelcampus.com