8 Strategi Pemasaran SMS Untuk Mempengaruhi Gelagat Pembeli

Nur Amrina Rasyada
Nur Amrina Rasyada
Strategi Pemasaran SMS Untuk Mempengaruhi Gelagat Pembeli

Pemasaran SMS merupakan satu proses komunikasi berterusan yang boleh dimanfaat oleh sesebuah jenama untuk menghantar promosi serta informasi relevan kepada telefon bimbit pelanggan.

Ia dilihat sebagai salah satu strategi yang baik untuk meningkatkan kesedaran jenama pada peringkat dengan lebih tersasar.

Sebelum anda mulakan blast SMS, anda perlulah rangka perancangan terbaik bagi menjamin keberkesanannya.

Jom ikuti 8 strategi pemasaran SMS yang boleh mempengaruhi gelagat pembeli secara positif.

8 Strategi Pemasaran SMS Untuk Mempengaruhi Gelagat Pembeli

1. Dapatkan Kebenaran Pelanggan

Walaupun anda memiliki senarai nombor telefon pelanggan, namun ini tidak bermakna anda tidak boleh hantarkan mesej sesuka hati tanpa kebenaran mereka.

Perkara ini boleh melanggar etika komunikasi dan boleh mencemarkan nilai profesional bagi jenama anda.

Oleh itu, anda perlulah dapatkan kebenaran pelanggan terlebih dahulu sebelum mulakan pemasaran SMS terhadap mereka.

Anda boleh hantarkan SMS dengan Call to Action (CTA) yang jelas supaya pelanggan dapat bersetuju atau menolak dengan mudah.

Sebagai contoh, anda boleh minta pelanggan untuk balas (YA / TIDAK) untuk sertai program SMS.

2. Pastikan Mesej Ringkas Dan Mudah Difahami

Jika anda menghantar SMS panjang berjela, kemungkinan besar pelanggan tak akan berminat untuk membacanya. Oleh itu, anda perlulah mengarang teks SMS sependek yang mungkin serta mudah difahami.

Tambahan pula, SMS hanya terhad kepada 160 karakter sahaja. Jadi, anda perlu manfaatkan setiap perkataan sebaiknya agar mesej sampai kepada pelanggan.

3. Sertakan Call-To-Action Yang Jelas

Mesej yang anda karang perlulah mempunyai nilai serta keupayaan untuk mendorong pelanggan berinteraksi dengan jenama anda.

Cara paling utama untuk pastikan ianya berlaku ialah dengan menyertakan Call to Action (CTA) yang jelas dalam mesej yang dihantar.

Anda boleh selitkan arahan seperti Klik di Sini, Beli Sekarang atau Balas bagi menarik interaksi pelanggan. Sertakan bersama pautan untuk memudahkan pelanggan membuat urusan berkaitan mesej yang dihantar.

Pelanggan mungkin akan berasa kurang senang untuk klik pautan yang terlalu panjang.

Untuk mengatasinya, anda sangat digalakkan untuk guna pemendek pautan untuk sertakan pautan ketika menghantar SMS. Ini juga akan membuatkan mesej anda nampak lebih kemas dan profesional

4. Jangan Hantar Mesej Terlalu Kerap

Memang tak dinafikan, ada kalanya anda mungkin berasa teruja untuk kongsikan berita atau promosi menarik daripada jenama anda.

Namun, anda tak boleh hantarkan mesej bertalu-talu kepada pelanggan tanpa perancangan masa yang baik.

Jika pelanggan menerima mesej terlalu kerap, kemungkinan besar mereka akan opt-out atau block nombor anda serta-merta.

Jadi, anda perlulah rancang waktu serta kandungan yang bersesuaian untuk dihantar pada pelanggan yang tepat dalam satu-satu masa. Dengan cara ini, halatuju kempen anda akan lebih jelas dan teratur.

5. Hantar Mesej Pada Waktu Yang Sesuai

Bercakap tentang waktu, anda perlu pastikan mesej dihantar pada waktu yang tepat untuk tarik perhatian pelanggan.

Langkah yang terbaik ialah dengan menghantarnya pada waktu bekerja. Elakkan waktu yang boleh mengganggu pelanggan seperti tengah malam atau pada hari cuti.

Cara ini bukan saja lebih digemari oleh pelanggan, malah ia akan meningkatkan lagi nilai profesional bagi jenama anda.

6. Tambahkan Nilai Personal Dalam SMS

Menurut perkongsian daripada podium.com, 72% pelanggan akan lebih cenderung untuk berinteraksi dengan SMS yang mempunyai nilai personal berbanding SMS biasa.

Jadi, anda sangat digalakkan untuk tambahkan unsur peribadi bagi menarik minat pelanggan dalam pemasaran SMS.

Apa yang anda boleh lakukan ialah tambahkan nama panggilan pelanggan pada awal teks untuk tarik mereka membuka mesej daripada anda. Kemudian, gunakan nada yang ringkas dan mesra ketika mengarang teks.

Percayalah, cara ini akan lebih mendorong pelanggan untuk ketahui lebih lanjut mengenai mesej yang anda sampaikan.

7. Promosikan Pemasaran SMS di Semua Media

Anda juga boleh tingkatkan jumlah subscriber bagi pemasaran SMS dengan mengiklankan pendaftaran di pelbagai platform media.

Sebagai contoh, anda boleh tambahkan pilihan opt-in pada website e-commerce anda ketika pelanggan mendaftar atau buat pembelian.

Anda juga boleh ajak pelanggan dalam senarai pemasaran e-mel untuk turut sertai program pemasaran SMS anda.

8. Fokuskan Pada Pelanggan Setia

Pelanggan terbaik adalah pelanggan yang setia dan kerap membeli produk atau perkhidmatan anda secara konsisten.

Antara strategi pemasaran SMS yang baik ialah dengan mengenalpasti kumpulan pelanggan ini dan tawarkan keistimewaan buat mereka.

Anda boleh kategorikan mereka sebagai pelanggan VIP kerana mereka cukup sukakan jenama anda.

Oleh itu, anda perlulah jaga kesetiaan mereka dengan menawarkan pelbagai diskaun serta promosi ekslusif buat mereka.

Hantarkan SMS khas supaya mereka kekal berminat dengan jenama anda dalam tempoh yang lama.

Selain itu, anda juga boleh ajak pelanggan untuk sertai program kesetiaan (loyalty program) untuk dapatkan promosi khas daripada jenama anda.

Dengan adanya program ini, maka lebih mudah untuk anda kongsikan tawaran istimewa buat mereka.

Ada banyak cara yang anda boleh lakukan untuk memastikan kempen pemasaran anda berjaya. Dengan strategi pemasaran SMS yang rapi, anda pasti berhasil untuk lonjakkan lagi jenama anda dan meraih lebih ramai pelanggan.

Bagi anda yang berminat untuk cuba SMS Marketing, jom daftar SMS Niaga dengan kami.

Harga pakej yang kami tawarkan cukup berbaloi dan pasti menepati keperluan jenama anda. Hubungi kami segera untuk ketahui dengan lebih lanjut!

Hakcipta terpelihara 2019 – SMS Niaga
Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)