7 Etika SMS Perniagaan Yang Anda Perlu Ambil Berat Untuk Kempen Pemasaran Yang Berkesan

Nur Amrina Rasyada
Nur Amrina Rasyada

Pemasaran SMS merupakan cara yang baik untuk mencapai pelanggan demi mengembangkan perniagaan anda.

Walaupun SMS boleh dikatakan sebagai kaedah komunikasi yang agak lama, namun ia sangat relevan dan digunakan secara meluas dalam pemasaran digital.

Bagi memastikan kempen pemasaran SMS anda berkesan, anda perlulah mengambil kira beberapa etika ketika menghantar SMS atau blast SMS kepada pelanggan.

Selain untuk memastikan target kempen anda tercapai, etika-etika ini juga perlu dipatuhi bagi menarik pelanggan supaya lebih berminat dengan jenama anda.

Jom kita lihat 7 peraturan serta etika yang anda perlu ambil berat ketika blast SMS pada pelanggan.

7 Etika SMS Perniagaan Yang Anda Perlu Ambil Berat

1. Pilih Masa Yang Tepat Untuk Blast SMS

Oleh kerana penghantaran mesej teks adalah salah satu bentuk komunikasi yang paling langsung, anda perlulah titikberatkan masa serta hari anda blast SMS.

Cuba elakkan menghantar mesej kepada pelanggan di luar waktu kerja.

Ini bukan sahaja untuk menghormati masa pelanggan, malah cara ini juga dapat mengelakkan pelanggan daripada terlepas sebarang mesej penting daripada anda.

2. Pastikan Nada Anda Jelas

Disebabkan ia mempunyai struktur yang pendek dan ringkas, kandungan teks SMS ada kalanya boleh disalah anggap bagi sesetengah pembaca.

Sebagai contoh, anda mungkin terdengar lebih keras atau lebih mendesak daripada yang anda fikirkan.

Sebagai permulaan, cuba tulis dalam ejaan dan ayat yang lengkap.

Sentiasa baca mesej anda dengan kuat untuk menyemak semula nada suara anda dan bagi memastikan mesej  disalurkan seperti yang dimaksudkan sebelum dihantar kepada pelanggan.

Jangan lupa untuk selitkan bersama kata-kata yang sopan seperti “tolong” dan “terima kasih.”

Etika SMS

3. Jangan Anggap  Pembaca Faham Kata Singkatan

Walaupun anda kerap gunakan sesetengah kata singkatan atau akronim, tak semestinya semua orang faham maksud sebenarnya.

Jika anda perlu menjimatkan ruang, gunakan trengkas yang terkenal supaya penerima memahami mesej yang anda ingin sampaikan.

Penggunaan kata singkatan atau akronim juga membuatkan jenama anda kelihatan kurang profesional bila berhubung dengan pelanggan.

Untuk elakkan salah faham, kami mengesyorkan agar supaya elakkan sebarang akronim yang boleh membuatkan pelanggan rasa tidak selesa ketika membaca.

4. Jangan Gunakan Pemesejan Teks Untuk Pengumuman Sensitif

Walaupun menghantar mesej teks adalah mudah dan mudah, anda tak disarankan untuk berkongsi berita buruk atau maklum balas negatif melalui SMS.

Ini bukan saja membuatkan mesej anda cenderung untuk disalahtafsir, malah ia juga boleh mengurangkan nilai profesional bagi jenama anda.

Untuk menyampaikan perubahan penting syarikat yang memerlukan konteks lanjut, pertimbangkan untuk hantar maklumat kritikal menerusi e-mel.

Kemudian, barulah anda boleh blast SMS kepada pelanggan untuk mengingatkan mereka semak e-mel yang baru dihantar.

5. Karang Teks Yang Pendek

Pelanggan pasti tidak berminat membaca SMS daripada anda sekiranya ia dikarang panjang berjela.

Pastikan teks yang anda karang ringkas, pendek dan mudah difaham. Dua ayat pendek pun sudah mencukupi. Masukkan info yang perlu sahaja.

Sekiranya ada info tambahan yang perlu dimaklumkan pada pelanggan, sertakan link pada SMS untuk rujukan atau tindakan selanjutnya.

Etika SMS

6. Jangan Sia-Siakan Pelanggan Yang Berminat

Sebaik saja anda kenalpasti pelanggan yang berminat dengan jenama anda, bertindaklah segera!

Tawarkan promosi khas atau informasi yang penting mengenai jenama anda untuk mereka.

Jika anda hantarkan SMS dengan frekuensi, kandungan serta timing yang tepat, pelanggan pasti akan berminat untuk terima dan respon pada mesej anda secara konsisten.

7. Sediakan Sistem Opt-Out Yang Mudah

Seperkara lagi, pastikan sistem SMS anda dilengkapi dengan tetapan opt-out yang mudah.

Contohnya, anda boleh berikan pilihan kepada penerima untuk balas “STOP” untuk berhenti menerima SMS daripada anda.

Jika pelanggan anda tidak dapat opt-out dengan mudah, pelanggan mungkin akan rasa rimas dan syarikat anda mungkin akan mendapat aduan daripada pihak Telco tempatan.

Etika SMS

Pemasaran SMS sememangnya ada banyak kelebihan untuk menggandakan potensi perniagaan anda.

Jika anda pandai mengatur strategi dan berjaya mengekalkan etika yang baik semasa menghantar SMS, pasti pelanggan akan lebih tertarik untuk berinteraksi dengan anda.

Bagi yang berminat untuk mulakan pemasaran SMS bagi jenama anda, kami turut menawarkannya menerusi produk kami iaitu SMS Niaga.

Untuk ketahui dengan lebih lanjut tentang pakej serta ciri-ciri yang kami tawarkan, hubungilah kami segera!

Hakcipta terpelihara 2019 – SMS Niaga
Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)