Adakah anda gunakan SMS Marketing sebagai salah satu strategi pemasaran perniagaan?
Selain menawarkan pelbagai kelebihan seperti engagement yang lebih tinggi berbanding platform pemasaran digital lain, SMS Marketing juga memberi kebebasan kepada anda untuk menarik pelanggan secara kreatif.
Biasanya kita gunakan SMS untuk beri peringatan dan pengesahan pesanan pelanggan. Namun, ada banyak cara yang anda boleh manfaatkan untuk serlahkan lagi jenama anda menerusi pemasaran SMS.
Nak tahu idea-idea kempen pemasaran SMS kreatif yang anda boleh cuba? Jom ikuti perkongsian dari kami!
6 Kempen Pemasaran SMS Kreatif Yang Anda Patut Cuba
1. Diskaun Dan Jualan Kilat Kepada Pelanggan Utama
Siapa yang tak tertarik dengan potongan diskaun atau jualan kilat eskusif? Ia sememangnya merupakan antara kempen pemasaran yang paling berkesan untuk menarik pelanggan melakukan pembelian.
Bila anda ingin gunakan kempen ini, pastikan anda target pelanggan setia terlebih dahulu supaya mereka rasa dihargai. Anda boleh gunakan kata-kata yang menarik di SMS seperti :
“Anda adalah antara pelanggan setia kami, dapatkan diskaun 25% dengan menggunakan kod istimewa ini”.
Pertimbangkan untuk menjalankan kempen jualan kilat dengan kerap. Dengan cara ini, pelanggan akan lebih cenderung untuk memilih produk anda dan berbelanja dengan lebih banyak.
2. War-warkan Blog/Content Yang Menarik
Anda juga boleh gunakan platform SMS Marketing untuk promosikan blog serta kandungan (content) yang menarik mengenai jenama anda kepada pelanggan.
Cara ini bukan sahaja dapat tingkatkan kadar klik ke laman web, malah ia juga mendorong pelanggan untuk tahu dengan lebih lanjut mengenai jenama anda.
Selain laman web, anda juga boleh berikan link media sosial bagi meningkatkan brand awareness bagi bisnes anda!
3. Kongsikan Tip Mingguan Dan Bulanan
Nakkan kelainan? Hantarkan teks SMS berbentuk tips secara mingguan atau bulanan yang bersesuaian dengan industri perniagaan anda.
Contohnya, jika anda menjual barangan hiasan rumah, anda boleh kongsikan petua mengenai reka bentuk dalaman atau trend warna terkini.
4. Adakan Pertandingan Dan Hadiah Percuma
Cara kreatif lain yang anda boleh gunakan adalah dengan mengadakan pertandingan cabutan bertuah atau giveaway.
Kaedah ini pasti bakal menambah penglibatan pelanggan terhadap jenama anda.
Pastikan anda sediakan terma syarat yang sewajarnya bagi mereka yang ingin sertai.
Untuk promosikan peraduan anda, umumkan kempen di saluran media sosial atau laman web anda dengan poster yang menarik.
Kepada mereka yang tidak menang, hantarkan diskaun hadiah saguhati sebagai penghargaan terhadap penyertaan mereka.
Cara ini juga merupakan peluang yang baik untuk anda kumpulkan data mengenai pelanggan.
5. Ucapan Terima Kasih Dan Maklum Balas Pelanggan
Untuk mengekalkan kesetiaan pelanggan, anda boleh manfaatkan SMS Marketing dengan menghantar mesej ucapan terima kasih, termasuk diskaun atau tawaran untuk pembelian mereka yang seterusnya.
Selain itu, anda juga boleh gabungkan mesej terima kasih dengan tinjauan maklum balas pantas untuk meningkatkan kadar respons.
Antara idea-idea tinjauan SMS yang anda boleh cuba adalah :
- Sejauh manakah anda berpuas hati dengan servis kami?
- Adakah anda akan mengesyorkan produk kami kepada keluarga dan rakan-rakan anda?
- Apakah yang anda nantikan dari kami untuk acara seterusnya?
- Undilah produk kegemaran anda yang seterusnya untuk bulan ini!
6. Hantarkan Mesej Peringatan Abandoned Cart
Tahukah anda, kira-kira 7 daripada 10 pelanggan cenderung untuk abaikan cart mereka bila membeli-belah secara atas talian?
Jadi, adalah tanggungjawab anda untuk mengajak pelanggan supaya checkout segera barangan yang sudah lama berada dalam cart mereka.
Anda juga boleh tawarkan penghantaran percuma secara berkala dalam peringatan tersebut untuk tarik minat pelanggan supaya membeli daripada jenama anda.
Jika anda gunakan SMS Marketing sebaiknya, banyak informasi serta manfaat yang anda boleh perolehi.
Jadilah lebih kreatif dan jadikan SMS Marketing sebagai penghubung anda dengan pelanggan.
Di samping meningkatkan engagement dan kesetiaan pelanggan, penggunaan SMS Marketing juga boleh buatkan jenama anda lebih dikenali. Memang tak rugi kalau cuba!
Sumber: blog.textedly.com