5 Tip Cara Buat Teks Mesej Janji Temu Lengkap Untuk Pemasaran SMS Anda

Nur Amrina Rasyada
Nur Amrina Rasyada

Pemasaran SMS semakin mendapat sambutan di kalangan peniaga serta pemilik syarikat untuk mencapai pelanggan.

Selain digunakan untuk tujuan promosi dan mendapat maklumbalas, ramai yang turut memanfaatkan pemasaran SMS untuk mengingatkan pelanggan mengenai janji temu yang akan datang.

Sistem janji temu menerusi pemasaran SMS pastinya sangat bermanfaat lebihl-lebih lagi bagi jenama yang menawarkan produk dalam bentuk perkhidmatan seperti klinik, spa, bengkel kereta dan sebagainya.

Bagi anda yang ingin mula menghantar mesej janji temu kepada pelanggan, kami ingin kongsikan beberapa tips yang anda boleh praktikkan.

Mesej Janji Temu

5 Tips Untuk Hasilkan Mesej Janji Temu Menerusi Pemasaran SMS

1. Nyatakan Nama Pelanggan Dalam Teks 

Pemasaran SMS memberikan anda peluang untuk jadi lebih kreatif dan tambahkan nilai personal pada teks yang bakal diterima pelanggan.

Perniagaan yang berinteraksi dengan nada yang lebih personal mempunyai potensi yang lebih tinggi untuk tingkatkan jualan serta rapatkan jurang antara jenama dengan pelanggan.

Ramai yang gunakan pendekatan ini untuk memastikan pelanggan rasa lebih yakin dan selesa untuk berkomunikasi dengan jenama kita.

Pastikan anda gunakan nama sasaran atau nama sebenar mereka dengan ejaan yang tepat untuk tarik perhatian mereka.

Bagi anda yang bekerja untuk syarikat korporat seperti firma guaman, anda digalakkan untuk guna gelaran rasmi dalam teks SMS anda. Barulah nampak lebih profesional dan sesuai dengan bidang perniagaan anda.

2. Bantu Pelanggan Untuk Sedia Hadiri Temujanji 

Selain menyatakan butiran mengenai janji temu (tarikh, masa dan lokasi) kepada pelanggan, pastikan anda hantar mesej lebih awal supaya mereka bersedia.

Elakkan tarikh yang mengejut dan berikan arahan persediaan kepada pelanggan agar mereka boleh merancang tindakan seterusnya.

Anda boleh sertakan bersama link berkaitan persiapan janji temu atau FAQ untuk makluman pelanggan.

3. Sertakan Nombor Telefon Untuk Pelanggan Hubungi

Sesetengah pelanggan mungkin mempunyai soalan yang tidak dapat dijawab dengan mudah melalui teks.

Jadi, anda digalakkan untuk sertakan bersama nombor telefon untuk mereka hubungi sekiranya mereka memerlukan bantuan atau maklumat lanjut.

4. Pastikan Teks Ringkas dan Menarik

Dalam pemasaran SMS, less is more. Jadi ,anda tak perlu karang teks yang panjang berjela. Dua atau tiga ayat pendek pun sudah mencukupi.

Gunakan ayat yang menarik dan pastikan mesej anda lengkap dengan info yang ingin disampaikan.

5. Tawarkan Pilihan Untuk Tarik Diri 

Walaupun kebanyakan pelanggan menghargai teks peringatan janji temu daripada anda, namun tak semua pelanggan gemar untuk menerimanya.

Oleh itu, berikan mereka pilihan dan cara mudah untuk menarik diri atau opt-out daripada menerima teks daripada anda.

Dengan adanya teks peringatan temu janji daripada anda, pelanggan pasti akan rasa lebih dihargai.

Jangan lupa untuk sertakan bersama maklumat penting bagi membantu pelanggan bersedia untuk hadiri janji temu.

Bagi anda yang baru ingin mula menggunakan pemasaran SMS, jom cuba produk kami iaitu SMS Niaga. Kami sedia menawarkan pakej pemasaran SMS dengan harga berbaloi.

Hakcipta terpelihara 2019 – SMS Niaga
Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)