5 Cara Untuk Membuat Interaksi Bersama Pelanggan Lebih Menyeronokkan

Nur Amrina Rasyada
Nur Amrina Rasyada

Perkhidmatan pelanggan adalah kaedah yang baik untuk berinteraksi dengan pelanggan.

Bagi membina hubungan dan membuatkan pelanggan selesa dan percaya dengan jenama anda, anda perlulah memberikan perkhidmatan pelanggan menerusi kaedah interaksi yang baik.

Berikut adalah beberapa cara untuk membuat interaksi bersama pelanggan anda menyeronokkan.

5 Cara untuk Membuat Interaksi Bersama Pelanggan Lebih Menarik

1. Nyatakan Nama Pelanggan Dalam Teks Mesej Anda

Pasti anda pernah mendapat mesej yang mengandungi nama anda sendiri, bukan?

Meletakkan nama pelanggan pada permulaan teks adalah langkah yang baik untuk tarik perhatian mereka.

Cara ini boleh mencetuskan interaksi yang lebih mesra dan positif antara anda dan pelanggan.

Selain itu, ia juga dapat membina kepercayaan pelanggan terhadap jenama anda.

Untuk tampak lebih profesional, anda perlulah menggunakan nama panggilan yang sama secara konsisten  ketika berhubung.

2. Dapatkan Maklum Balas Pelanggan

Interaksi pelanggan ialah peluang terbaik untuk merangka hala tuju bagaimana syarikat anda boleh menjadi bertambah baik.

Jadi apakah informasi yang anda boleh dapat daripada pelanggan? Sudah tentu aduan atau maklumbalas daripada pelanggan yang berpengalaman menggunakan produk atau servis kita.

Menerusi maklum balas yang diterima, kita bolehlah perbaiki kelemahan pada produk atau servis kita dan dapat melakukan tindakan yang seterusnya.

Dengan meminta maklum balas, pelanggan akan rasa berterima kasih kerana menghargai pendapat yang mereka berikan.

Anda boleh mendapatkan maklumbalas dengan berkongsikan pautan tinjauan (survey) pada platform media sosial atau SMS.

3. Berikan Respon Segera

Untuk kekalkan interaksi yang baik dengan pelanggan, anda juga perlu menunjukkan bahawa jenama anda sangat responsif terhadap pertanyaan mereka.

Kemahiran perkhidmatan pelanggan anda akan menyerlah apabila anda komited dalam menangani masalah dengan cepat.

Menurut perkongsian daripada REVE Chat, 59% daripada pelanggan akan lebih berminat dengan sesuatu jenama sekiranya mereka mendapat respon kurang daripada seminit.

Untuk tingkatkan kualiti khidmat pelanggan, anda juga boleh tambahkan ciri-ciri live chat atau chatbots untuk berinteraksi dengan pelanggan ketika ketiadaan Support Team.

4. Tawarkan Promosi dan Hadiah Percuma

Ramai orang pasti sukakan diskaun atau tawaran istimewa untuk produk kegemaran mereka.

Ini adalah peluang yang baik untuk anda tingkatkan engagement serta interaksi dengan pelanggan.

Selain itu, anda juga boleh membuat giveaway secara berkala.

Pasti ramai yang berminat untuk ikut serta untuk mendapatkan barangan secara percuma.

Manfaatkan kempen giveaway untuk tingkatkan brand awareness. Anda boleh meletakkan syarat untuk pelanggan Like, Share atau ikuti laman media sosial.

5. Sentiasa follow-up pelanggan

Sejurus selepas anda menyelesaikan masalah yang dihadapi pelanggan anda seperti masalah sistem untuk pilih produk dari laman web anda, anda sangat digalakkan untuk lakukan follow up bagi memastikan masalah mereka betul-betul selesai.

Hal ini adalah untuk menunjukkan bahawa anda prihatin terhadap mereka. Anda juga boleh memberikan mereka nasihat atau tips tambahan untuk mengelakkan kejadian sama berlaku lagi.

Dari mendapatkan maklumbalas sehinggalah ke kempen giveaway, terdapat pelbagai kaedah yang anda boleh praktikkan untuk bina interaksi yang baik dengan pelanggan.

Jangan lupa untuk konsisten dan responsif ketika berhubung dengan pelanggan supaya mereka rasa lebih dihargai dan terus berminat dengan jenama anda.

Kami sedia untuk membantu anda berhubung dengan pelanggan menerusi pemasaran SMS dan e-mel. Hubungi kami untuk dapatkan maklumat yang lebih lanjut serta harga pakej yang menarik!

 

Hakcipta terpelihara 2019 – SMS Niaga
Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)