5 Cara Tingkatkan Trafik Di Website Ketika Product Launch

Aplikasi Niaga
Aplikasi Niaga

Mendorong trafik yang tinggi pada laman web anda adalah sangat penting demi perkembangan bisnes yang bergantung sepenuhnya pada jualan pada laman web.

Lebih ramai pelanggan yang melayari laman web, maka lebih tinggilah hasil yang anda dapat jana.

Untuk mendapatkan aliran trafik yang tinggi sempena pelancaran produk di website anda, di sini kami kongsikan 5 kaedah pemasaran yang anda boleh cuba.

5 Cara Tingkatkan Trafik Di Website Ketika Product Launch

1. Iklan (Ads) 

Untuk tingkatkan aliran trafik ke website, anda perlulah bawakan produk terus kepada pelanggan sasaran.

Dengan iklan sosial media berbayar, anda berpeluang untuk merangka kempen bersasaran tinggi kepada pelanggan yang mempunyai minat yang mendalam terhadap produk anda.

Antara platform iklan berbayar yang anda boleh cuba adalah Facebook Ads, Instagram Ads, Google Ads dan TikTok Ads.

Website

2. Gunakan Kuasa SEO

Bila pelanggan mencari produk anda secara online, anda perlu pastikan website jenama anda berada pada result yang terawal.

Kajian mendapati 75% daripada pengguna internet akan cenderung untuk klik pada 3 result tertinggi di laman Search Engine.

Di sini, jelaslah bahawa Search Engine Optimization atau SEO perlu dimanfaatkan bagi pemilik jenama bagi meningkatkan aliran trafik ke website masing-masing.

Bagi anda yang ingin mula pelajari tentang SEO, anda boleh gunakan SEO tools yang popular seperti Ahrefs dan Semrush.

3. Adakan Pertandingan dan Giveaway

Pertandingan serta giveaway merupakan kempen pemasaran yang baik untuk tingkatkan bilangan pengikut di laman media sosial dan sekaligus menarik pelanggan ke website anda semasa pelancaran produk.

Bila anda adakan pertandingan, secara purata 94% daripada pelanggan terbuka untuk berkongsi promosi sebaik sahaja mendaftar.

Daripada jumlah tersebut, 62% daripada mereka juga akan kongsikannya pada rakan terdekat supaya mereka juga turut serta.

Dengan pertandingan dan giveaway yang menarik, anda mampu menarik trafik yang tinggi dengan lebih cepat lebih-lebih lagi bila anda tawarkan hadiah yang lumayan untuk peserta.

4. Pemasaran SMS

Walaupun SMS dianggap sebagai teknologi klasik, namun ia merupakan platform pemasaran digital yang cukup baik.

Anda boleh manfaatkan pemasaran SMS untuk menyebarkan atau memberi peringatan kepada pelanggan mengenai pelancaran produk yang bakal diadakan di laman web.

5. Pemasaran E-mel

Anda juga boleh hantarkan e-mel untuk berkongsikan tentang pelancaran produk terbaru bagi jenama anda.

Seperti SMS, e-mel boleh disasarkan kepada pelanggan yang spesifik. Semak semula database sedia ada dan kenalpasti kumpulan pelanggan yang anda ingin sasar bagi produk terbaru.

Letakkan grafik serta huraian yang menarik mengenai produk tersebut. Jangan lupa untuk letakkan pautan ke laman web anda di e-mel tersebut.

Website

Semak Persediaan Sebelum Lancarkan Produk Baru 

Sebelum anda susun rancangan untuk tingkatkan aliran trafik ke website, semak dahulu sama ada anda sudah bersedia atau belum.

Sebelum lancarkan produk baharu, tanyakan pada diri anda sendiri soalan-soalan berikut :

Adakah produk ini bagus?

Produk yang bagus bermakna ianya cukup baik untuk tarik minat pelanggan ke website anda.

Adakah anda mempunyai target market yang spesifik?

Adakah produk ini ditujukan pada semua pelanggan atau pelanggan dengan minat tertentu?

Adakah produk ini dijelaskan dengan baik?

Adakah produk yang anda tawarkan mempunyai nilai tambahan yang membuatkannya lebih baik daripada jenama saingan? Disinilah penghasilan kandungan (content) yang bagus dapat membantu anda.

Website

Terdapat pelbagai kaedah yang anda boleh gunakan untuk tingkatkan trafik di website ketika pelancaran produk.

Pastikan website anda mobile-friendly, menarik dan berfungsi dengan lancar. Ingin bina website atau tambah baik website sedia ada?

Dapatkan perkhidmatan pembangunan website bersama kami menerusi Aplikasi Niaga dengan harga yang berbaloi. Kami juga sedia menawarkan features yang up to date dan menepati keperluan e-commerce anda. Hubungilah kami segera!

Sumber : shopify.com

Hakcipta terpelihara 2019 – SMS Niaga
Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)